Nekad

287 15 0
                                    

Dupdapdupdap.....

Irama jantungnya yang tidak menentu menyebabkannya ragu dengan keputusannya. Tidak, dia bukannya mahu lari dari rumah. Dia bukannya mahu membenci mamanya. Tapi dia rasa, sekiranya lebih lama dia di sini, lebih dingin hubungan kekeluargaannya. Jadi biarlah dia pergi. Pergi jauh dari rumah ini.

Surat dalam genggamannya telah renyuk akibat sering dibaca. Mya melihat seluruh biliknya. Gambar-gambar yang tergantung diperhatikan sejenak. Matanya terpaku pada sebuah gambar. Gambar dirinya bersama seorang gadis yang sangat cantik. Mak Jah kata gambar itu diambil ketika dia berusia 5 tahun dan gadis itu berusia 14 tahun. Kata Mak Jah juga, gadis itu telah lama meninggal dunia. Tidak pula diketahui apa sebabnya. Wajah gadis itu pula ada iras-iras wajahnya. Matanya yang bundar, bibirnya yang nipis dan hidungnya yang mancung serupa benar! Apabila ditanya siapa gadis itu, tiada pula dijawab. Mya mengangkat kerusi di meja belajarnya kemudian diletakkan bertentangan dengan dinding di mana terletaknya gambar tersebut. Kaki halus Mya menginjak ke atas kerusi dan mencapai gambar yang digantung tinggi itu.

Gambar itu walaupun telah lama, tidak pula kelihatan lusuh bahkan masih kelihatan baru. Mungkin kerana gambar itu dibersihkan oleh Mak Jah setiap hari. Rambut gadis itu bergulung di hujung. Juga seperti rambutnya. Setelah diperhatikan dengan teliti, baru Mya menyedari gadis itu mempunyai lesung pipit. Bukan di kedua-dua belah pipi namun hanya di pipi kirinya. Mya meraba pipi kanannya dan merasakan lekuk lesung pipitnya. Kemudian dirabanya pula pipi kirinya namun tiada apa-apa yang dirasakan. Kenapa dia rasa rindu kepada gadis dalam gambar itu sedangkan dia tidak mengingati siapa gadis itu?

Gambar itu diterbalikkan. Terdapat tulisan pada bingkai belakangnya. Tulisan itu bersambung-sambung dan kemas. Matanya menyoroti huruf-huruf yang ditulis di situ.

Mya yang tomei dan akak yang chantek.. Hehe luv u muchos adik kesayanganku!

Mayra Radhisha

Tangan segera ditekupkan ke mulutnya setelah membaca apa yang tercatat di situ. Akak? Adik kesayanganku? Apakah maksudnya semua ini? Jika benar gadis itu adalah kakaknya, apakah yang telah terjadi kepada gadis itu? Bagaimanakah dia boleh meninggal? Dan yang paling penting, mengapakah tidak sedikitpun gadis itu mampu diingatinya?

****

Mya menatap wajah ayahnya yang sedang tekun membaca akhbar. Pandangannya beralih pula kepada mamanya yang sedang membaca majalah. Mya berdehem kecil untuk meminta perhatian mereka. Daaaan.... tiada respon. Ugh. "Err.. Mama, papa, Mya ada benda nak cakap," Mya menuturkan ayat itu dengan penuh berhati-hati. Papa mengangkat mukanya kemudian menyambung kembali pembacaannya. Mamanya pula sekadar mengerling sekilas. Mya mengunjukkan surat yang telah renyuk itu kepada papanya. Surat itu beralih tangan. Papanya sekadar mengangkat kening. "So?" tanya papa pendek. Aku dapat tawaran ke sekolah asrama penuh dan papa cakap so aje? Wow, my parents are so supportive! "Boleh... Boleh Mya pergi?" soalnya dengan penuh harapan. "Pergi jelah. Itupun nak tanya. Idiot!" jawab papaku sambil lewa. Betapa tergurisnya hati Mya apabila mendengarkan jawapan papanya. Apatahlagi papanya memanggilnya 'idiot'. Idiot ini adalah anaknya. Tiada secebis pun kah rasa kasih buatnya?

Mya yang malas mahu berkelahi sekadar mengangguk. "Dan err.. " Mya teragak-agak untuk bertanya. "Apa lagi?!" soal mama keras. "Siapa Mayra Radhisha?" lancar Mya bertanya. Wajah kedua orang tuanya berubah. Wajah mama kelihatan seperti hampir menangis manakala wajah papa begitu sayu. Mereka berpandangan sesama mereka. "Jangan pernah tanya soalan itu lagi! Papa larang kamu menyebut... menyebut... nama itu di dalam rumah ini!" suara papa bergema apabila matanya bertemu dengan matanya. Dan Mya melihat kebenaran di situ. Mya yakin bahawa Mayra adalah kakaknya. Sekiranya tidak, masakan mama dan papa harus bereaksi sebegitu sekali. Mya mengerti perasaan mama dan papanya. Sedangkan mereka lagi sedih, apatahlagi dia. Sekurang-kurangnya mereka ada memori untuk dikenang bersama Mayra. Sedangkan dia, dia tidak mengingati apa-apa tentang Mayra.

Mya melangkah ke bilik tidurnya tanpa sepatah kata. Mya dapat mendengar esak tangis mama dan papa bersatu. Dengan hati yang sebak Mya meneruskan langkahnya. Sesampai saja di bilik, Mya terus menghamburkan tangisan yang serasa menyempit di dada. Setelah sekian lama baru dia mengetahui bahawa dia mempunyai saudara kandung. Sayangnya, saudara kandungnya itu telah pergi menghadap Ilahi.

****

Dia telah bertanya kepada Mak Jah. Mak Jah masih tidak mahu mendedahkan punca kematian Mayra. Namun Mak Jah memberitahu bahawa Mayra telah meninggal pada tahun 2006. 8 tahun yang lepas. Mak Jah juga turut memberikannya gambar kakaknya bersama dirinya ketika dia berusia 6 tahun. Kata Mak Jah, itu adalah gambar terakhir Mya dan Mayra sebelum kakaknya meninggal dunia. "Kakak macam mana orangnya Mak Jah?" Mya yang didesak rasa ingin tahu bertanya. Mak Jah mengusap-usap kepala gadis muda itu.

"Mayra tu hampir sama seperti Mya. Dia baik, sopan, rajin, pemurah, prihatin dan paling penting sekali, dia sangat sayangkan Mya. Masa Mya baru lahir dulu, Mya kena demam kuning. Mayra yang jaga Mya walaupun masa tu Mayra masih muda. Mayra tu periang. Kalau rumah ini sunyi aje, adalah benda yang dia akan buat untuk meriuhkan suasana di rumah ni. Pernah sekali dia letakkan bedak dalam hair blower milik Puan Rasha. Riuh satu rumah ni. Beza antara Mayra dan Mya hanyalah Mayra banyak cakap manakala Mya agak pendiam. Tu aje," jawapan Mak Jah membuatkan Mya tertawa geli hati. Ternyata kakaknya itu seorang yang nakal. Mereka terus berbual-bual mengenai Mayra dan bergurau senda tanpa menyedari dua pasan telinga yang mendengar suara mereka. Datin Rasha menggenggam tangan Dato' Mifaz. Renungan isterinya difahami. Belum masanya anak mereka tahu tentang punca kematian Mayra.

****

Mya menyalami tangan Pak Darus dan mencium tangan Mak Jah. Mama dan papanya pula menyambut unjukan tangannya acuh tak acuh saja. Mya sekadar tersenyum tawar. Hatinya menangis lagi. Mamanya tidak mencium dahinya seperti mereka yang berada di sekeliling. Mya berjanji pada dirinya. Dia akan merungkai semua ini setelah dia cukup dewasa kelak. Dia nekad untuk mencari jawapannya.

Mencari SahabatWhere stories live. Discover now