Rehat Dengan Fahmi?

294 14 12
                                    

Mya POV

Aku, Dee dan Aira sedang menuju ke kelas apabila Fahmi menghadang laluan kami. Dee sudah tidak keruan dan Aira hanya terkebil-kebil. Hanya aku saja yang masih kekal tenang. "Hai, Mya awak sihat?" Fahmi menyapa aku. Dee ku lihat agak berkecil hati kerana tidak ditegur. "Assalamualaikum Fahmi. Alhamdulillah saya sihat. Tapi saya rasa tujuan awak menyapa kami bukanlah semata-mata untuk bertanya khabar kan?" aku meneka neka. Fuh, ayat aku, skema habis! Fahmi tersenyum manis. Dia sememangnya layak untuk dikategorikan sebagai lelaki yang tampan dan macho. Namun, entah kenapa aku langsung tak berminat dekat dia. Mungkinkah sebab...

"Err... Waalaikumsalam. Ya, sebenarnya saya nak ajak awak dan kawan-kawan awak makan dengan saya waktu rehat nanti. Bolehkan? Oh, dan jangan risau. Ada pelajar perempuan lain juga," dengan yakin Fahmi menuturkan ayatnya. "Hmm... Kalau Dee dan Aira setuju saya ikut je. Apa pendapat korang?" aku menoleh ke arah mereka berdua. Mereka sekadar menganggukkan kepala. "Fantastic! Ok, see you guys later then," Fahmi menepuk tangannya penuh teruja. Aku menundukkan kepala sebagai tanda hormat. Kami pun berlalu menuju ke kelas. "Ehem. Fahmi macam minat dekat kau je?" Dee mengajukan soalan sebaik saja kami duduk. "No no no no! Even kalau betul pun, Dhirah kan ada... you-know-who," Aira pantas menjawab. " Woi, aku tak suka Voldemort la! You-know-who, you-know-who. Ada ke patut suruh aku suka dengan ahli sihir terjahat sepanjang zaman?" aku mengerutkan dahiku. "Hesh budak ni. Tak habis-habis dengan Harry Potter dia tu," Dee menggeleng-gelengkan kepala.
Fahmi POV

Aku menumbuk-numbuk angin kerana terlampau gembira. "So, amacam? Nak ke dia?" tegur Khairul. "Yes, yes and yes!" Aku melompat kemudian menggrip kepala Khairul. "Eh, rosak rambut aku ni. Penat penat je aku stylo hari ni," bebel Khairul. " Aku nak gi stalk dia jap," kataku tanpa mempedulikan Khairul. Khairul sekadar mampu menggeleng melihatkan aku yang telah jauh.

***

"Ehem. Fahmi macam minat dekat kau je?" aku yang mendengar namaku disebut segera merapatkan badanku ke dinding. "No no no no! Even kalau betul pun, Dhirah kan ada you-know-who," perutku rasa senak mendengarkan sebaris ayat itu. Mya dah berpunya? Tapi ku kuatkan semangat. Belum tentu Mya akan kahwin dengan laki tu kan? Detik hatiku. Aku berlari anak pulang ke kelasku. Tak sabar rasanya nak tunggu masa rehat!
Mya POV

Aku mengeluh kecil. Aira dan Dee telah menanti aku di luar. Sejujurnya aku tidak berapa gemar rehat dengan orang lelaki. Tapi aku juga tak sanggup menghampakan Fahmi yang begitu berharap. Kali ni aje. Aku menyedapkan hatiku.

Ketika aku keluar dari kelas, sesuatu melanggar bahuku kuat. Nasib baik aku tak jatuh. Tapi orang yang langgar aku tu jatuh. "Ouch, sakitnya!" mendengarkan suara itu membuatkan jantungku berdegup laju. It's him! Aira dan Dee merenungku tajam meminta jawapan. Aku menganggukkan kepala dan mereka menekup mulut mereka. Mereka membesarkan mata mereka namun aku sudah tidak peduli dengan mereka. "Err.. Awak okey?" aku bertanya takut takut. Dia mendongak dan tersenyum. "Awak memang suka langgar saya ya?". "Awak yang langgar saya suka suki je nak tuduh saya," aku menjawab. Dia ketawa kecil dan berdiri. "Oh, I haven't introduce my own self yet. Amir Faisal. Captain bola sepak. Ketua pengawas dan lelaki paling hot dekat sekolah ni," Amir Faisal membongkokkan badannya. "So?" balasku sepatah. Amir Faisal ketawa. Merdunya ketawa dia! Mya Radhirah, fokus! Aku mengingatkan diri sendiri. "You are different," Amir Faisal ketawa lagi. "Hah, Amir, Mya, boleh tolong cikgu angkat buku buku ni?" tiba tiba datang Cikgu Suraya bersama sama buku yang banyak. "Boleh cikgu," jawab kami serentak. Cikgu Suraya pun beredar ke bilik guru. "Eh, tolong cakap dengan Fah... Dengan dia, aku tak dapat rehat dengan korang sebab nak tolong cikgu k?" pesan ku pada Aira dan Dee. Mereka tersenyum nakal ke arah ku dan aku menjungkitkan keningku. Aku mencapai buku Cikgu Suraya dan berjalan di sisi Amir Faisal. "So, Encik Amir Faisal, ada rosak tak kat kepala awak sebab cium dinding hari tu?" soalku selamba. Dia tersenyum. "Hilang terus rasa sakit tu bila saya terjumpa bidadari ciptaan Allah," jawabnya. Dan aku tidak tahu mengapa, tapi aku kurang senang dengan apa yang dikatakannya. Siapa agaknya bidadari tu? "Kenapa senyap je ni? Jealous ke?" usiknya. "Buang air liur je cakap dengan awak ni. Gedik!" aku selamba membidas. "Mana ada!" katanya. "Ada," jawabku.

"Mana ada!". "Ada!". "Mana ada!". "Ada!". "Ada!".

"Nice try, tapi jawapan saya awak tetap gedik," kataku. Tawa kami berdua pecah di situ. "Hai, apa yang lawak sangat tu? Boleh I tumpang gelak," suara manja itu membuatkan aku rasa nak muntah. Ooh... Minah keypochi ni rupanya, padan pun!

"Sorry to say this, but you are not allowed to interrupt our conversation. Now if you don't mind, you are blocking my way," jawab Amir Faisal selamba. Berubah habis muka perempuan tu. Nak tau sapa tak? Jeng jeng jeng... Tania Qarina binti Dato' Dahlan. Minah paling gedik dan keypochi dekat sekolah ni. Astaghfirullahalazim.. Mya, tak baik kutuk orang. Sekali lagi aku menegur diri sendiri.

Tania memberikan laluan kepada Amir Faisal. Namun bila tiba giliranku untuk lalu, dia melanggar bahuku dengan kuat sehingga aku terjatuh. Buku-buku itu pun terlepas dari genggaman tanganku. Nasib baik buku buku tu tak jatuh dekat kawasan yang ada air. "Oops, sorry, tersengaja. Hahaha," dengan tangan yang dilambai lambaikan, Tania bersuara gedik. Grr.... Geramnya rasa hati aku ni. Kalau boleh, bibir tebalnya itu sedap je kalau tonyoh dengan cili.

Amir Faisal meletakkan buku yang sedang dipegangnya itu di atas bangku dan berlari mendapatkan aku. "Mya, awak ok?!" wajahnya beriak panik pada saat itu. Omigosh, gentlemannya dia! "It's ok. I'm fine," jawabku lantas bangun dan mengutip buku buku yang bertaburan itu sambil dibantu oleh Amir Faisal. "Tania Qarina, aku berikan kau 5 dimerit kerana mencetuskan pergaduhan dengan sengaja," wajah Amir Faisal begitu tegang saat menuturkan ayat itu. "Eh, what?!" tersembul biji mata Tania.

"Kalau tak nak lebih banyak dimerit, baik kau pergi sekarang," arah Amir Faisal tegas. Tania berlalu dengan hati yang sebal. "Eh, yang awak bagi dia demerit tu kenapa? Kesian dia," tegurku perlahan. "Mana boleh saya biar dia buli my cr... Ehem, I mean my fellow friends," Amir Faisal tiba tiba tersipu sipu di situ. Cute pulak aku tengok dia macam tu!

"Oh ok. Jomlah hantar buku buku ni," aku dan dia membawa buku tadi ke bilik guru.

****
Fahmi POV

Aku menanti penuh teruja akan kedatangan Mya. Ku lihat Aira dan Dee mendekati meja yang aku duduki. "Assalamualaikum Fahmi, kami datang ni sebab nak memaklumkan awak yang Mya tak dapat nak rehat dengan awak hari ni sebab dia kena tolong cikgu angkat buku tadi. Jadi kami rasa tak manis juga kalau kami rehat dengan awak sebab awak invite Mya, bukan kami," senafas saja Dee menuturkan kata kata itu. Rasa teruja tadi mulai pudar digantikan dengan rasa kecewa. "Oh, tak apalah kalau macam tu. Tapi awak berdua dah tak de tempat duduk ni. Marilah duduk dengan kami," pelawaku yang tidak sampai hati membiarkan mereka mencari meja makan di saat kantin ini telah dipenuhi pelajar sekolah.
"Serius?" soal Dee. Aku sekadar menganggukkan kepala. Aira melemparkan senyuman tanda terima kasih.
Bilalah agaknya aku dapat luangkan masa dengan Mya ni?
******
Assalamualaikum and hi evry1. Sori sbb lama x upd8. So to all my loyal fans... Tadah! Klu ada yg x puas hati ckp je. Remember:
Share
Comment
Vote; it's just 1 click.

Mencari SahabatWhere stories live. Discover now