Novel: PASRAH
Genre: belum ditentukanProlog
Angin musim sejuk menerpa masuk dari arah jendela. Sejuknya menggigit tulang.Tiada lagi kicauan burung pelbagai jenis pada pohon ara di hujung kawasan lapang di belakang rumah sewa yang terletak dalam kawasan kejiranan sub-bandar Coorparoo, seperti musim panas yang telah hampir empat bulan berlalu.
Pandangannya dibuang jauh ke arah langit suram tanpa awan. Langit suram bagai ada kandungan hujan yang tertahan. Sebelumnya, cuaca cerah dengan langit kebiruan dengan tompokan awam nipis. Itulah suasana langit di Hemisfera Selatan ketika musim panas dan muncul sesekali di waktu musim bunga.
Malam tadi tidurnya tidak nyenyak. Dingin yang menggigit serta mimpi-mimpi buruk hadir merencatkan tidurnya. Mimpi adalah mainan tidur.Namun, mimpi yang buruk adalah kiriman syaitan. Imam Ibnu Sirin menyatakan tafsir mimpi adalah perkara yang berlaku secara berlawanan.
"Yang, apa yang bunyi pelik ni. Tidur tak basuh kaki ke?" Suara sayup-sayup ditangkap pada cuping telinganya. Badannya terasa digoncang-goncang.
"Ada apa bang?"
"Tadi ... bunyi dah macam warewolf."
"Ye ke?" Miranda cuba mendapatkan kepastian. Hari yang amat melelahkan. Seharian berada di kampus kerana persidangan akademik.
"Abang tak bertugas malam ni?" Miranda seboleh-bolehnya cuba mengelak tentang apa yang dialaminya dalam mimpi.
"Tak. Dah ada Nazir ganti." Suaminya keluar dari bilik tidur dan menuju ke dapur.
Tanda-tanda kehamilan semakin kerap terjadi. Ia bukan sesuatu yang asing. Sudah hampir sepuluh tahun dia hampir melupakan mabuk kehamilan, sejak Iman dilahirkan di Malaysia.
YOU ARE READING
Pasrah
RomanceFairuz "Ah! apa sebenarnya yang telah berlaku?" Fairuz gagal memahami kenyataan yang tersedia di hadapan matanya. Selama ini sudah ramai ibu-bapa yang bertemu dengannya untuk mendapatkan khidmat nasihat mengenai kanak-kanak. Kini akan menghadapi apa...