Faizol memandang wajah Angel yang sugul dan dibasahi airmata. Dia dapat rasakan kesedihan dan keperitan nya dialami satu-satunya adik kesayangan dia itu.
"Dah lah adik. Jangan sedih. Dah 3 tahun ibu dengan ayah pergi. Takkan still sedih jugak? Kalau adik sedih, abang lagi sedih. Senyumlah sikit" Faizol tau, kata-kata dia takkan dapat mngurangkan kesedihan Angel. Tapi dia tetap berusaha.
"Adik.. tak sempat mintak maaf dengan ibu. Sebelum ibu pergi.. Adik buat ibu sedih. Menangis." Ayat itu yang sering Angel lontarkan dari mulutnya sejak kematian ibu dan ayah mereka .
Faizol hanya mampu membisukan diri kerana dia juga masih diselebungi rasa bersalah.
(beberapa tahun lepas)
"Ibu!! Ibu!!! Ish mana ibu ni!! Orang panggil bukan nak jawab!" Angel menjerit satu rumah mencari ibunya. Dah dipusing satu rumah, masih tak jumpa. Angel mengambil iPhone 6s nya lalu mendail number ibu. Kasar sungguh dia menekan button number.
"Ibu! Ibu kat mana? Orang panggil dari tadi mcm orang gila tau tak! Ish mana ibu letak charger phone adik? Naik hantu mencarinya. Hishh!" Angel melepaskan kemarahan nya. Merah padam muka dia.
"Adik syg. Ibu kan dah ckp ibu keluar pergi beli barang dapur dengan abang dan ayah. Tulah tidur mati lagi, orang panggil ketuk pintu tak dengar. Charger? Ada dlm laci almari kat bilik adik tu. Tengoklah betul-betul. Ha lagi satu. Jangan main phone je memanjang. Ngaji jugak. Malam ni Pakmat akan hantar adik pergi kelas mengaji kat tepi surau. Kena pergi jugak! Kalau tak, ayah akan rampas phone adik selama 2 minggu! Faham?" Puan Alya membalas lembut kata-kata anak tunggul perempuan nya itu. Namun masih ada ugutan tegas disilitkan nya.
Angel mendengus kasar. Dia malas sungguh nak pergi kelas mengaji bagai tu. Budak kat situ tak setaraf dia. Dia anak Dato' Fahmi! Usahawan tersohor dan terkenal di Kuala Lumpur. Mana lah dia nak mengaji kat tempat macamtu. Dahlah burok panas. Ergh
"Ergghh whatever. Oh ya. Bibik masak tak sedap. Takde selera nak makan." Talian ditutup. Puan Alya tak sempat mahu berkata apa-apa. Encik Fahmi memandang sekilas ke arah isterinya. Dia tau hati isteri nya terluka disebabkan perlakuan Angel.
"Apalagi budak tu nak ibu? Memekak jee dahlah bising." Faizol mendengus kasar. Dia dah tak tahan dengan perangai adiknya itu. Bajet bagus. Dia kembali tunduk memandang iPadnya. Dia tak sabar nak tunggu VIXX comeback dan tengok Hongbin yang hensem tu lol.
"Abang. Whatsapp adik suroh dia makan. Nanti gastric lagi, dah tak pergi kelas mengaji. Rugi je" Lembut sekali cara pertuturan Puan Alya .Lain sungguh sifat Puan Alya dengan Angel. Angel kasar, sombong, bongkak dan macam-macam lagi.
"Ala ibu, bukan dia nak dengar cakap abang. Dia seen je msg abang nanti. Ntah apa yang dia buli bibik kejap lagi haih" Faizol menggeleng kepala. Adakala adiknya itu melampaui batas.
Puan Alya hanya mampu tersenyum kelat. Dia tidak mampu berkata apa-apa lagi.
YOU ARE READING
✔ROSE UNTUK IBU✔
RandomCerita ini takde kaitan dengan yang mati. Ambil pengajaran dari kisah ini.