Faizol melipat kemas sejadah dan meletakkan ia ke dalam rak. Dia memperbetulkan sedikit seluar jeans nya lalu melangkah keluar dari surau hospital. Matanya melilau mencari kelibat Angel. Sampai bola matanya terhenti di satu tempat. Berhadapan surau perempuan, terlihat sepasang kasut berwarna kelabu gelap milik Angel..
"Dia solat?" Faizol sedikit tersenyum, sudah lama dia tidak melihat adiknya itu menunaikan solat. Kaki terus melangkah ke arah wad Puan Alya. Sekujur badan sedang baring dengan lemahnya.
Kata-kata doktor tadi terngiang-ngiang di dalam otaknya."Maafkan saya tapi saya rasa saya perlu cakap tentang perkara ini pada kamu. Ibu kamu dah lama menghidap penyakit jantung dan penyakit itu sudah sangat kritikal. Puan Alya meminta saya rahsiakan perkara ini dari keluarganya. Penyakit nya makin lama makin kritikal dan jujur saya cakap, bila-bila masa saja ibu awak boleh pergi"
Faizol memandang lesu wajah ibunya. Keluhan berat dilepaskan perlahan-lahan.
"Ibu, bagilah kesempatan kat abang untuk tunjuk kasih sayang abang pade ibu. Ibu kena jadi sihat semula. Ibu kena tengok perubahan adik tu, dia dah mula solat, ibu.. Mesti ibu suka kan?"
Pintu wad dibuka oleh seseorang secara mengejut.
"Abang! Macam mana dengan keadaan ibu?!" Encik Fahmi menerjah masuk dengan keadaan kelam kabut. Faizol membatukan diri seketika, tangan nya digenggam kuat. Sungguh ayahnya lebih mementingkan kerja berbanding keluarga sendiri.
"Ibu okay" Faizol keluar dari wad, dia risau perasaan marahnya tidak dapat dikawal lalu membuat perkara yang tak diinginkan. Sebaik sahaja menutup pintu wad, mata nya tertumpu pada Angel yang sedang duduk di ruang menunggu. Angel seperti tidak senang duduk, sekejap berdiri, sekejap berjalan ke sana sini. Faizol berjalan menghampiri adiknya itu."Adik taknak jumpa ibu? Pergilah sekarang. " –Faizol
Angel tersentak apabila mendengar soalan dari Faizol. Fikiran nya menerewang ke tempat lain. Kata-kata abangnya dibiar sepi. Faizol mengeluh panjang. Dia berlalu pergi meninggalkan gadis itu. Faizol belum bersedia untuk memberitahu Angel dan Encik Fahmi mengenai penyakit ibunda nya. Dia masih perlukan waktu untuk bertenang.*di cafeteria*
Angel menghirup sedikit demi sedikit latte coffee nya itu. Asap masih terawang-awang di udara. Mee goreng yang di'order' tadi nya masih tak diusik. Selera nya masih mati. Dia masih belum bersedia bertemu dan menatap wajah ibu nya , rasa bersalah menyelebungi diri. Dia mengingat kembali cara percakapan dia dengan ibu. Sungguh kasar. Mata nya terasa bahang. Airmata setitik jatuh dari kelopak mata. Mujur tempat duduknya berjauhan dan sedikit tertutup dari pandangan orang ramai. Tisu kecil dalam beg tangan nya dicapai pantas. Tak lama selepas itu, datang seorang hamba Allah, duduk disisi Angel."Sabaaar.. Allah masih sayang kau. Sebab tu dia bagi kau sedar kesalahan kau sekarang dan kau masih sempat minta maaf dengan ibu kau. Pergilah jumpa orang yang dah lahirkan kau, jaga kau, sayangi kau tu cepat"
Angel mengangkat muka dan memandang ke arah orang itu. Syha tersenyum manis lalu mengusap belakang Angel bagi menenangkan sedikit gelisah hati kawan nya itu.
"Ma.. macam.. mana.. kau tahu?" –Angel
"Tadi aku ternampak abang kau. Abang kau bagitahu yang ibu kau tiba-tiba pengsan kat rumah" –Syha
Angel kembali termenung. Sungguh dia takut akan kehilangan ibunda nya itu.
"Sabar tau!" Kata-kata terakhir Syha sebelum dia melangkah pergi.*skip*
Faizol menolak perlahan-lahan kerusi roda Puan Alya masuk ke dalam rumah. Encik Fahmi mengeluarkan beg baju dari bonet kereta. Angel masih mendiamkan diri di dalam kereta.
"Pak Paan, tolong hantar saya pergi taman. Sekarang" -Angel
Puan Alya hanya mampu memerhati dari jauh kereta itu keluar dari perkarangan rumah. Dia menghela nafas panjang. Faizol mengeleng kepala nya, sekeras keras batu tepi jalan tu, keras lagi hati adik dia.
YOU ARE READING
✔ROSE UNTUK IBU✔
DiversosCerita ini takde kaitan dengan yang mati. Ambil pengajaran dari kisah ini.