Angel memandang muka ketat abang dan ayahnya. Bibir diketap kuat. Dia memandang pula Hafiq yang duduk di penjuru sofa, mukanya juga cuak tapi sedikit tenang.
"Sejak bila kamu dengan Hafiq ni?" Encik Fahmi bersuara tegas.
"Sejak start belajar kat Perth. Dia classmate adik" Angel bersuara perlahan mendayu.
"SAMPAI JE NEGARA ORANG, TERUS BERCINTA LAH? PANDAI KAU SEKARANG KAN. NOW WHAT?! NAK KAHWIN PULAK DENGAN MAMAT NI? KAU LUPA KE KAU DAH JANJI DENGAN AKU, DENGAN ARWAH IBU!!" Faizol membentak kuat, melepaskan kemarahan yang terbuku dihati. Matanya sudah kemerah-merahan.
"Maaf bro, aku tahu kami salah tapi kau tak perlu kot bentak Angel macamtu. Ini soal perasaan, dia pun tak sangka akan jatuh cinta dengan lelaki... " Belum sempat Hafiq menghabiskan ayatnya, Faizol meluru menumbuk muka nya.
Gedebuk!
"Abang!! Apa abang buat ni!!" Angel berlari ke arah Hafiq yang terjelopok jatuh ke atas lantai. Bibirnya sedikit berdarah.
"Kau takda kaitan dengan keluarga ni, kau takda hak untuk bersuara! Faham!!" Faizol semakin naik hantu.
"Faizol, sudah. Bergaduh macam ni takkan selesaikan masalah!" Encik Fahmi cuba meleraikan sengketa ini.
"Habistu, ayah nak biar lah diorang ni bersama? Wasiat ibu macam mana?!!" Faizol mendengus kasar.
Hafiq perlahan lahan bangun untuk berdiri, darah dibibirnya dilap menggunakan jari.
"Macam ni jelah, kita bertumbuk bersepak mcmni takda guna. Senang cerita, kita minta tuan punya badan yang pilih. Angel, awak pilih. Saya.. atau abang awak" Hafiq dan Faizol sama-sama memandang tepat ke arah mata Angel. Angel gugup. Lidah kelu. Airmatanya bila-bila saja boleh jatuh membasahi pipi.
"Adik.. adik taknak kawin dengan abang. Abang kejam, abang ego, abang selfish. Abang tak pernah tanya adik apa yang adik nak, mcm mana perasaan adik. Ini memang wasiat arwah ibu tapi.. adik tak boleh. Adik benci abang. Ayah pun, ayah tak pernah tanya apa keputusan hati adik. NEVER! Yang korang tahu, Cuma nak gunakan alasan wasiat ibu tu sebagai alasan untuk paksa adik buat benda yang adik taknak. Dahlah tu, berhenti paksa adik. Stop! Ibu mesti faham perasaan adik macam mana dan KALAU IBU MASIH HIDUP, IBU TAKKAN , TAKKAN PAKSA ADIK!!! IBU JE YANG SAYANG ADIK. HANYA IBU!!!"
Angel mengakhiri ayatnya dan berjalan laju menaiki tangga dan masuk ke dalam bilik. Faizol terduduk di sofa, nafas nya turun naik dengan laju. Kata-kata adiknya itu benar benar menusuk kalbu hatinya.
"So, kita dah tahu apa jawapan Angel. Kan?" Hafiq bersuara.
Faizol memandang lesu lelaki dihadapan nya. Fikiran nya melayang-layang ke angkasa.
"Dan.. adik tak pernah tanya abang apa perasaan abang yang sebenarnya. Adik tak terfikir kan nak tanya abang, kenapa abang nak sangat kahwin dengan adik." Hatinya berbisik. Kata-kata itu hanya dapat bersuara didalam hati.
Mulut tak mampu mengungkapkan nya.
*beberapa bulan kemudian*
Angel memandang wajahnya yang sudah cantik di'makeup' di cermin. Dress pernikahan nya yang tersarung cantik dibadan nya diusap. Hari pernikahan, sepatutnya gembira dan bahagia. Cuma perasaan itu tak wujud dalam diri Angel.
"Aik bakal pengantin, kenapa muka masam mencuka je ni? Senyumlah" Mak andam tu berceloteh. Angel tersenyum kelat
"Ada tak..berita tentang abang saya. Kot-kot dia ada kat luar ke?" Soalan yang subah beribu kali ditanya oleh Angel.
"Angel, harini kau nak nikah dengan Hafiq. Boleh tak untuk beberapa jam ni jangan fikir tentang abang kau? Please, you're ruining the mood!" Syha bersuara dari arah pintu bilik. Dia sudah penat menasihati sahabatnya yang seorang itu
"Syha, tolonggglah cari abang aku. Ini hari bersejarah aku, aku tak boleh buat kalau abang aku takda. Tolong weh dah berbulan dia hilangkan diri. Aku kena minta maaf. Aku bersalah dalam hal ni" Airmata setitis demi setitis jatuh lagi. Sudah tak terkira berapa kali Angel menangis begitu.
"Please Angel. Forget him , just for a while!" Syha mendesak lagi.
Pintu dibilik diketuk perlahan. Muncul Hafiq yang sudah siap berbaju melayu putih satin. Syha mengajak mak andam it keluar dari bilik bagi member mereka untuk bercakap.
"Awak okay?" Hafiq bertanya. Angel hanya mengangguk tanpa memandang wajah Hafiq.
"Kalau awak nak batalkan pernikahan ni, masih sempat lagi. Saya boleh tolong cari abang awak dan korang boleh kahwin" Hafiq bersuara lembut tapi mendatar. Angel tersentak mendengar pernyataan Hafiq itu.
"Apa awak cakap ni, kita dah ada kat masjid ni kot"
"Saya tengok keadaan awak yang lesu, serabut, tak focus ni buat saya takde semangat nak buat akad nikah. Awak nak nikah dengan saya tapi fikiran melayang ke tempat lain. How?" Hafiq mengeluh panjangsambil memandang gadis dihadapanya. Angel masih berdiam diri.
Angel duduk di atas kushen kecil berwarna putih salju yang disediakan. Dia memandang sekelilingnya, pakcik makcik sedara mara keluarganya sudah menunggu lama kehadiran nya. Mukanya tetap kelihatan cantik walaupun pucat. Senyuman nya sangat sangat nipis. Badan nya mengeletar. Mata tetap melilau disekeliling masjid, kalau-kalau ternampak kelibat Faizol.
Hafiq memandang saja gelagat bakal isterinya itu. Dia mengeluh kecil. Begitu juga encik Fahmi, muka nya lesu dan tiada sebaris senyuman pun dibibir. Anak bujang nya hilang ntah kemana, anak daranya yang mahu bernikah harini tapi otak melayang ke tempat lain.
"Baik, kita akan mulakan majlis kita dengan bacaan doa ya" Tok Kadi mula berbicara.
Sedang doa dibacakan oleh tok kadi, hati Angel tergerak untuk memandang ke arah pintu masuk masjid. Hatinya memberontak untuk memandang juga ke arah itu, seakan ada sesuatu disitu. Mata nya beralih ke arah itu, dan terdapat seorang lelaki, yang amat dirinduinya, yang dikasihinya sedang memandang tepat ke arah matanya.
"A.. abang... abangg..." Angel perlahan-lahan bangun dari duduknya dan berjalan ke arah Faizol.
"Adik! Adik nak pergi mana ni?" Encik Fahmi memegang kuat lengan anak perempuan nya itu.
"Abang! Itu abang, ayah.. Itu abang!!!!" Angel menjerit kuar membuatkan semua orang yang sedang duduk, terus bangun dan keluar. Encik Fahmi memandang ke arah tempat yang ditunjuk Angel. Hatinya jadi sayu memandang satu-satunya anak lelaki dia, sedang tersenyum manis.
Faizol mengalihkan pandangan nya dan berlau pergi dari tempatnya. Angel terus meluru berlari untuk mendapatkan abang kesayangan nya.
Sampai di luar masjid, Angel melilau di sekitar, mencari susuk tubuh Faizol tapi masih tak dijumpai. Dari seberang jalanraya, kelihatan Faizol sedang melambai-lambai tangan ke arah nya.
Angel tersenyum lebar dan tanpa menunggu sesaat pun dia terus berlari ke arah Faizol. Kereta yang sedang bergerak laju di jalanraya tidak diendah sama sekali. Hatinya terlalu gembira sampai tak kisah pasal keselamatan diri.. sehinggalah satu tragedi berlaku...
Lori balak yang sedang laju berjalan merempuh badan Angel sehingga dia tercampak ke bahu jalan. Faizol tergamam melihat kejadian itu berlari mendapatkan Angel yang sedang terbaring dengan penuh darah pekat mengalir keluar dari kepala. Dress nya putih melepak itu, sudah bertukar menjadi putih tompok merah.
"Adik adik adik, ya Allah adik..." Faizol memangku kepala Angel di atas peha nya. Angel bernafas termengah-mengah, darah tidak berhenti mengalir. Begitu juga airmata mereka berdua
"Abang, adik .. adik minta maaf. Adik salah, adik sayang abang sgt sgt. Abang ialah abang adik, dulu kini dan selamanya.. I'm, I'm so sorry" Mata Angel tertutup.
Faizol terus meraung sekuat hati disitu tanpa peduli akan sekelilingnya. Angel pergi.
Tamat
YOU ARE READING
✔ROSE UNTUK IBU✔
NezařaditelnéCerita ini takde kaitan dengan yang mati. Ambil pengajaran dari kisah ini.