Aisyah's P.O.V
Entah mengapa pula secara tiba-tiba aku dijadikan 'Ketua Badar & Naqibah' tingkatan enam. Entah siapa yang mengajukan nama ini tidak aku ambil tahu. Hafiz yang datang bertemu aku beberapa hari lalu menjadi bualan rakan sebilik dan pelajar STAM yang lain. Hanya kami berdua yang tahu apa 'urusan' yang disebut Hafiz ketika ingin bertemuku di liqa' usrah.
"Eiii, Aisyah, cakaplah... kenapa dia jumpa dengan kau ?", tanya rakan sebilikku Diulang pertanyaan yang sama berkali-kali tetapi sudah aku berjanji agar tidak membuka mulut tentang jawatan itu. Rakan-rakanku hanya redha dengan keputusanku bagi mengunci mulut tentang pertemuan itu.
Mulalah sangkaan gurauan dari rakan-rakanku seperti 'Hafiz melamarku', 'Hafiz menjadi orang tengah bagi orang lain' dan sebagainya. Aku mampu tersenyum dengan gurauan yang terkadang bagiku cukup hiperbola.
---
Hari Ahad, hari pertama persekolah di Kelantan. Seawal pagi lagi sudah Aisyah berdebar untuk mengangkat sumpah menerima jawatan itu dan dijaga sebaiknya. Mana tidaknya, apabila Aisyah memegang jawatan yang dipandang mulia sebegitu, harus dia jaga segalanya. Yakni dari segi pemakaian, pembelajaran, akhlak terutamanya. Pagi ini, berbaju baru disarungkan. Rakannya masih tidak tahu tentang jawatan itu dan mereka tidak tahu bahawa Aisyah akan memakai uniform lain dari yang lain pagi ini kerana Aisyah menggosoknya seawal 4 pagi.
Sedang berpusu-pusu dalam bilik dorm D, terserlah uniform Aisyah yang berlainan dari mereka.
"Eh, Aisyah... kau pakai baju apa ni ?", tanya Syafiqah. Yang lain juga bertanya perkara yang sama.
"Nanti kaukan tahu juga...", jelas Aisyah.
"Oh... jadi inilah sebabnya Hafiz berjumpa dengan kau hari itu ? Lega hati ni... Ingatkan sudah dilamar kau olehnya", gurau Syafiqah.
---
Mereka pun bergegas ke kantin untuk makan pagi. Ramai para pelajar yang tertumpu dengan pemakaian Aisyah pagi itu. Ramai juga pelajar STAM yang tertanya-tanya apakah sebabnya dia memakai uniform baru.
Terkejutnya pelajar yang lain juga melihatkan Hafiz mengenakan baju yang sama seperti Aisyah diatas pentas bagi mengerusikan ijitima' pada pagi itu. Semua hanya mengangguk dan menunggu saat apakah semua ini.
Naiknya Ustazah Sofia sebagai guru penasihat kedua ahli badar ke atas pentas untuk mengumumkan jawatan mereka.
"Ketua Tertinggi Ahli Badan Dakwah & Naqib ialah Muhammad Hafiz, Tingkatan 6 Ibn Qayyim", Hafiz pun mengorak langkah kehadapan menaiki pentas. Berdebar hati Aisyah menunggu gilirannya dipanggil naik ke pentas.
"Seterusnya, Ketua Tertinggi Ahli Badan Dakwah & Naqibah ialah Aisyah Sumayyah, Tingkatan 6 Al Farabi", Aisyah dengan sejuk peluhnya, getar kakinya, debar hatinya mengorak langkah menaiki pentas. Semua persoalan diminda para pelajar sudahpun terjawab. Kini tiba masanya nama rakan-rakannya yang lain dipanggil.
"Nama seterusnya yang dipanggil ini adalah ahli badar dan naqib serta naqibah yang baru bagi memimpin para pelajar", jelas ustazah Sofia.
"Nur Syafiqah Binti Razi, 6 Al Khindi", terkejutnya bagai ingin menitis air matanya.
"Nur Saeda Syafikah Binti Ahmad, 6 Al Khindi", "Nurul Najihah Binti Azmi, 6 Al Farabi", dan seterusnya.
Ustazah Sofia pun menjelaskan mengapa mereka ini antara insan yang terpilih. Mereka terpilih kerana berpengalaman mengendalikan tanzim seperti ini serta berlatar belakang kan sekolah yang lebih tinggi tarbiyyahnya.
YOU ARE READING
Suamiku Ustaz
RomanceCerita seorang pelajar STAM yang dulunya punya rasa minat pada seorang ustaz dan tak diduga... Ustaz itulah jodohnya. || DISCLAIMER || Watak, karakter dan jalan cerita hanyalah rekaan semata-mata. Tiada kena mengena antara yang hidup atau yang sudah...