BAB 9 : PERASAAN

12.3K 584 8
                                        

Setelah empat tahun berada di Mesir, kini Aisyah ingin pulang ke tanah air bagi meneruskan cita-citanya disisi keluarga. Ditinggalkannya bumi Mesir dalam keadaan yang sedih kerana lima tahun Aisyah berhempas pulas, membanting tulang, bekerja sambilan dan belajar dalam masa yang sama. Biasalah, pelajar, pastinya butuhkan wang yang banyak.

Sepulangnya Aisyah ke Malaysia, dipeluk diciumnya umi dan abahnya.

"Ya Allah... lama umi tak jumpa anak umi ni rupanya... Alhamdulillah, dah graduate pun anak umi seorang ni", jelas Puan Humairah kerinduan. Mana tidaknya, sepanjang Aisyah disana tiadapun dijengah. Ada juga rakannya mengajarkannya menggunakan aplikasi skype dan video call tetapi kebanyakan masa tidak mengizinkan dan jikalau ada masa sekalipun pasti internet yang digunakan berkelajuan rendah.

Aisyah kini menjadi pakar motivasi terkenal di Malaysia. Banyak juga buku-buku yang dihasilkan. Begitu juga Fathi, yang kini bergelar 'Doktor Fathi', banyak juga dipanggil ke program-program sekolah dan universiti sebagai motivator. Kini, Fathi dan keluarganya berpindah ke Selangor kerana Puan Azza, ibu Fathi, katanya sukar untuk berjauhan dengan Fathi.
.
.
.
.

"Umi, malam ni umi nak ikut abang pergi masjid tak ?", tanya Fathi sambil mencapai kuih yang dihidang oleh Puan Azza petang itu.

"Ada apa ? Ceramah lagi ya ?",
"Ini bukan ceramah biasa. Abang dipanggil bagi menjadi panel forum malam ni. Umi dan Abi ikut lah ya ?", ajak Fathi.

"Kenapa beria-ia sangat ni ? Ada apa-apa kah ?", tanya Encik Uwais.

"Entahlah abah, sengaja abang nak bawa abah dengan umi dengar tazkirah free malam ni. Lagipun, entah kenapa abang pun rasa senang hati nak ke masjid malam ni.", ujar Fathi.

"Aik ? Susah hati kah abang ke masjid sebelum ni ?", tanya Hawa, adik bongsu Fathi.

"Eh, tidaklah begitu. Entah kenapa malam ini hati seperti berdebar. Bagai nak melompat juga ada. Entah la...", jelas Fathi.

"Adakah... Malam ni abang Fathi kita ni bertemu jodoh ?", gurau Furqan, adik Fathi. Fathi memukul tangan Furqan dan menjeling. Akan tetapi mungkin apa yang dikatakan itu, ada benarnya...

"Ada-ada saja anak umi ni. Sudah, makan cepat, sudah pukul 6:15 petang dah ni. Selesai makan, kita terus bersiap.", ujar Puan Azza.

.
.
.

Malam itu, meluncur kereta Range Rover Fathi ke Masjid Jamek, Kuala Lumpur bersama ahli keluarganya.

Sampainya di sana, Puan Azza dan Hawa bersama-sama memasuki ruang solat wanita dan Encik Uwais bersama dengan dua orang anak lelakinya, Fathi dan Furqan.

Selesai sudah Fathi mengimamkan solat Maghrib, mereka pun memulakan sesi forum. Fokus Puan Azza mendengar ceramah dari anaknya. Hawa pula sekejap wajahnya memandang sekeliling, sekejap memandang abangnya, sekejap memandang mak cik-mak cik yang fokus mendengar, sekejap...

eh bukankah ini Aisyah Sumayyah si motivator terkenal itu ? Bermimpikah aku ?, bisik hati kecil Hawa melihatkan Aisyah mengambil tempat disebelahnya.

"Assalamualaikum", ucap salam Aisyah buat Puan Azza dan Hawa. Mereka membalas dengan senyuman dan Aisyah pun mengambil tempat duduk disebelah Hawa.

"Akak ni Aisyah Sumayyah kah ?", tanya Hawa. Aisyah mengangguk senyum. Hawa begitu teruja dan ternganga mulutnya seketika. Aisyah tertawa kecil dan menyuruh Hawa fokus ke hadapan bagi menonton forum tersebut.

"Bosan... Hawa dah biasa dengar...", ujar Hawa, biasalah, umurnya baru mencecah 9 tahun, tetapi bicaranya seperti si dewasa.

"Oh, Hawa biasa pergi ke majlis seperti ini ya ?", tanya Aisyah.

"Tidak perlu ke majlis-majlis. Rumah saja sudah cukup. Dia tu abang saya", jelas Hawa menuding jari pada Fathi yang sedang berforum. Hati Aisyah terkejut, reaksinya hanya membalas senyum pada Hawa.

Setelah selesai sesi forum, solat Isya' ditunaikan, kemudian Aisyah yang pada awalnya hanya berborak dengan Hawa kini diajaknya Puan Azza dalam bualan mereka. Puan Azza pun mula mengenali Aisyah dan latar belakangnya. Sedang rancak mereka berborak, Encik Uwais, Furqan dan... Fathi mendatangi mereka.

"Assalamualaikum... Amboi rancaknya berborak.", ujar Encik Uwais.

"Waalaikumussalam... Mestilah rancak ! Abi, akak ni la yang menulis buku Syabab Perlu Tahu.", jawab Hawa dengan terujanya sambil menuding jari ke arah Aisyah.

"Sungguh ? Wah, rugi kita tak bawa buku dia. Boleh minta tanda tangan !", gurau Encik Uwais.

Puan Azza hanya tertawa, diikuti Furqan. Bagaimana pula keadaan Fathi ?

Fathi hanya berdiri dibelakang uminya sejak tadi.

"Eh, abang, abang kenal dia kan ? Dia ni famous juga tau !", tanya Hawa. Fathi hanya mengangguk dan melemparkan senyuman yang membolehkan hati setiap gadis terpana dengannya. Puan Azza hanya berdiam ketika itu kerana nurani si ibu mengetahui isi hati anak muda seperti itu.
.
.
.

"Assalamualaikum, sobahul kheir abi, umi, abang !", Furqan dan Hawa datang bagai belangkas mengambil tempat duduk masing-masing bagi menjamu sarapan pagi. Encik Uwais sibuk meneliti buku tafsirnya, Fathi pula sedang sibuk meneliti semula jadual kerjanya, sedang Puan Azza menceduk nasi goreng masakannya kedalam pinggan ahli keluarganya.

Setelah selesai sarapan, Furqan dan Hawa bertolak ke sekolah bagi mengikuti bengkel tahsin ibadah, Encik Uwais pula yang kini bekerja sebagai ahli jawatankuasa baru masjid berdekatan rumahnya bermusyawarah, manakala Fathi mempunyai masa terluang bersama uminya dirumah. Sambil Fathi menolong uminya melipat baju, sambil juga menonton televisyen. Perbualan si ibu dan anak pun timbul.

F for Fathi
A for Puan Azza

A : Abang, umi nak tanya ni.
F : Tanyalah... sejak bila umi perlu meminta izin ni ... ? ketawa Fathi terkekeh
A : Umi kenal dengan Aisyah Sumayyah tu.
F : Ehm, jadi ? hatinya tersentak apabila Puan Azza membuka topik pasal Aisyah Sumayyah. Tetapi reaksinya seakan biasa.
A : Abang kenal dia juga kan ? Dia ada cerita latar belakangnya pada umi. Umi suka pada dia. Terus terang umi cakap, umi ingin melamarnya sebagai isteri abang.
F : Ha ? Umi sungguh ke ? Aisyah tu terkenal orangnya. Mana dia mahu pada abang. Dia panggil abang, 'ustaz' lagi... Pasti sudah dia berpunya...
A : Mana abang tahu ?
F : Ya lah, sudah ramai kawan-kawan abang yang melamarnya. Sejak sebelum dia terbang ke Mesir hinggalah dia dibumi Mesir. Tapi, katanya "Maaf, saya sudah punya pilihan".
A : Haha, abang... Abang tahu tak apa yang Aisyah maksudkan pasal "pilihan" itu ?
F : Pastinya pilihan hati.
A : Abang... abang... Maksud pilihan itu ialah, dia memilih untuk belajar dan menuntut ilmu dahulu. Kini, dia sudahpun habis belajar. Umi kenal padanya, caranya bertutur, akhlaqnya, bukankah itu ciri-ciri pilihan hati abang ?
F : Y-y-ya... Me-e-mang la-ah. Tapi, umi...
A : Tiada tapi lagi. Insya Allah umi dan abi akan ke rumahnya esok. Umi dapat alamatnya dari kawan umi.

Fathi hanya terpinga dan terkaku seketika. Harus dia akur. Benar kata uminya, dia memang seorang yang baik akhlaqnya, sopan tutur bicaranya, yang penting, insya Allah tinggi ilmu agamanya. Selain itu, benar juga tentang perasaannya yang menyukai cara Aisyah sejak di Maahad dulu. Tika itu, Fathi harus buang perasaan itu sejauh yang boleh akan tetapi, kini, jika ada peluangnya, hati dua insan ini akan terpaut dengan redhaNya....

Suamiku UstazTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang