Riuh rendah rumah Aisyah, dipenuhi dengan sanak saudara dari sebelah pihaknya dan juga sebelah pihak Fathi. Mujur rumahnya besar dan luas. Petang yang sangat ceria, dilihat kanak-kanak bermain dihalaman berkejar-kejaran, sanak saudara berkumpul bermesraan, ibu dan ayah yang bersama meluangkan masa menjalinkan ikatan baru dalam keluarga. Mana Fathi ? Mana Aisyah ?
Masing-masing sibuk menyiapkan persiapan bagi majlis do'a selamat pada esok hari. Hubungi orang itu dan ini, tiada masa untuk bersua buat hari ini. Biarpun mereka bersua buat seketika selepas akad nikah, hanya kata-kata penting saja yang terucap. Tidak sempat untuk membualkan tentang perasaan masing-masing.
.
.
.Kenduri do'a selamat telahpun selesai. Masih ramai pak cik dan mak cik yang belum pulang dan berbual mesra antara satu sama lain. Malam itu, Fathi akan membawa Aisyah keluar dari rumah itu secara rasminya untuk tinggal bersamanya. Disalam, dicium dan dipeluk dengan erat sekali Puan Humairah dan Puan Azza. Disalam pula Encik Azharuddin dan Encik Uwais.
Aisyah dan Fathi pun masuk ke dalam kereta. Melambai tangan mereka meninggalkan perkarangan rumah.
"Aisyah dah makan tadi?", tanya Fathi.
"Dah. U-ustaz dah makan ?", jawab Aisyah, hatinya berdebar, masih tersipu malu. Entah apa yang harus dipanggilnya, Aisyah masih buntu.
"Sudah... Aisyah.. panggillah abang. Ustaz yang dulu sudah hilang gelarannya", tawa kecil Fathi dan Aisyah tersenyum lembut membalas dan mengangguk kepala tanda setuju.
"Sudah lama kita tak berbual begini. Maklumlah, Aisyah pun menjaga batasan, Abang juga cuba menghormati Aisyah dan batasan kita.", jelas Fathi yang matanya masih fokus pada jalan. Dengan suasana hening malam, berlatar belakang kan lagu Kasih Kekasih oleh radio ikim fm. Entah apa pula mimpi si penyampai radio ingin memasang lagu sebegitu indah malam begitu.
Setelah beberapa minit berlalu, mereka telahpun sampai ke rumah, rumah yang bakal menjadi saksi terbinalah sebuah rumah tangga yang bahagia, insya Allah. Fathi membantu Aisyah mengangkat barang-barang ke dalam rumah. Aisyah hanya mengekori Fathi yang menjadi guider disekeliling rumahnya.
Aisyah pun meletakkan barang-barangnya di dalam bilik mereka. Beliau merasakan begitu asing bersama seorang lelaki yang belum dikenali sepenuhnya pun didalam satu bilik, dibawah satu bumbung. Aisyah hanya duduk dengan keadaan janggal diatas katil, sedang Fathi sibuk menyusun barang ditepi dinding dipenjuru bilik. Selesai menyusun barang, Fathi mendekati Aisyah dan mengambil tempat di sebelah Aisyah.
"Aisyah, dah mandi ? Kalau belum, Aisyah pergilah mandi dulu. Kemudian kita solat sama-sama.", ujar Fathi. Aisyah mengangguk tanda setuju. Dicapai tuala dan baju dari begnya dan meluru ke bilik air.
.
.
.Aisyah's P.O.V
Selesai hampir setengah jam aku dalam bilik air ni. Mempersiapkan diriku buat suamiku. Haruslah wangi, haruslah bersih dan haruslah kemas.
"Ish, nervousnya... Kenapa ni ?! Bukannya diluar tu orang lain. Suami kau juga!", bercakap sendirian dihadapan cermin.
"Betulkah pakaian ku ini ? Tidak keterlaluan atau selekeh kah ?", membelek-belek pakaianku yang dikenakan, baju merah jambu lembut berlengan panjang dan kain kain berwarna krim labuh A-Cut. Rambut panjangku ini diikat dengan rapi.
Aku pun seterusnya mengambil wudhuk dan lengan bajuku terlipat hingga ke siku. Aku menyapu sedikit losyen ditangan dan Pertama kalinya aku melihatkan diriku tiada berselindung auratku dihadapan seorang yang baru kukenali.
Keluar aku dari bilik air, melihat si dia kini mengenakan baju tshirt berkain pelikat. Tersenyum si dia melihat aku. Aku membalas senyumannya. Kami pun memulakan solat sunat.
"Allahu... inilah amanah abang", kata-kata yang terucap dari mulutnya semasa aku bersalaman dengannya setelah selesai solat kami. Aku tersenyum mendengar kata-kata itu.
Aku membuka telekungku dan melipatnya manakala Abang Fathi melipat sejadah. Selesai sudah, Abang Fathi menuju ke katil dan duduk diatasnya.
"Mari duduk disebelah abang.", ajak Abang Fathi. Aku pun pergi ke arahnya dan duduk disebelahnya.
"Cantik juga isteri abang ni.", jelas Fathi sambil memegang tangan Aisyah dan mengusapnya perlahan. Merah muka Aisyah kelihatan, mungkin kerana wajahnya yang berkulit cerah.
"Terima kasih...", balas Aisyah.
"Abang tak sangka, Aisyah lah jodoh abang. Abang tak pernah duga, seseorang yang abang suka sejak dulu ki-," belum sempat Fathi menghabiskan ayatnya...
"Suka sejak dulu ? Maksudnya ?"
"Ya... Abang memang menyukai cara Aisyah sejak kali pertama kita bertemu di sekolah dahulu... Abang nampak, Aisyah sangat menjaga syariat. Abang sangka, abang hanya kagum masih ada insan disekolah itu yang betul-betul menitikberatkan syariat tetapi sebaliknya, abang memang sukakan Aisyah. Jujur abang katakan, terkadang kalau abang ternampak Aisyah dari jauh, abang akan pandang Aisyah. Entah kenapa bagai sejuk hati abang melihat Aisyah. Tapi, malu juga kerana macam abang katakan tadi, Aisyah sangat menjaga batasan."
"Aisyah juga akui, memang Aisyah punya perasaan hati terhadap abang semasa abang menjadi 'ustaz' disekolah itu. Tapi, semestinya Aisyah tepis perasaan tu demi menjaga hati dari zina. Sesekali Aisyah juga memandang abang lalu lalang di hadapan pejabat.", jelas Aisyah pula.
"Oh... pandai juga isteri abang seorang ni...", dicubitnya pipi Aisyah yang lembut itu. Merah kedua pipinya kerana itulah sentuhan manja pertama dari suaminya.
Itulah kisah Aisyah Sumayyah dan Fathi Al Qarni, yang dua insan, terkadang diketuk hati tentang perasaan, akan tetapi menepisnya demi cinta Ilahi, kini dipersatukan.
Jodoh berdua, begitulah takdir...
YOU ARE READING
Suamiku Ustaz
RomanceCerita seorang pelajar STAM yang dulunya punya rasa minat pada seorang ustaz dan tak diduga... Ustaz itulah jodohnya. || DISCLAIMER || Watak, karakter dan jalan cerita hanyalah rekaan semata-mata. Tiada kena mengena antara yang hidup atau yang sudah...