BAB 8 : PERTEMUAN SEMULA

11.6K 546 11
                                    

Hampir setengah tahun Aisyah di madrasah yang mengajarnya asasi bagi mengasah lagi kemahiran bahasa Arab dalam bertutur dan penulisan.

Aisyah yang dulunya bagaikan kambing masuk ke kandang lembu, kini dapat menyesuaikan diri dengan suasana dan rakan yang baru. Ujiannya semakin berat. Maklumlah, semakin meningkat umur, semakin banyak ujian. Semakin banyak ujian, semakin Allah memanggil kita untuk dekat denganNya.

Begitulah perlu ditempuhi, pahitnya perjuangan demi manisnya nikmat syurga kelak. Pelbagai program gerakan Islam yang perlu Aisyah ikuti. Antaranya, usrah antara persatuan pelajar-pelajar Malaysia di Mesir akan bermula minggu hadapan. Usrah umum akan diadakan pada setiap Khamis malam Jumaat. Manakala usrah berkumpulan pada hari Sabtu.

---

Selesai mengambil wudhuk, Aisyah pun berjalan selaju yang mungkin ke Masjid bagi menunaikan solat Maghrib berjemaah sebelum memulakan sesi usrah pertama kalinya disana.

Perlahan dia berjalan menuju ke masjid. Semasa Aisyah menaiki anak tangga masjid, seorang lelaki yang sangat dikenali paras rupanya.

Aisyah's P.O.V

Ustaz Fathi kah itu ? Sungguh aku tak percaya. Alamak !!! Dia pandang pula~
Aku lajukan langkahku memasuki ruang solat wanita dalam keadaan tercungap-cungap.

Ustaz Fathi's P.O.V

Eh ? Aisyah kah tu ? Aisyah Sumayyah ? Eh, mengapa dia lari pula ? Adakah ini bayangan sahaja ? Adakah aku berangan lagi ? Allahu...

---

Usrah berjalan, mereka bertaaruf dan kumpulan usrah pada hari itu ditetapkan dengan meletakkan ahli usrah berdasarkan bidang yang diambil. Bam ! Bertemulah Aisyah Sumayyah dan Fathi Al Qarni, kini dibumi Mesir, satu kumpulan usrah.

Mereka pun duduk dalam liqa'. Tersipu malu Aisyah dalam kumpulan itu, tetapi lagaknya seperti tiada apa yang berlaku. Mungkin kerana memang sifatnya begitu.

"Assalamualaikum w.b.t, saya Aisyah Sumayyah Binti Azharuddin. Berumur 19 tahun. Saya berasal dari Selangor. Pelajar tahun satu di markaz bahasa disini.", jelas Aisyah.

"Sebelum belajar disini, Aisyah buat apa ?", tanya kak Fatimah Syarha yang mengerusikan kumpulan usrahnya malam itu.

"Saya mengambil STAM di Kelantan.", jawabnya.

"Wah, bagus, jauh belajar. Macam mana duduk di Kelantan tahun lepas ? Seronok ?", tanya ustaz Farhan Hadi.

"Alhamdulillah, biasa-biasa saja.", tersipu malu dia menjawab kerana salah seorang ahli kumpulan itu asalnya dari tempat belajarnya dahulu.

Setelah beberapa sesi taaruf, kini tiba giliran Fathi.

"Assalamualaikum w.b.t, nama saya Fathi Al Qarni bin Uwais, berumur 23 tahun, kini menyambung pelajaran peringkat master. Saya berasal dari Kelantan.", jelas Fathi. Soalan yang sama diajukan kepada Aisyah, juga diajukan kepada Fathi.

"Saya menjadi guru sementara di sekolah xxx", jelas Fathi.

"Oh, jadi... kamu saling mengenali ?", tanya kak Fatimah Syarha pada Aisyah dan Fathi.

Mereka mengangguk tanda setuju. Usrah pun dimulakan. Sesi usrah pada hari itu adalah sesi usrah santai. Setiap ahli usrah mestilah mencabut satu tajuk dan sampaikan sedikit isi.

Setelah tamatnya usrah, salah seorang ahli usrahnya bertemu dengan Fathi.

"Orang Kelantan ke ? Wah, ana teringin nak pergi kelantan. Nanti kalau berpeluang, enta boleh la bawa ana jalan-jalan di Kelantan ya ?", gurau gadis berpurdah itu, Qasidah namanya. Fathi hanya tersenyum. Sekilas Aisyah melarikan pandangannya kerana Fathi sepertinya perasan Aisyah sedang menyaksikan situasi gadis itu dan Fathi.

"Aisyah,", jerit Fathi memanggil Aisyah meninggalkan Qasidah dengan mukanya yang menahan marah dan malu.

"Aisyah, tak sangka saya jumpa kamu lagi. Semakin jauh kamu bermusafir. Semoga berjaya menempuh ujian disini.", jelas Fathi dan Aisyah hanya mengangguk. Merekapun pergi meninggalkan tempat itu.

Apakah perasaan suka antara mereka berputik kembali ? Nantikan dalam bab seterusnya.

Suamiku UstazWhere stories live. Discover now