BAB 2 : USTAZ

17.6K 683 8
                                    

Aisyah punya perasaan suka pada salah seorang ustaz disekolah itu. Perasaannya itu berputik pada pertama kali ustaz itu memperkenalkan diri di medan thobur. Sukanya dia pada ustaz itu dalam diam tanpa pengetahuan rakan-rakannya. Gaya penampilan dan cara ustaz itu adalah "type" yang disukai oleh Aisyah.

Ustaz yang dikatakan namanya ustaz Fathi ini salah seorang bekas pelajar disekolah itu juga. Dia hanya suka kerana cara ustaz Fathi yang menjaga batas syariat dan juga penampilannya kemas. Batas syariat yang dimaksudkan adalah beliau tidak terlalu melayani pelajar-pelajar perempuan yang lain dan tidak terlalu bergaul dengan guru wanita yang lain sepertimana guru lelaki yang lain bahkan ada saja ustaz disitu tidak menjaga ikhtilat.

Hanya ustaz Fathi sahaja dimatanya kelihatan menuruti jenis lelaki yang disukainya disekolah itu.

Pernah sekali ustaz Fathi dan Aisyah bertembung, ustaz Fathi kelihatan terkejut reaksinya melihat Aisyah yang memberi laluan kepadanya dan menundukkan pandangan sewaktu ustaz itu ingin melalui jalan itu.

---

Ustaz Fathi P.O.V.

"Jazakallahu khairan kathira ya ustaz", ucap pelajar kelas tingkatan 5 Ibn Rusyd. Aku pun keluar dari bilik darjah tersebut meninggalkan semua anak murid dan mata-mata liar yg memerhati. Sungguh lainnya tarbiyyah dulu dan kini. Terkenangkan pula zaman kegemilangan dimana ustaz Hishamuddin yang menjadi pentarbiyyah terbaik disini. Cukuplah terkenang perkara lalu...

Lepas ni ada kelas Hadith pula dengan tingkatan 4, lagi ada mata-mata yang liar, ada juga yang 'berlakon' sopan. Bukanku suuzhon, tetapi aku pernah melihat mereka dengan mata kepala sendiri yang mereka ini bersikap ganas dan tidak sopan dihadapan orang lain.

Sedang aku berjalan, aku terserempak dengan pelajar muslimat tingkatan 6. Ada saja yang mengukir senyuman, yang berjalan ditepi aku dan hampir terlanggar aku. Aku pula yang terpaksa ke tepi. Tiba-tiba, ada seorang banat tingkatan 6, yang nampak aku ingin melalui jalan tersebut, tetapi dia yang mengetepikan dirinya dan menundukkan pandangan setelah melihat aku dihadapannya.

---

"dia tak mahu jalan ke ? tak diduga ada juga yang masih menjaga syariat seperti ini disekolah ini. Dia sepertinya tidak familiar disekolah ini... hmm, pelajar ba-", bisik hati kecil ustaz Fathi. Tanpa dia sedari, dia telah berdiri lama disitu merenung Aisyah yang sedang menunggu ustaz Fathi meneruskan langkah di laluan itu.

Ustaz Fathi terus menyedari perbuatannya dan berlalu pergi.

"Kenapa ustaz ni ? Pandang macam tak pernah tengok orang saja.", bisik hati kecil Aisyah. Aisyah pun meneruskan perjalanannya pulang ke asrama.

Suamiku UstazWhere stories live. Discover now