My Cikgu My hubby 67

24.3K 983 9
                                    

"KENAPA muka monyok aje ni? Tak suka ibu dengan walid datang ke?'' tegur Hajah Rosnah ketika melihat wajah anak lelakinya murung saja tanpa banyak bicara. Biasanya ada saja celotehnya. Ini sepatah yang ditanya, sepatah dijawabnya. Buah yang dikupasnya diberikan kepada Asyraf. Asyraf menggeleng.

Hajah Rosnah memandang suaminya. Haji Hairudin hanya menjongket bahu tanda tidak mengerti. "Kenapa ni? Asyraf sedih ke, sebab kaki kena simen?'' tanya ibu lagi. Asyraf menggeleng. Dia melihat telefonnya. Tiada apa-apa pun di situ walaupun sekeping mesej. Resah hatinya menunggu kehadiran si isteri.

"Tunggu siapa?'' Hajah Rosnah menduganya. Asyraf tidak menjawab sebaliknya hanya melepaskan satu keluhan. Berat kedengaran keluhan itu. Anaknya punya masalah yang berat ke? Hajah Rosnah mula susah hati. Ketika itu juga pintu bilik itu dibuka dari luar. Wajah Asyraf berubah ketika melihat orang yang ditunggunya. Hajah Rosnah mencebik. "Patutlah moody semacam. Tunggu kekasih hati rupanya.'' Getus Hajah Rosnah membuatkan Asyraf tersengih saja. Aqila menapak ke arah mereka berdua dan bersalaman dengan ibu dan bapa mertuanya.
"Kemana kamu lambat sangat datang ni, suami kamu ni dari tadi makan pun tidak mahu, bercakap apatah lagi..'' bicara Hajah Rosnah kepada Aqila. Aqila hanya tersenyum saja tanpa mampu menjawab apa. Dia pandang Asyraf sekilas, lelaki itu buat memalingkan wajah. Merajukkah?

"Saya balik rumah tadi, tukar pakaian.. memasak. Tu yang lambat.'' Aqila menjelaskan. Hajah Rosnah memandang Asyraf pula. "Haa, dengar tu. Dia balik masak untuk kamu, kemain lagi tak mahu makan tadi, rupanya dah tunggu isteri delivery kan. Tak patut betul.'' Suara Hajah Rosnah kedengaran seperti merajuk. Asyraf serba salah. Dia tarik tangan ibunya. "Ala, ibu ni.. dengan isteri Raf pun nak cemburu.'' Pujuk Asyraf. Hajah Rosnah tetap buat muka.

"Alaa.. ibu janganlah macam ni.. tak baik tau buat orang sakit macam ni.'' Asyraf menarik lenggan ibunya yang bangun drai kerusi. Dia tidak mahu dicop anak derhaka bila ibunya terasa hati dengan sikapnya. "Eh, budak bertuah ni.. lepaslah ibu nak balik ni..'' arah Hajah Rosnah ketika tangannya dipegang kemas oleh anak lelakinya itu. Asyraf menggeleng. "Tak mahu! Selagi ibu tak maafkan Raf, ibu tak boleh balik.'' Tungkas Asyraf. Hajah Rosnah tertawa kecil.

"Ibu tak marah lah, ibu cuma nak balik. Kan, isteri kamu dah ada ni. Ibu tak ada masa 24jam nak hadap kamu ni.'' Bebel Hajah Rosnah membuatkan Asyraf mula menarik senyuman. Walid dan Aqila yang menyaksikan gelagat dua beranak itu hanya mampu tersenyum. "Bye ibu. Hati-hati.'' Kata Asyraf ketika selesai bersalaman dengan ibu dan walidnya.

Aqila mendekatinya. Senyuman terus mati. Dia masih mahu merajuk dengan Aqila kerana membuatnya tertunggu-tunggu. Aqila tahu Asyraf sengaja buat muka begitu. Sengaja nak protes lah tu! Dia mengambil mangkuk tingkat yang dibawanya. "Saya masakkan masakan kesukaan awak. Cuba teka apa dia?'' Aqila memulakan bicara sambil meletakkan mangkuk tingkat itu di atas meja pesakit yang disediakan. Asyraf mengerutkan wajah. Tadi kemain lagi membahasakan dirinya Aqila dan memanggilnya dengan panggilan abang. Sekarang dah berubah jadi 'saya-awak' pula? Cepat betul bertukar siaran! Memang tak boleh dijangka. Asyraf semakin tak puas hati.

Aqila menantikan jawapan yang kosong. Kalau dalam rancangan tv, pasti bunyi 'krik..krikk.. krikk' akan dimainkan kerana persoalannya dibiarkan tanpa jawapan. Merajuk betullah ni?

"Tak nak jawab ke?'' suaranya mula kedengaran kendur. Ingin merajuk jugalah kalau begitu. Dia bukannya sengaja untuk datang lewat. Dahla, tadi dia terpaksa berusan dengan Farid, ditambah pula dengan ugutan Dania, balik ke rumah terlupa untuk beli barang dapur pula. Terpaksa dia keluar semula untuk membeli keperluan dapur dan memasak. Semua itu ambil masa yang lama. Asyraf bukannya nak faham akan situasinya. Tahu nak merajuk aje!

"Cuba awak repeat soalan tadi. Dalam erti kata lain, cuba cari apa yang tak kena pada soalan awak tadi.'' Kata Asyraf sebaik saja melihat kebisuan Aqila. Aqila mengerutkan wajah memikirkanya. Apa yang tak kena? Orang tanya pasal makanan kegemaran dia aje. Yang dia suruh cari apa yang tak kena pada soalan ni kenapa pula? Salah susun ayat ke apa? haih.. tahulah dulu cikgu, sekarang pensyarah pula.. salah ayat sikit pun tak boleh kompromi ke? Getus Aqila dalam hatinya. Sebal pun ada. Tapi untuk seketika, dia menangkap sesuatu. Sesuatu yang memang tak kena pada pertanyaannya tadi. Patutlah Asraf berkata begitu. Dia tersengih.

"Err.. sorry.'' Ujarnya perlahan. Asyraf masih buat muka sama. Muka yang begitu serius memandangnya. Gulp! Aqila telan air liur. Menarik nafas dan memberikan senyuman paling manis untuk suaminya. "Okey, saya.. err Qila repeat soalan tadi.''

"Ehemm, aa.. Qila masak makanan kesukaan abang, cuba teka apa dia?'' penuh rasa gementar rasanya intonasi suaranya ketika itu. Memang bercakap di telefon dan secara bersemuka ini lain betul perasaannya. Asyraf perlahan-lahan menarik senyuman. jujur dia bahagia bila Aqila memanggilnya dengan panggilan itu dan membahasakan dirinya Aqila.

"Hai senyum aje ke? Tak nak jawab? Tak jawab tak dapat makan..'' ugut Aqila. Asyraf memandang mangkuk tingkat itu. "Sedap tak sayang masak?'' soalanya membuatkan Aqila buat muka geram. Nak kata aku tak pandai masaklah tu! Dia menarik semula mangkuk tingkat itu. "Tak nak makan sudah. Tak suka nak paksa pesakit makan! Kite bukan nurse.'' Aqila beria mahu mengambil mangkuk tingkat itu, tapi Asyraf pantas merebutnya terlebih dahulu.

"Aish, mana boleh macam tu. Tak kan abang nak biarkan sayang makan hati. Paksalah abang makan, please.'' Pujuk Asyraf. Aqila mencebir geram. Makin menjadi-jadi pula. "Okeylah, abang teka. Emm.. abang suka apa ya?'' Asyraf mula memikirkan makanan kegemarannya. Dia main sebut aje, tapi satu pun tidak mengena. Aqila rasa geli hati bila Asyraf mula cuak dengan soalan yang mudah begitu.

"Dahla, abang nak makan. Tunggu dapat jawapan sampai bila pun tak makan.'' Ujarnya dengan geram. Aqila menurutkan saja keinginan Asyraf. Maklum sajalah, pesakit. Sebaik saja dia membuka isi perut yang ada dalam mangkuk itu, Asyraf memandangnya lama.

"Gulai ikan keli?'' soalnya seakan tidak percaya. Aqila mengganguk perlahan. Nampak sungguh menyelerakan, tapi dari mana Aqila belajar memasak gulai ikan keli? Bukankah Aqila tidak tahu sangat memasak, apatah lagi masakkan kampung. "Dari mana Qila belajar?'' tanya Asyraf ketika Aqila mengambil kuah gulai itu dan diletakkan ke dalam mangkuknya. "Zaman sekarang ni dah canggih, nak belajar apa.. semuanya ada dekat internet tu. Sedap ke tak, bergantung pada selera makan individu itulah. Maaflah kalau tak sedap. My first try..'' kata-kata Aqila kali ini membuatkan dia semakin dihuni rasa kenangan lama. Aqila pernah melontarkan kata-kata yang sama ketika memasakkan dia gulai ikan tenggiri dulu. Kenangan gulai ikan keli pula, ketika mereka berada di rumah opah. Rindunya dia pada kenangan itu. Perlahan-lahan dia menyuapkan nasi ke dalam mulut. Boleh tahan juga masakkannya. Desisnya sendiri.

"sayang..'' panggilnya dengan lembut.

"Hmm...'' jawab Aqila. Dia pandang wajah suaminya.

"Lepas abang keluar dari hospital, kita ke rumah opah ya? Abang nak berehat dekat sana. Lagipula, tak lama lagi dah nak masuk bulan ramadhan. Bestnya kalau dapat sambut awal ramadhan dekat sana.'' Luah Asyraf. Aqila terpinga-pinga bila rumah opah menjadi sebutan. Dari cara Asyraf berkata-kata seolah dia sudah ingat semuanya. Padahal dia langsung tidak mengingati apa-apa.
"Rumah opah kat mana? Jauh ke?'' tanya Aqila dengan tenang.
"Johor. Tak adalah jauh mana KL ke Johor. Dalam 3 jam sampai lah'' Beritahu Asyraf. Aqila hanya mengganguk perlahan. Dia langsung tidak mengingati kediaman opahnya di Johor seperti yang dikatakan oleh Asyraf. "Lagi seminggu kan, nak masuk bulan puasa? Qila hantar abang kat sana, kemudian Qila balik sini kejap, sebab kelas kuliah masih berjalan. Nanti hari pertama puasa, Qila balik. Boleh?'' beritahu Aqiladan Asyraf seperti tidak senang dengan perkhabaran itu.

"Sebagai lecturer, abang kenalah faham situasi isteri abang yang masih belajar ni. Semua ini kan kehendak abang juga.'' Sindir Aqila. Asyraf mengeluh. Menyuapkan nasi ke dalam mulutnya dengan rasa malas. Seminggu duduk sana, berjauhan dengan Aqila? Mampukah?

*****

My Cikgu, My Hubby! Where stories live. Discover now