My Cikgu My Hubby 61

24.6K 1.1K 17
                                    

TAK guna punya Asyraf! Berani dia ya. Mentang-mentanglah dah kat sini. Naik toncang. Dan aku pula kenapa? Senang sangat tunduk dengan kemahuan dia. Kemana diri kau yang sebelum ni? Huh. Jangan sampai kau jadi macam Anis. Getusnya pada diri. Dia bangun dan menuju ke bilik air. untuk seketika, dia berasa suka dengan kodominum ini. Setidaknya dia tidak perlu sebilik dengan Asyraf. Jadi tiada sebab untuk... aaa!!

Aqira menutup badannya yang terdedah dengan tangan. Dia hanya bertuala yang hanya paras peha dan Asyraf sedang berada di dalam biliknya! "What the hell you doing here? Get out!!! GET OUT!!'' tempik Aqira dengan bengang sambil melemparkan semua barang yang berada dekat dengannya. "Okey. Okey saya keluar.. sabar sayang..'' dan dushh! Botol minyak wangi mengena ke kepalanya. Terus pengsan. Aqira ternganga. Dia panik dan terus merapati Asyraf. Botol itu diambil. Kaca, dan tak pecah. Maknanya, memang sakitlah kalau kena ni. Alamak.. macamana pula hang tuah boleh pengsan kena benda ni?

"Asyraf. Asyraf. Woi.. bangunlah..'' dia menggocang tubuh Asyraf. Tapi tubuh itu hanya kaku. Semakin membuatnya bertambah panik. Dia bangun dan mengambil minyak angin. Di sapukan sedikit ke hidung. Perlahan-lahan kelopak mata itu bergerak. Huh.. dia mengeluh lega. Sekali lagi dia memanggil nama Asyraf dan kali ini Asyraf membuka kelopak matanya. Aqira membantunya untuk bangun.
"Kau ni macam pondanlah. Kena sikit dah pengsan.'' Omel Aqira dengan geram. Asyraf menggosok kepalanya dengan dahi berkerut. Menahan sakit barangkali. "Sikit awak cakap? Awak ingat tu botol plastik ke apa? tengok ni, dah benjol kepala saya. Kalau jadi apa-apa dekat saya nanti macamana? Kalau saya hilang ingatan macam mana? Kalau saya mati macamana? Awak nak bertanggungjawab ke? Awak boleh dituduh membunuh dan boleh dipenjara tahu?'' bebel Asyraf. Aqira ketawa berdekah-dekah melihat emosi Asyraf ketika itu. Amboi, banyak betul 'kalau' dia tu. Siap nak penjara bagai. Apa dia lupa ke kenapa dia boleh kena lempar dengan botol ni? Getus Aqira sendiri. Dia malas untuk bertekak dengan Asyraf.

"Yelah, yelah. Aku minta maaf. Kat mana benjolnya?'' aqira mahu membelek melihat kepala Asyraf dan untuk seketika dia pandang Asyraf. Dan mata lelaki itu tak lari dari memandang dadanya. Dada? Dia melihat dadanya. Warghhhh! Ketika itu masih bertuala. Sekali lagi, dia menampar pipi Asyraf. "Pervert!!'' marahnya dan bingkas bangun menarik selimut dan berada dekat dengannya.

"Kau keluar sekarang!'' halaunya. Asyraf melihat selimut. Hai selimut, kenapalah kau boleh ada dalam bilik ni. Desisnya dalam hati. "Tak baik tau, buat orang sakit macam ni..'' kata Asyraf dengan sayu. Aqira menarik buku novel pula. Okey, buku tu memang tebal, kalau bantal boleh lagi tahan. "Keluar! Sebelum kau pengsan dan tak sedar-sedar dah.. kau keluar sekarang!'' ugut Aqira dan laju saja Asyraf melangkah keluar. Dan sebaik dia keluar, pintu bilik itu ditutup dengan kuat. Dia tersenyum sendiri. Niatnya masuk ke bilik Aqira hanya untuk mengajaknya solat berjemaah. Dia ketuk banyak kali, tidak dijawab. Dia fikir Aqira benar-benar merajuk dengannya pasal kes berebut remote tv siang tadi. Jadi dia ambil keputusan untuk masuk. Kebetulan pintu bilik tak berkunci, dan sebaik dia masuk Aqira pula yang baru keluar dari bilik air. Bukan dia sengaja, tapi tersengaja. Dan bukan dia tak pernah lihat, tapi dia rindu untuk melihatnya.

Aqira masih tak ingat apa-apa, jadi wajarlah dia berasa malu. Kalaulah dia memberitahu kalau sebelum ini Aqira pernah lebih seksi dari itu. Pasti dia tak akan percaya. Masih dia ingat ketika isterinya memakai baju tidur yang nipis itu semata-mata untuk menggodanya. Asyraf tersenyum sendiri.

Beberapa hari berlalu, Aqira tak berani bersemuka dengan Asyraf lagi. Kalau bertembung, Aqira pasti melarikan pandangannya. Tapi, sampai bila boleh lari? Lastnya, dia kena hadap juga muka Asyraf tu. Aqira mengeluh. Hari ini cuti hujung minggu. Memang sah lah Asyraf akan ada di rumah. Lainlah kalau lelaki itu keluar kemana-mana. Dalam hatinya berharap Asyraf keluar. Bukan dia tak mahu bersua muka, tapi dia tak mahu bertekak. Faham-fahamlah bila dah jumpa Asyraf. Akan ada saja benda untuk disakatnya.

Tapi apa yang diharapakan sebaliknya pula, Asyraf memang akan keluar tapi dengan dia sekali diajaknya. "Baru aje rasanya kita balik dari rumah ummi. Aku malaslah.'' Aqira menolak permintaan Asyraf yang mengajaknya ke rumah ummi dengan alasan itu. Tapi Asyraf memberitahunya kalau ummi mahu mengadakan kenduri doa selamat dan solat hajat untuknya. Aqira jelas terkejut dan dia yakin ini pasti usulnya Asyraf.
"Kenapa tak bagitahu aku awal-awal? Kau memang sengaja eh?'' Aqira mula rasa geram. Asyraf menyergih. "Bukan tak mahu bagitahu, tapi kalau setiap kali kita jumpa awak asyik mengelak aje.. bila masanya saya ada kesempatan nak bagitahu.'' Jawapan Asyraf buat dia terdiam. Tetap saja dia tak puas hati. Hendak tak nak, memang terpaksalah dia ke rumah ummi hari itu.

"Haa, sampai pun budak berdua ni. Nih, tolong pergi beli barang yang masih tak cukup ni. Kak Hanna lupa beli tadi. Ni list dia. Cepat sikit tau, balik sebelum pukul 1.'' Kata Kak Hanna sebaik saja mereka berdua tiba di muka pintu. Hai, belum bagi salam dah disuruh keluar balik. Desis Aqira dan tiba-tiba "Pak ucu! Nak ikut...'' Naufal merengek manja sambil memegang tangan Asyraf. "Nak ikut ya? Tu, minta dengan mak ucu.. kalau dia bagi ikut. Pak ucu bawak.'' Kata Asyraf sambil mengusap rambut si kecil. Aqira membuntang mata. Mak ucu? Soalnya pada diri sendiri. Belum sempat otaknya berfikir untuk menganalisis nama panggilan itu, budak itu sudah meraih tangannya. Sebelum ini ketika berjumpa Naufal, tidak pula Naufal memanggilnya dengan panggilan itu.

Aqira mengusap pipinya. "Boleh sayang.. tapi mama bagi tak Naufal ikut?'' tanya Aqira pula. Naufal hanya tersengih. "Ya Allah, budak berdua ni. Masih tercenggang dekat sini buat apa? pergilah cepat.'' Kak Hanna muncul lagi dengan mencekak pinggang. "Nak pergilah ni. Nur bawa Naufal sekali.'' Aqira lekas menarik tangan Naufal. Asyraf hanya tersenyum melihat terlatah keduanya. Sikap Aqira bila bersama Naufal, jauh sekali dari sikapnya yang sekarang. Begitu bersifat keibuan dan senyuman memang tak lekang dari bibirnya bila bersama Naufal. Dalam hatinya terdetik, kalaulah kandungan Aqira dulu masih bertahan. Mungkin dia sudah menjadi seorang bapa. Tapi, dia telah diberitahu oleh Ikhwan sendiri, kalau Aqila mengalami keguguran disebabkan satu kemalangan. Kemalangan yang sekaligus meragut memori Aqila. Hatinya berasa sebak tiba-tiba.

"Hoi, kenapa ni?'' tegur Aqira ketika mereka sedang berjalan untuk ke kaunter pembayaran. Dia melihat Asyraf lebih senyap dan berwajah murung. Asyraf menggeleng sambil tersenyum. kalau boleh dia tidak mahu Aqira ingat tentang kandungannya dulu. Segalanya itu terlalu pahit untuk diingatkan. "Dah cukup semua ke barang-barang ni? Kang, ada yang tertinggal.. mengamuk kak Hanna nanti.'' Tanya Asyraf sambil mengambil barang diletakkan atas meja pembayaran. Aqira melihat semula kertas senarai barang yang diberi tadi. "Dah. Rasanya dah beli semua.'' Balas Aqira dengan yakin. Dia memandang Naufal sekilas. Matanya nampak lali. Dia tersenyum.

"Awak tengok Naufal. Mata dah kuyu, mesti ngantuk gila tu.'' Aqira mencuit lengan Asyraf sambil tertawa. Asyraf sebaliknya tidak memandang Naufal, tapi memandang Aqira. Bagaikan terpesona seketika meihat senyuman dan tawa Aqira. Nur Aqila.. kembalilah sayang. Abang rindu sangat. Desisnya dalam hati.

"Tujuh puluh lapan ringgit encik.'' Beritahu juruwang kaunter itu. Aqira melihat Asyraf yang masih memandangnya. Alamak dia ni, dok mengelamun pandang aku buat apa? bisik Aqira dengan geram. Naufal sudah berada dalam dukungannya. "Hei, Asyraf. Asyraf.'' Dia panggil Asyraf. "Ya, sayang.'' Asyraf bagaikan masih dengan lamunan. Aqira membuat isyarat mata ke arah juruwang di sebelahnya. Asyraf seakan baru perasan akan dunia nyatanya. Cepat-cepat dia mengeluarkan duit dan membayarnya. Aqira menggeleng kepalanya dan meninggalkan pasaraya itu.

"Hish, kau ni. Buat malu aku ajelah. Agak-agaklah nak mengelamun pun.'' Bebel Aqira ketika mereka sudah di dalam kereta. Naufal sudah tertidur di belakang. Asyraf tertawa kecil. "Awak punya pasal la saya jadi macam tu. Kalau kat rumah awak buat macam tu, dah lama dah..''

"Lama apa?'' pintas Aqira sambil mencekak pinggang. Asyraf menggeleng laju. "Tak ada apa-apa sayang.'' Jawabnya sambil tersengih. Aqira pun turut tersenyum melihat telatah Asyraf. Berani dia nak macam-macam.

****

A/N : yuhuu. Update! Thanks 4 vote & comment guys. Baidewei, tak sangka rmai juga team asyraf ^_^


My Cikgu, My Hubby! Where stories live. Discover now