My Cikgu My Hubby 17

44.3K 1.7K 50
                                    

HAMPIR  tiga bulan telah berlalu. Kesibukan masing-masing telah menjarakkan perhubungan yang semangnya menjauh. Entah kenapa juga, sikap dan perhatian Ikhwan terhadapnya membuatkan dia lebih suka berkawan rapat dengan lelaki itu. Aqila mengeluh. ‘Aku rindukan Asyraf tapi Ikhwan pula jadi tempat untuk aku hilangkan semua kerinduan itu. Aku sedar apa yang telah aku lakukan ini adalah salah. Ya Allah, janganlah KAU pesongkan hati aku untuk lelaki lain.’ Aqila meraut wajahnya. Sedang asyik dia mengelamun, telefon pintarnya bergetar kerana nada deringnya telah disenyapkan memandang dia sedang berada di pepustakaan sekarang.

“Hello, Zura. Kau call kejap lagi lah. aku kat library ni.’’ Aqila terus memulakan bicara tanpa salam sebaik menarik icon hijau itu.

“Qila! Tolong aku. Aku kena ragut tadi.’’ Suara panik Azura mengejutkan Aqila.

“Apa?!  Habis kau okey tak ni? kau dekat mana?’’ Aqila turut cemas.

“Aku dekat parkir kereta.’’

“Okey, kau tunggu situ. Aku datang sekarang.’’ Aqila mematikan talian dan terus merapikan buku-buku yang berselerakan di atas meja.

Tergesa-gesa dia melangkah kerana begitu risaukan akan keadaan Azura ketika itu. Tapi belum sempat dia menuruni anak tangga, dia melihat Azura di sudut itu.

“Zura? Kau macamana? Dapat tangkap tak peragut tu?’’ Aqila terus bertanya. Azura mengganguk perlahan.

“Diorang dah ikat dia kat dalam bilik tu. lagipun budak yang meragut tu memang student kat sini.’’ Kata-kata Azura membuatkan Aqila terkedu. Pelajar dekat kampus ini? kenapa boleh seorang pelajar yang bergelar mahasiswa boleh tergamak buat kerja sebegini? Aqila menggeleng kepalanya tanda tidak percaya.

“Mana dia? aku nak tengok sikit muka penjahat tu.’’ Aqila sudah melangkah ke bilik yang dikatakan oleh Azura. Tapi sebaik dia membuka pintu bilik itu, kakinya kaku. Dia melihat Ikhwan berada di situ. Walaupun hanya melihatnya dari posisi begitu, dia masih boleh mengecam Ikhwan. Tapi adakah Ikhwan..??  Aqila menekup mulutnya kerana dia memang tidak sanggup untuk memikirkan kenyataan kalau Ikhwanlah pelakunya.

“Ikhwan?’’ Aqila menyebut nama itu bagi memastikan siapa orangnya.

“Awak? jadi awak..??’’

“Tak lah. dia tak kena ragut pun. Ini just plan kitaorang.’’ Ikhwan merunding jari ke arah kamera yang berada di dalam bilik itu. Aqila terdiam. Maknanya ini hanya satu prank Azura dan Ikhwan untuk mengenakan dia? dan sekarang, semua orang mungkin sedang ketawakan dia?

“Nur, jangan nak terkejut sangat. Video ni masuk you tube tau?’’

“Eish, jahat betul korang ni. dah, dah matikan rakaman tu. ’’ Aqila tertawa kecil. Ikhwan pun turut tersenyum.

“Nur Aqila..’’ suara Ikhwan kedengaran berlainan. Aqila terus mematikan senyuman sebaik mendengarnya. Apatah lagi Ikhwan memanggil nama penuhnya. Lelaki itu kemudiannya menyeluk poket seluar dan mengeluarkan sesuatu.

            “Bersaksikan semua orang yang melihat kita sekarang ni, saya nak melamar awak menjadi isteri saya dunia dan akhirat.’’

Zapp! Aqila berasa nafas seperti mahu terputus mendengarnya. Kotak baldu yang dikeluarkan dari poketnya tadi dibuka dan sebentuk cincin yang terletak didalamnya diambil. Belum sempat disarungkan ke jari, Aqila sudah menepisnya. Cincin itu terus terjatuh ke lantai.

“Stop it!’’ jerit Aqila. Sungguh dia berasa sungguh tertekan dengan situasi ini. apatah lagi mungkin semua orang tengah menyaksikan apa yang telah berlaku ketika itu antaranya dengan Ikhwan. Ikhwan nyata menunjukkan kalau perasaannya masih tetap sama seperti dulu. Ternyata apa yang pernah diluahkan sebelum ini hanyalah dusta semata. Aqila menahan sebak yang kian bertamu kerana caranya menepis cincin itu tadi mungkin agak keterlaluan dan mungkin boleh mengaibkan Ikhwan. Tapi tidak mungkin juga dia membiarkan Ikhwan menyarungkan cincin ke jarinya. Dia terus melangkah keluar. ketika itu semua orang berada di luar bilik itu hanya memerhatikan dia. Azura terus menghampirinya.

My Cikgu, My Hubby! Where stories live. Discover now