Perjalanan

58 4 0
                                    

Kehidupan ini adalah sebuah perjalanan,
Ada juga yang berkata ianya sebuah pengembaraan,
Hakikat kedua-duanya adalah sama ,
Yang membezakan adalah niat yang dinyata,

Kehidupan ini bagai bunga,
Punyai pelbagai rupa dan warna,
Bergantungnya ia pada kita,
Memilih apa yang sesuai dan disuka,

Ada yang susah ada yang senang,
Perjalanan bukan mainan tapi harus dijulang,
Banyak dugaan yang akan ditempuh,
Adakah kekal ataupun dirempuh?,

Ingatlah akan janji Tuhan,
Kau merancang dia menentukan,
Kau berdoa dia memakbulkan,
Kau ingat dia tidak tinggalkan,

TUHANKU..
Bantulah hambamu..
Permudahkaah jalanKu..
Dalam mencari mardhotillahmu..

Puisi Sang SalikWhere stories live. Discover now