PROLOG I

2.2K 109 14
                                    



PROLOG

1928

DICALIT pewarna merah pada bibir mungilnya. Dia mengulum senyuman seraya memandang ke arah cermin. Dia mengusap-usap wajahnya. Kejelitaan yang dimiliki sering menjadi kebanggannya. Kejelitaan yang buat gadis-gadis lain berasa cemburu. Begitu juga dengan suaranya yang merdu memikat hati sang teruna. Dia melepaskan simpulan rambutnya. Terurai panjang rambut ikal itu separas pinggang.

Namun, hidupnya tidak seindah dengan kebahagiaan. Ada sumpahan yang mengalir dalam tubuhnya itu. Sumpahan yang tiada penawarnya. Di sebalik kejelitaan wajahnya itu dia menyimpan satu rahsia. Ilmu yang dipelajari memakan diri. Rupa jelita akan kekal ssetiap kali dia menyapu kulit mukanya itu dengan darah anak dara. Dia akan berpindah dari satu kampung ke kampung yang lain akan perbuatannya itu tidak dihidu.

Dia sisipkan bunga kemboja putih di rambutnya. Haruman bunga kemboja itu menjadi kegemarannya. Orang selalu mengaitkan haruman bunga kemboja dengan hantu. Dia tidak peduli. Bunga-bunga kemboja sentiasa menghiasai biliknya.

"Mas Ayu!"

Namanya diseru. Dia melangkah keluar dari biliknya. Dia membuka pintu. Bibirnya menguntum senyuman melihat tetamu yang tidak diundang itu.

"Ada apa urusan kau mencari aku, Melati?"

"Kau benar-benar perempuan yang tidak tahu malu!" Perempuan yang bernama Melati itu terus menghamburkan kemarahannya.

"Kalau kau ingin bercakap pasal Musa, dia yang datang kepada aku! Aku tidak pernah menggoda dia." Mas Ayu mempertahankan dirinya.

Melati mengetap bibir. Dia begitu cemburukan Mas Ayu sejak perempuan itu datang menetap di kampung mereka. Mas Ayu bukan saja memiliki kejelitaan tetapi juga kekayaan yang

diwarisi turun-temurun. Mas Ayu menjadi kegilaan pemuda-pemuda di kampungnya. Dia percaya yang kejelitaan Mas Ayu yang luar biasa datangnya dari ilmu hitam. Dia percaya perempuan itu juga menggunakan ilmu itu untuk memikat hati lelaki.

"Sudahlah Melati. Aku tidak mahu memanjang cerita. Baliklah." Mas Ayu berkata-kata lagi.

"Kau yang menyihir suami aku. Kau fikir aku tidak tahu?"

Mas Ayu ketawa kecil. Jika lelaki itu datang kepadanya, itu bukan salah dia. Perempuan seperti Melati yang tidak tahu menjaga suami.

"Ikat suami kau jika tidak mahu dia datang kepada aku."

Mas Ayu menutup pintu. Amarah Melati sampai kemuncak dengan tingkah angkuh Mas Ayu. Api dendam tersimpan di hati Melati. Melati dekat meminta bantuan dari bapa saudaranya. Dia percaya Pawang Yahya akan membantu.

Mas AyuWhere stories live. Discover now