PROLOG II

1.5K 99 11
                                    

MAS AYU mengulum senyuman apabila menerima surat dari lelaki yang dicintainya. Tidak sabar menanti hari bahagia mereka. Hanya lelaki itu yang memiliki hatinya. Mas Ayu menyisir rambutnya seraya memandang ke luar jendela. Dia begitu gemar duduk di tepi jendela biliknya itu.

Gelagatnya diperhatikan oleh Kadir orang suruhan yang begitu setia menemani dan menjaga keselamatannya selama ini. Kadir berkhidmat dengan keluarganya sejak kecil. Orang tua Kadir terhutang nyawa dengan orang tuanya.

"Ibu aku sakit kuat. Aku perlu pulang sgera ke kampung kelahiran aku." Kadir beridiri di belakang Mas Ayu.

"Pergilah. Aku izinkan."

"Aku bimbangkan Mas Ayu," Entah kenapa dia berasa tidak sedap hati.

"Kau tak usah bimbang tentang aku. Aku tidak apa-apa. Ibumu lebih penting. Kalau kau tak bertolak sekarang kau tidak akan sampai awal di kampung kau." Mas Ayu memusingkan tubuh menghadap Kadir.

"Jaga diri kamu baik-baik, Mas Ayu." pesan Kadir. Dia perlu berkemas dan bertolak segera.

Malam itu Mas Ayu keluar bersendirian tanpa ditemani oleh orang gajinya seperti biasa. Dia sudah mengaturkan temujanji dengan kekasihnya di tempat biasa mereka bertemu. Tanpa Mas Ayu sedari ada mata yang sedang menghendap secara curi-curi. Langkah Mas Ayu diekori.

Mas Ayu menanti di tepi sungai itu dalam suasa malam yang diterangi dengan cahaya bulan terang. Hatinya menggelisah. Batang hidung kekasihnya masih tidak kelihatan.

"Orang yang kau tunggu tidak akan tunjuk mukanya."

Mas Ayu memusingkan tubuhnya.

"Melati! Apa kau buat di sini?" Bola mata hitamnya membulat besar melihat Melati.

Melati bersama dengan dua orang suruhan itu tersengih. Malam ini adalah malam terakhir buat Mas Ayu. Dia tidak akan membiarkan Mas Ayu bernafas di atas muka bumi ini lagi.

Dia akan lenyapkan Mas Ayu.

"Aku berikan habuan kepada orang suruhan kekasih kau. Kononnya kekasih kau mahu bertemu di tempat pertemuan kamu berdua malam ini secara berseorangan." Melati yang merancang segala-galanya.

Melati mengarahkan kedua orang suruhannya menangkap Mas Ayu. Kedua belah lengan Mas Ayu dicengkam kuat.

"Lepaskan aku!"

Melati mencapai sebatang kayu lalu memukul kepala Mas ayu. Mas Ayu melutut di tanah. Darah mengalir keluar dari kepalanya. Melati mencekak rahang muka Mas Ayu. Diludahnya muka itu. Perasaan bencinya kepada Mas Ayu meluap-luap.

Melati menarik keluar kerambit yang dibawa. Bilah kerambit itu bermain-main dileher jinjang Mas Ayu. Melati menggelar leher Mas Ayu. Darah memancut laju menyimbah tanah. Kedua orang suruhan Melati melepaskan pengangan mereka. Mas Ayu mengeletik bagai ayam disembelih.

Melati merengus kasar. Mas Ayu masih dilihat bernyawa. Perut Mas Ayu ditikam bertalu-talu dengan kerambit. Darah membuak keluar dari mulutnya. Melati masih tidak berpuas hati. Dia cukup benci melihat wajah jelita itu. Lantas bilah kerambit menoreh-noreh muka Mas Ayu hingga menjadi hodoh. Melati ketawa puas hati melihat Mas Ayu yang sudah putus nyawa itu.

"Kuburkan saja perempuan ini dalam hutan itu. Jangan diletakan sebarang tanda. Biar tiada sesiapa yang menemui jasadnya." getus Melati.

SUSUK seorang tubuh manusia sedang bersusah payah mengorek tanah seperti kuburan itu. Tidak dihiraukan peluh yang menitik. Matanya berair apabila melihat rambut di dalam tanah itu. Dia mencampakkan cangkul ke atas. Tangannya pula digunakan untuk mengorek tanah itu. Lelaki berbadan bongkok itu mengangkat jasad Mas Ayu keluar dari lubang kubur yang dikorek. Jasad itu dipaut erat. Sedikit pun dia tidak berasa gerun. Sedihnya bukan main kepalang apabila menerima berita kehilangan Mas Ayu. Dengan ilmu yang ada di dadanya dia berjaya juga menemui Mas Ayu. Tapi hanya jasad yang sudah tidak bernyawa dan sudah mereput.

"Mas Ayu... aku akan bangkitkan kau kembali."

Mulutnya terkumat-kamit membaca mantera. Tangannya memegang sebatang paku yang panjang. Langit menjadi gelap. Bulan yang kelihatan sudah diselubungi dengan awan hitam. Angin menderu-deru menyapa di kawasan hutan yang sunyi sepi itu. Bunyi burung hantu saling bersahutan.

Paku segera dibenamkan di belakang tengkuk Mas Ayu. Mata Mas Ayu terbelalak. Rambutnya mengurai ditiup angin. Urat-urat kelihatan timbul pada wajahnya. Jelas penderitaan pada raut wajah itu. Jeritan Mas Ayu bergema.

Mas Ayu menjelma menjadi manusia. Air mukanya tampak garang. Kejelitaan yang dirosakkan oleh Melati kembali seperti sediakala. Dia merenung lelaki berbadan bongkok itu tajam.

"Ayuh, kita pulang Mas Ayu..." Lelaki itu menghulurkan tangannya. Mas Ayu menyambut huluran itu. Bibirnya mengulum senyuman. Dia mengaturkan langkah. 



Mas AyuWhere stories live. Discover now