Situasi The Star~
Di taman sekolah~
Keadaan di taman sekolah sangat senyap. Kebiasaannya The Star akan bising tetapi tiada seorang pun yang berada di situ berani hendak membuka mulut apabila Hyuna dan Yein kelihatan marah.
"Aku memang tak boleh blah la dengan perangai apa nama group tu?? Bengtan boys? Bangkai boys?..." Kata hyuna.
"Bangtan boys" potong Soyou memperbetulkan Hyuna.
"Hah! Apa-apa aje la nama group diaorang. Senang cerita panggil BTS." Sambung Hyuna.
"Apa yang diaorang dah buat?" Kata Sinbi.
"Kau cerita Soyou! Aku memang geram gila ni!" Kata Yein.
Soyou yang berada di tepi kolam ikan sedang memberi ikan makan berhenti apabila namanya di mention untuk menceritakan kejadian yang berlaku semalam.
"Cerita dia macam ni.. pada zaman dahulu~..."
"Kau nak cerita, cerita! Tak perlu la pada zaman dahulu bagai!" Marah Eunha.
"Fine! Cerita dia macam ni..."
Flashback~
Soyou, Hyuna dan Yein berjalan dengan rasa gembira menuju ke kelas.
"Kenyangnya!" Kata Soyou.
"Gila tak kenyang kau bantai nasi minyak dua bungkus" balas Hyuna.
"Nasib beli tu pakai duit kau. Kalau pakai duit aku, aku suruh kau muntahkan balik nasi tu" kata Yein pula.
Soyou menjelirkan lidah kearah Yein. Apabila mereka sampai di pintu kelas tiba-tiba...
Splash!
Terdapat satu baldi yang berisi air di atas tempat mereka berdiri dan jatuh ke atas mereka. Baju mereka bertiga basah kuyup. Murid di dalam kelas itu gelakkan mereka bertiga. Yang paling beria gelak di situ ialah BTS.(lupa nak cakap geng BTS ni ada 6 orang je. Rap monster, J-hope, Jimin, Taehyung/V, Suga and Jungkook. Jin tak termasuk. Jin dalam ff ni dia jadi abang kepada Taehyung/V. Sekian.)
Mereka bertiga tahu la yang BTS melakukan ini semua.End flashback~
Balik ke situasi asal
"Begitulah ceritanya" kata Soyou menghabiskan ceritanya.
"Kejam gila diaoarang" kata Kei bersimpati dengan nasib tiga orang kawannya yang disimbah dengan air.
"Hmmm" balas Soyou ringkas sambil menjongketkan bahu.
"Kau tak rasa marah ke? Aku rasa menyampah gila dengan diaorang ni" kata Hyuna dengan nada yang agak marah.
"Apa nak kecoh? Kita balas la balik" kata Soyou mengangkat-angkat(?) keningnya.
The Star hanya memandang muka Soyou dengan muka yang pelik dan cuba memahami apa yang cuba Soyou lakukan kepada BTS.
----------------------------
Situasi BTS~
Pondok di hadapan kelas 13-1
"Hahahahaha. Tak boleh blah aku tengok diaorang basah macam tu! Serious lawak!" Kata V sambil gelak.
"Kan... hahahahaha" gelak J-hope.
BTS hanya gelak untuk beberapa ketika.
"Tapi kau tak rasa takut ke?" Tanya Jimin.
"Takut apa?" Kata Suga.
"Korang tahukan yang Soyou tu pernah tumbuk orang masa sekolah rendah dulu" sambung Jimin.
"Haah la" kata Rap monster.
"Apa nak takut? Setakat perempuan macam tu. Apa dia boleh buat?" Kata V sambil gelak jahat.
Ahli BTS yang lain membuat muka cuak kerana memikirkan sesuatu yang mungkin dilakukan oleh The Star.
----------------------
"Kita kena pastikan yang plan ni berjaya! Aku tak nak kejadian yang lepas jadi lagi!" Kata Soyou.
"Okay! Apa kita nak buat pada diaorang?" Tanya Kei.
Soyou mengeluarkan kertas putih yang besar (author tak tahu apa nama kertas tu) dan mula melukis plan untuk membalas semula perbuatan BTS itu.
"Kau tak rasa jahat sangat ke buat macam ni?" Tanya Bora seperti tidak setuju dengan plan Soyou.
"Aku rasa ni yang paling baik. Sama je macam diaorang buat dekat kita tapi tukar bahan je" kata Soyou.
"Okay aku percaya dekat kau" balas Bora.
"Tapikan kau tak takut ke kena gantung or buang sekolah?" Tanya Kei apabila mereka hendak beredar dari situ.
"Kalau cikgu panggil kita, kita cakap la diaorang yang start dulu. Kau jangan risau la" balas Soyou.
End of chapter~
Sorry sebab chapter ni pendek. Author tak ada idea sangat.
Apa yang dirancang oleh the star? Apa bahan tu? Adakah asid? Hmmmm.. nak tahu tunggu...
Abaikan typo kerana typo semakin berleluasa sekarang ni. Okay tak ada kena mengena.
Vote.comment.share
XOXO,
AUTHOR
YOU ARE READING
LOVE IS UNFAIR | HYUNGWON : STUDENT [SLOW UPDATE]
FanfictionSoyou memang suka terhadap Hyungwon sejak dari sekolah menengah tetapi dia hanya memendamkan rasanya sukanya terhadap Hyungwon kerana Hyungwon sudah mempunyai kekasih. Tetapi didalam geng Soyou iaitu THE STAR bukan dia sahaja yang sukakan Hyungwon...