Di kelas 13-1
Soyou dan bora mengambil kerusi yang berada di meja hadapan Yein dan duduk menghadap Yein untuk bergosip. Sedang Soyou, Bora dan Yein sibuk bergosip, Hyuna masuk ke dalam kelas dan duduk di mejanya. Dia meletakkan kepalanya dia atas meja. Soyou dan Yein berpandangan sesama sendiri dan buat muka kenapa-dengan-hyuna?
"Kenapa ni? Kau ada masalah ke? Share la" kata Soyou.
Hyuna hanya menggelengkan kepalanya.
"Alah.. share la.. mana tahu kitaorang boleh tolong?" Kata Yein pula.
"Nanti la aku cerita masa rehat" kata Hyuna dengan muka yang sedih.
Soyou, Bora dan Yein berpandangan sesama sendiri lagi dan menjongketkan bahu.
Skip waktu rehat
Soyou, Bora, Yein dan Hyuna pergi ke taman yang biasa OT9 berkumpul. Hyuna masih senyap seperti awal tadi.
"Unnie! Kenapa ni?" Tanya Minah kepada Hyuna.
Note: even Kei & Soyou lagi tua dari Hyuna, OT9 memanggil Hyuna unnie. Semua OT9 panggil Hyuna unnie kecuali Kei & Soyou
Hyuna menceritakan apa yang berlaku pada hari semalam.
"Eiii! Kurang ajarnya! Bapak suka hati dianya! Eii! Geramnya aku dengan dia tu!" Marah Sinbi.
"Ingin je aku lenyek-lenyek, tumbuk-tumbuk bagi anjing makan!" Kei pula menunjukkan ketidak puasan hatinya.
"Kau lenyek dengan tumbuk je! Aku nak cincang! Blander! Letak air sikit! Letak minyak sikit! Masukkan lada dalam kuali! Letak daging dia yang dah diblander tu! Goreng! Kukus grill panggang! Kukus grill panggang! Kukus grill panggang! Masukkan nasi! Kacau sampai sebati! BAGI ANJING MAKAN!" kata Soyou dengan beria-ria.
"Kau nak ajar kitaorang memasak ke apa? Kau memasak pon tak reti -_-" kata Hyuna.
Semua memandang Soyou dengan muka tidak puas hati kerana mengajar mereka cara-cara memasak makanan HARAM! Akhirnya suasana yang tadinya bersungguh-sungguh marahkan Hyungwon menjadi krik-krik.
"Korang tak lapar ke?" Kata Soyou memecahkan kesunyian.
"Makan je kerja" kata Hyuna sambil membuat muka tidak puas hati.
"Dah tu je kerja aku boleh buat" Soyou membalas dengan muka tidak puas hati juga.
Hyuna memandang muka Soyou dengan pandangan kau-nak-cari-gaduh-ke? Soyou pula memandang muka Hyuna dengan muka mari-la!
"Woo! Woo! Cop! Jangan gaduh-gaduh. Kita kawan kena baik-baik" Sinbi yang berada dia situ cuba menenangkan Soyou dan Hyuna.
"Bora! Jom teman aku pergi beli makanan" kata Soyou sambil berdiri. Bora juga mengikut Soyou. Mereka berjalan ke arah kantin.
"Weyh!" Jerit Hyuna.
"Apa?" Kata Soyou sambil pusing ke belakang.
"Jangan lupa beli!"
Soyou berjalan ke arah Hyuna. "Duit?" Hyuna memberikan sekeping RM1. Soyou dan Bora berjalan menuju ke arah kantin.
Skip! Akhir tahun~ (bapak cepat😂 sorry author tak ada idea)
Soyou baring di atas katilnya. "Akhirnya!! Esok last sekolah! Cuti!!" Soyou terus bangkit dari pembaringannya dan berjoget di dalam biliknya.
Tok tok tok!
"Siapa tu?" Kata Soyou berhenti berjoget.
"Aku! Hyung kau yang handsome!" Jerit Wonho dari luar dan memuji dirinya sendiri.
YOU ARE READING
LOVE IS UNFAIR | HYUNGWON : STUDENT [SLOW UPDATE]
FanfictionSoyou memang suka terhadap Hyungwon sejak dari sekolah menengah tetapi dia hanya memendamkan rasanya sukanya terhadap Hyungwon kerana Hyungwon sudah mempunyai kekasih. Tetapi didalam geng Soyou iaitu THE STAR bukan dia sahaja yang sukakan Hyungwon...