Bab 6

1.8K 131 16
                                    

Photo: Izzat

Izzat?

"Surprise?" Tegur Izzat sinis.

Terkejut. Terhenti segala pergerakanku. Kaku. Wajah cengkung di hadapanku itu aku tatap tanpa suara.

"Tak sangka kan, cepat je you cari yang baru. Sejak bila you keluar dengan dia? Sejak you sampai kat sini?" Izzat menyambung kata. Penuh sindiran dalam nadanya.

Perlahan-lahan, segala rasa marah dan kecewa yang hampir pulih mula merebak kembali memenuhi hati.

"What the fuck are you doing here?" Ayat pertama yang keluar dari mulut aku.

Izzat mengukir senyum sinis.

"I'm looking for you of course. You've been avoiding me since forever. Rupanya dah ada lelaki lain."

Panas hati aku mendengar kata-kata Izzat.

"You sedar tak apa yang you cakap ni?" Berombak dadaku menahan amarah.

"You yang main perempuan lain belakang I, you tipu I, but then tiba-tiba you tunjuk muka you depan I, semata-mata nak tuduh I pulak? Lelaki jenis apa you ni?" Ujarku berang.

Izzat diam sebentar. Matanya mencerlung tajam ke dalam anak mataku.

"Who's that guy?"

"Nobody."

"I'm asking you, Zie! Who the hell is him?" Suara Izzat sedikit tinggi.

"None of your fucking business! Kalau you datang sini semata-mata nak tanya pasal dia, baik you baliklah. I malas nak layan semua bullshits you ni." Aku sudah hilang sabar. Lelaki ini betullah cari pasal. Dahlah datang tak dijemput, minta maaf langsung tidak, terus menyibuk jadi polis pencen.

Kunci yang tadi berada di tangan terus aku halakan ke tombol pintu. Membuka pintu sekuriti bangunan apartment dua tingkat itu. Tidak mahu lagi lama-lama berada di situ. Hati makin sakit, luka terasa berbisa kembali.

"Zie..." Kedengaran namaku dipanggil lembut. Nada Izzat yang tadinya penuh tajam bertukar sayu. Rasa bersalah mungkin.

"I really miss you." Gemersik suara Izzat mengucapkan rindu.

Bergetar jiwa aku mendengarnya. Tangan yang sedang menolak pintu terhenti. Entah kenapa sebaris ayat itu membuatkan hati yang sedang membara ini menjadi lemah. Perlahan-lahan tubuh aku palingkan menghadapnya.

Jujur aku sendiri rindu yang teramat terhadap sekujur tubuh di hadapan ini. Ingin sahaja kupeluk erat, melepaskan segala bebanan perasaan yang terkandung selama ini.

Hati aku lantas dirundung hiba. Berat. Mengasak jiwa. Lantas air mata mengalir perlahan. Setitis. Dua titis. Semakin lama semakin deras. Sehingga akhirnya esakan kecil mula kedengaran.

"Why did you do that?" Dalam tangisan aku melontar rasa.

Izzat merenung aku sayu. Pilu. "I am so sorry." Matanya berkaca.

"Why? Apa salah I, Izzat? Tell me! Kenapa you sanggup tipu I? I tak sangka orang yang paling I sayang sanggup-" Suara aku tersekat. Tidak mampu lagi untuk bersuara. Hanya air mata yang semakin laju mengalir.

Mencari Jalan PulangWhere stories live. Discover now