Bab 39

965 113 11
                                    

Dan hari ini, aku akur dengan janjiku kepada Ali. Aku perlu menemaninya berjumpa dengan Katrina.

Sepanjang berada di dalam kereta, sepatah bicara pun tidak terungkap dari mulut kami berdua. Mungkin masing-masing masih lagi canggung dengan kejadian semalam.

Sejak dari tadi fokus aku terganggu teruk, menimbangtara akan kata-kata Aria dan Uzai semalam, juga mengambil kira aspek persahabatan aku dan Ali yang terbina beberapa ketika sebelum ini.

Kereta Ali berhenti di hadapan sebuah rumah teres dua tingkat. Dia mengeluarkan telefon bimbit dan mula mendail.

"Hello. Kat. I ada kat bawah ni." Dan kemudian, panggilan dimatikan.

Ali menoleh ke kiri, memandangku yang asyik termenung memandang cermin sisi kereta.

"You okay Zie?" Jelas dalam nada suaranya sedikit risau. Entah apa yang dia gusarkan.

Aku memandangnya sekilas dan mengangguk malas. "Ok aje."

"Kau jangan risau. Apa-apa hal, biar aku handle." Kata Ali. Dan aku kembali membuang pandang ke cermin sisi tanpa membalas.

Lama juga Katrina bersiap. Dalam hati aku mula timbul rasa bosan.

20 minit selepas itu, seorang gadis kecil molek berambut perang terang, berseluar separas atas peha yang juga dipanggil hot pants, dan berbaju merah tali halus, keluar dari pintu pagar rumah tersebut. Dia menguntum senyuman girang apabila terlihatkan kereta Ali yang diparkir di hadapannya.

Ali terus keluar dari kereta dan mendekati Katrina, diikuti olehku yang hanya membuntuti langkahnya dari belakang. Sebaik sahaja Katrina terpandangkan susuk tubuhku di belakang Ali, senyumannya lantas mengendur.

"Oh, you bring this bitch.." Mata Katrina mencerlung tajam ke arahku. "Why is she here?"

"Kat, this is Hana Suziela. Zie, ni Katrina." Kata Ali sambil beranjak ke tepi, memberi ruang antara aku dan Katrina untuk berhadapan.

Ini bukan kali pertama aku berjumpa dengannya. Pernah beberapa kali juga terjumpa secara tidak rasmi, di kelab malam dan juga di Malaysia Hall tempoh hari.

Kerana ingin bersikap profesional, aku menghulur tangan untuk bersalaman. Namun, huluran tanganku langsung tidak disambut, sebaliknya dia hanya menjeling dan kembali menumpukan pandangan ke arah Ali.

"Kenapa you bawak dia datang sini?" Suara Katrina semakin mendesak.

"Look, Kat. I dah bagitahu you kelmarin yang I nak mintak maaf dengan you. Tapi you tak nak maafkan."

"Kan I dah cakap I akan maafkan, only if you get back with me!"

"Kalau you tak nak maafkan I, that's fine. At least I've apologized. But one thing yang I kena betul-betul buat you faham." Ali menunjuk ke arah dirinya dan kemudian ke arah Katrina. "You. And I. We. Will not get back together. Never. Ever."

"Why not?! Ali please.. You know I love you, right? And I know that you love me as well. We were a perfect couple, remember? We were so happy."

"No, Kat. I tak pernah mengaku yang I cintakan you. I just wanted to have fun. You know that as well, right?"

"Okay, fine. I tak kisah kalau you tak cintakan I. But please.. Let me have you." Perlahan-lahan Katrina mendekati Ali dan memegang kedua belah pipinya, lalu dielusnya lembut dan menggoda. "I still can give you the fun as much as we had before.. I know you want it.. I know you like it.."

Mencari Jalan PulangWhere stories live. Discover now