Bab 42

738 98 7
                                    

Do you know what's worth fighting for
When it's not worth dying for?
Does it take your breath away
And you feel yourself suffocating

Aku hanya diam memerhatikan Aria yang sedang leka bermain keyboard sambil membelakangkanku. Khusyuk sungguh dia menyanyi, bagaikan tidak menyedari akan kehadiranku di ruang tamu itu.

Does the pain weigh out the pride?
And you look for a place to hide
Did someone break your heart inside
You're in ruins

Jari jemari Aria semakin lama semakin rancak berlari di atas bilah-bilah keyboard, menimbulkan melodi yang lebih dramatik.

One, 21 Guns
Lay down your arms
Give up the fight
One, 21 Guns
Throw up your arms into the sky
You and I...

Aku mengambil tempat duduk perlahan-lahan di atas sofa, tidak mahu mengganggu Aria yang sedang khusyuk. Aku mengambil sebuah buku di celahan buku-buku yang tersusun di atas meja sambil menikmati melodi ciptaan jemari Aria menusuk ke ruang telinga.

Did you try to live on your own
When you burned down the house and home
Did you stand too close to the fire?
Like a liar looking for forgiveness from a stone

Sedap juga suara si Aria ini. Tak sedar pula akan bakat yang tertanam dalam dirinya sebelum ini. Yalah, dia juga tidak pernah menyanyi di hadapanku, duduk serumah juga baru satu minggu.

When it's time to live and let die
And you can't get another try
Something inside this heart has died
You're in ruins

Nyanyian Aria ditamatkan dengan suara yang perlahan, bagaikan terkandung beribu perasaan yang tidak terluahkan.

"Kenapa manusia suka berperang?"

Segera aku mengangkat wajah dari buku dan menoleh ke arahnya yang sedang merenung jauh ke luar koridor.

"Hmm??"

"Kenapa manusia suka berpecah-belah?"

Aku kembali menatap helaian-helaian buku sambil mengangkat bahu. "Berebut kuasa, harta, maybe?"

"Mana letaknya belas kasihan? Mana letaknya nilai kemanusiaan?"

Ah sudah.. Dah kenapa dengan Aria ni? Tiba-tiba saja begini.

"Kenapa, Aria?"

Aria diam sejenak. Bagai sedang memikirkan sesuatu.

"Entahlah.. Tadi aku tengok video orang share kat Youtube. Video tentang keadaan kanak-kanak yang diserang kat Syria.

Makin lama makin banyak video yang aku tengok. Daripada Syria, beralih ke Palestin, Bosnia, Rohingya. Macam-macam..

Sampai satu ketika, aku terfikir, apa sebenarnya yang dah terjadi?

Apa punca terjadinya semua ni? Siapa dalang yang bertanggungjawab di sebalik kucar-kacir yang berlaku kat atas bumi sekarang ni?

Kenapa manusia tergamak buat perkara-perkara zalim macam tu? Apa sebenarnya yang diorang fikir bila diorang buat keputusan yang memburukkan banyak pihak macam tu?

Dunia kita dah semakin tenat, Zie.. Sangat tenat."

Aria lantas mengeluh dan tertunduk.

"Kau tahu siapa yang paling kejam sekali dalam hal ni?"

Aku menggeleng.

Mencari Jalan PulangWhere stories live. Discover now