Bab 3

2.1K 107 2
                                    

Photo: Hana Suziela

Selepas majlis bersurai, aku nampak Uzai sedang berborak bersama rakan-rakannya yang berdiri mengelilinginya. Aku mendapatkan Mia yang masih rancak berbual di sebelah.

"Mia, aku nak jumpa mamat tu kejap. Nak ucap terima kasih."

Mia mengangguk lalu menyambung perbualannya yang terganggu. Aku memberanikan diri mendekati kumpulan lelaki yang sedang berdiri di sebelah pentas itu.

Tiba di belakang Uzai, perbualan mereka yang tadi rancak terhenti. Semua menoleh ke arahku termasuk Uzai.

Dengan teragak-agak, aku bersuara, "Err.. Hai. Boleh saya bercakap dengan awak sekejap?"

"Uzai ada peminatlah woi." Rakan-rakannya mula mengusik.

"Cik adik, kalau nak sign Uzai, kena sedar diri jugak. Uzai tak layan perempuan yang dress up macam ni." Seorang lagi rakannya menambah.

"Pergi baliklah pakai tudung dulu, baru boleh nak mengorat encik retis kita ni." Tambah lagi seorang.

"Lain kali, nak datang majlis macam ni, pakailah molek sikit makcik oii. Ini bukan parti kelab malam." Tambah lagi seorang.

Merah padam muka aku. Sentapnya hati aku saat itu, hanya Tuhan saja yang tahu. Jatuh air muka aku apabila ditegur begitu.

"Kalau macam tu, tak apalah. Sorry ganggu." Pantas aku meminta diri dan menuju ke arah Mia. Aku dah tak tahan duduk di sini. Maruahku tercalar teruk sejak dari aku tiba tadi. Apa kena dengan semua orang kat sini?

"Mia, aku balik dulu." Aku berkata kepada Mia. Tanpa menunggu jawapan darinya, aku terus bergegas keluar dari hall.

Memandangkan rumah aku dan hall tidak terlalu jauh, aku mengambil keputusan untuk berjalan kaki. Sakit di hati masih tak hilang membuatkan langkah kaki aku bergerak pantas melepasi pintu pagar hall.

"Awak! Tunggu jap!" Aku dengar suara seseorang melaung dari belakang. Aku toleh dan aku lihat Uzai sudah berada di dalam kereta dan memandu menuju ke arahku. Dia memberhentikan kereta di sebelahku. Kepalanya dikeluarkan dari tingkap bahagian pemandu, bersebelahan dengan tempat aku berdiri.

"Biar saya hantar awak balik." Dia menawarkan.

Aku menggeleng lalu berkata, "Tak apa. Saya boleh balik sendiri."

"Dah lewat malam ni. Bahaya kalau jalan kaki sorang-sorang. Banyak kes jenayah jadi kat kawasan ni kan sejak akhir-akhir ni." Uzai masih berdegil.

Ada betulnya apa yang Uzai cakap. Memikirkan keselamatan diri yang mungkin akan terancam, aku menerima pelawaan Uzai. Aku mengambil tempat di tempat duduk penumpang bahagian hadapan. Setelah pintu ditutup, Uzai memulakan pemanduan.

Sambil memandu, dia menoleh ke arahku sekilas. "Saya mohon maaf on behalf of my friends' behaviour just now. Saya harap awak tak ambil hati dengan kata-kata mereka tadi." Dia memulakan perbualan. Mukanya jelas nampak riak bersalah.

Aku hanya diam. Marah dan kecewa masih menyelubungi hati.

"Apa yang awak nak cakap dengan saya tadi?" Dia menyambung.

Teringat kembali tujuan aku berjumpa dengannya tadi, aku mula menyusun kata.

"Saya sebenarnya nak ucap terima kasih pada awak. Kawan saya cakap awak yang hantar saya balik malam tu." Satu-persatu perkataan aku keluarkan.

Dia tersenyum. "Sama-sama."

Aku menyambung lagi. "Saya nak mintak maaf jugak sebab muntah kat baju awak. Banyak saya susahkan awak malam tu. Dahlah kena hantar saya balik, lepastu kena muntah saya pulak."

Bertambah lebar dia tersenyum. "Tak ada apa pun. Kan awak tak sedar masa tu. Awak tak salah apa-apa."

Diam. Masing-masing tidak bersuara.

"Selalu ke awak mabuk macam tu?" Uzai melontar soalan.

Aku agak terkejut dengan soalannya, sebelum membalas dengan soalan, "Kalau selalu, kenapa? Nampak hina?"

Dia masih khusyuk dengan pemanduan. "Sikit pun saya tak fikir macam tu. Saya tanya saja. Tak nak jawab pun tak apa."

Aku kembali terdiam dan membuang pandang ke luar tingkap.

"Tak selalu sangat. Bila saya ada masalah saya akan minum lebih banyak dari kebiasaan." Aku menggumam perlahan.

"Ataupun kalau saya susah hati, nak lupakan segala kesedihan, my alcohol consumption becomes a bit uncontrollable, macam malam tu." Entah kenapa, mulut aku lancar meluahkan rasa kepada lelaki ini. Secara jujurnya, aku rasa sangat selamat dan tenang bersamanya pada ketika ini.

"So setiap kali awak mengalami lowest point dalam hidup awak, awak akan bergantung pada alcohol untuk mengubati hati awak?" Uzai bertanya lagi.

Aku mengangguk mendengar rephrase dari Uzai. "Nak mengadu pada manusia, semuanya pakat kecewakan saya. So, saya cari alcohol jelah to distract my mind off the trouble."

Terdiam sebentar Uzai mendengar jawapanku, sebelum kembali dengan soalan. "Dah berapa lama awak bercinta dengan dia?"

Tersentak aku lalu menoleh memandangnya. "Macam mana awak tahu?"

Dia menahan senyum. "Awak meracau malam tu. Sebut-sebut nama dia sambil menangis."

Aku tertunduk malu. Bodohnya kenapalah mulut aku ni dah mabuk pun tak reti diam. Dalam hati aku memaki diri sendiri.

Kereta Uzai berhenti betul-betul di hadapan apartment aku. Tali pinggang keledar aku tanggalkan.

"Boleh saya tanya something?" Uzai bertanya. Aku memandang wajahnya dan mengangguk.

"Awak pernah sentuh sarang labah-labah?"

Okay soalan ni memang random. Dalam kehairanan, aku menjawab, "Pernah."

"Lepas awak sentuh, apa jadi dengan sarang tu?"

"Musnah." Hairan aku masih tak hilang. "Kenapa awak tanya?"

Uzai mengeluarkan pen dan kertas dari sling bag. Dia menulis sesuatu sebelum menghulurkan cebisan kecil kertas tersebut kepadaku.

"Kalau awak ada masa lapang, awak fahamkan apa yang saya tulis ni. Lepas awak dah faham atau ada apa-apa yang awak nak tanya, nombor telefon saya ada sekali kat sini."

Aku menyambut kertas tersebut bersama kerutan di dahi. Mamat ni memang suka buat benda random ke?

"I will.." Aku membalas teragak-agak. Kertas tersebut aku masukkan ke dalam tas tangan.

"Ohh.. Before I forget, I'm Uzai by the way. Uzair Abdullah."

"Saya tahu. Saya Suzie. Hana Suziela."

Setelah mengucapkan terima kasih, aku keluar dari kereta dan melangkah masuk ke dalam rumah. Kereta Uzai masih tidak berganjak dari situ. Sebaik sahaja aku masuk ke dalam rumah, aku terus menghidupkan suis lampu lalu menuju ke balkoni.

Kemudian, barulah aku lihat kereta Uzai perlahan-lahan beredar meninggalkan perkarangan apartment aku.

Mencari Jalan PulangWhere stories live. Discover now