PROLOG

540 20 7
                                    


            "Diam, aku tengah cuba hentikan luka kau ni!" Jerit seorang tentera yang sedang membalut luka kaki rakannya yang sedang terbaring menahan kesakitan akibat terpijak periuk api. Tentera-tentera yang lain semuanya sedang berperang. Hanya mereka berdua sahaja yang menyorok di sebalik semak daripada dilihat oleh tentera musuh.

"Botak, kau teruskan je tanpa aku. Aku tak mampu bertahan lagi..." Suara Israk semakin perlahan. Botak cuba menenangkan Israk. Dia tidak putus asa untuk menyelamatkan Israk. Dia lebih pentingkan nyawa kawannya lebih daripada dirinya sendiri.

Israk memegang tangan botak dengan kuat. "Apa pun terjadi, kau mesti ingat, kau berjuang untuk negara ni. Jangan biarkan penjajah bertapak dekat Tanah Melayu ni!" Israk berpesan kepada Botak. Botak mengangguk perlahan. Peluh tidak henti-henti menitis dari kepala Israk.

Tiba-tiba semua tentera Tanah Melayu melarikan diri. Botak dan Israk terkejut melihat situasi itu. Botak terus keluar daripada semak dan matanya seakan-akan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Seorang lelaki berbadan tegap dan memakai topeng tengkorak sedang mengeluarkan bara api daripada tangannya. Ada tentera yang cuba menembaknya namun lelaki itu mencampakkan bara apinya ke arah tentera tersebut. Tentera itu terus terbakar dan menjerit kesakitan. Melihat keadaan itu, masing-masing cuba menyelamatkan diri daripada dibunuh oleh lelaki itu.

Lelaki itu perasan akan Botak dan Israk namun dia tidak mengendahkannya. Botak mengambil senapangnya dan menembak ke arah kepala lelaki itu. Lelaki itu terus jatuh ke tanah dan menggigil. Botak tersenyum gembira namun senyumannya itu terhenti apabila lelaki itu bangun semula. Lelaki itu terus berjalan menuju ke arah Botak dan Israk. Darah pekat mengalir daripada kepala lelaki itu.

Tangan Botak menggigil memegang senapangnya. Ini kali pertama dia takut dalam medan peperangan. Sebelum ini dia tidak pernah gentar untuk menentang musuh. Tapi kali ini musuhnya itu lain macam.

Tiba-tiba Botak dan Israk terlihat satu cahaya yang terang di langit. Mereka berdua menutup mata kerana cahayanya terlampau silau dan kedengaran bunyi letupan yang sangat kuat. Selepas itu, tiada siapa yang tahu apa yang terjadi kepada mereka berdua dan juga lelaki itu.

***

Lin membuka matanya perlahan. Dia tidak ingat apa yang terjadi olehnya. Dia hanya ingat dia berada dalam kalangan tentera di bawah pimpinan Jeneral Liu Zao ketika China menentang Burma pada tahun 1765. Lin memegang-megang wajahnya. Masih elok seperti biasa. Dia hairan, sepatutnya dia sudah mati ketika dadanya ditikam oleh lembing tentera Burma. Lin cuba bersuara namun dia hairan kerana dia tidak bertutur dalam bahasa cina tetapi dalam bahasa Melayu.

"Lepaskan aku!" jerit Lin dengan kuat. Sambil itu dia memerhatikan keadaan sekeliling. Dia berada di dalam sebuah makmal yang dipenuhi dengan alatan berteknologi tinggi yang tidak pernah dilihat olehnya. Terlalu moden. Katil yang dibaringnya juga diperbuat daripada keluli. Tangan dan kaki Lin diikat dengan kuat dengan gari. Lin meronta-ronta untuk melepaskan diri namun gagal kerana gari tersebut sangat kuat.

Tiba-tiba beberapa orang saintis yang memakai topeng hitam tanpa mata terus memegang kedua tangan Lin dengan kuat. Lin menjerit-jerit namun tidak diendahkan oleh mereka.

"Lepaskan dia. Kita tak perlu nak seksa dia." seorang lelaki dalam kalangan saintis itu bersuara. Dia tidak memakai topeng. Cuma dia memakai penutup mulut dan rambutnya berwarna hitam sedikit keperangan. Melalui anak matanya, Lin dapat mengagak bahawa lelaki itu dalam umur 50-an.

"Shen Quan Lin. Pengamal seni bela diri Qing Shen Gong. Salah seorang daripada tentera Jeneral Liu Zao. Panji-panji hijau. Jadi aku dengar kau ni adalah tentera yang paling hebat, betul ke?" Suara lelaki itu sedikit garau. Namun Lin hanya mendiamkan diri tanpa menjawab pertanyaan lelaki itu.

:#q

XIXWhere stories live. Discover now