Bab 2 : The Birth Of Venomancer

223 12 5
                                    

"Racun dalam ni terdiri daripada tetrodoksin dari ikan buntal, batrachotoksin dari katak beracun, neurotoksin dari ular berbisa, serotonin dari labah-labah... Entah apa jadi kalau aku suntik semua racun ni dalam badan kau. Kau pun tahu kalau semua racun ni dicampurkan dan dimutasikan, ia akan menjadi lebih berbisa daripada..." Belum sempat Orange menghabiskan kata-katanya, kakinya disepak oleh Lin. Orange hampir terjatuh namun dia sempat mengimbangkan dirinya. Lin menumbuk ke arah dada Orange namun Orange menahan tumbukan Lin dengan tangan kirinya. Tangan Orange dengan pantas cuba menyuntik racun berbahaya itu ke tangan Lin.

Lin meludah ke muka Orange. Lin terpaksa guna taktik kotor demi menyelamatkan diri. Orange melepaskan tangan Lin. Lin mengambil peluang keemasan itu dengan mengambil picagari tersebut. Orange mengelap mukanya. Wajah Orange berubah menjadi merah. Nampaknya dia sedang menahan marah.

"Kau betul-betul buat aku marah. Berani betul kau ludah muka aku yang suci ni? Aku akan pastikan kau tak akan bernafas lagi." Orange mengeluarkan pisau yang tajam dari tali pinggangnya. Lin sudah bersedia untuk menewaskan Orange! Orange terus meluru ke arah Lin. Lin dengan pantas memegang lengan Orange dan mencampakkannya ke dinding. Namun, Orange masih tidak lagi berhenti menyerang Lin.

Orange melompat ke arah Lin dan menendang bahu Lin. Prakkk! Lin tidak dapat menggerakkan bahunya. Bahunya terasa amat sakit. Namun Lin hanya menahan kesakitan tersebut tanpa perlu menjerit. Orange gelak besar. Dia melihat tangan kanan Lin yang sudah patah itu. Orange memerhati lantai sambil tercari-cari picagari tersebut. Lin mengambil pasir di lantai dan mencampakkannya ke arah Orange. Orange sempat menutup mata.

"Aku tak akan kena trick yang sama dua kali! Faham tak?!" Jerit Orange dengan kuat. Orange membuka matanya. Tiba-tiba dia ditembak beberapa kali oleh Lin. M16 Lin tidak berhenti-henti mengeluarkan peluru. Orange memuntahkan darah dari mulutnya. Dadanya terasa sakit. Tetapi, Orange masih mampu berlari ke arah Lin dan cuba menikam Lin. Akhirnya Lin memukul dengan kuat M16 nya ke muka Orange. Orange jatuh tersungkur. Tangan Lin sudah tidak larat lagi memegang M16 dengan sebelah tangan. Terlalu berat. Dia melepaskan M16 nya ke lantai.

Lin duduk bersandar di dinding. Dia menghela nafas lega kerana semuanya telah pun berakhir. Dia yakin Orange telah pun mati setelah ditembak berkali-kali olehnya.

Tangan Orange bergerak-gerak. Peluh mula mengalir dari kepala Lin. Lin mengetap giginya dengan kuat. Penumbuk kirinya digenggam kuat dan dia menumbuk lantai. Lin terus bangun dan melarikan diri. Dia tidak mampu untuk menewaskan Orange. Orange terlalu kuat!

Celaka, dia bukan manusia! Aku tak boleh bunuh dia meskipun aku dah buat macam-macam! Monolog Lin. Lin perlu menyorok daripada Orange. Dia melihat tempat yang sesuai untuk menyembunyikan dirinya namun tiba-tiba belakang badannya terasa sakit.

"Hai, nak pergi mana tu?" Lin benar-benar terkejut melihat Orange sudah pulih seperti biasa. Tiada kesan luka mahupun darah. Lin memegang belakang badannya. Nampaknya dia sudah disuntik oleh picagari yang berisi racun tersebut. Lin cuba melawan dengan menendang ke muka Orange namun Orange dengan pantas memegang kemas kaki Lin dan mencampakkannya ke besi penjara.

"Aku tak boleh mati. Bukan tu sahaja, aku boleh baca pergerakan kau waktu kau lawan dengan aku. Kau mahir dengan taktik kotor. Dan kau mengamalkan seni bela diri yang bukan kung-fu. Aku pun tak tahu namanya sebab aku tak minat sejarah. Sekarang, rasakanlah racun yang aku dah suntik dekat kau tu! Haha!" Orange ketawa besar melihat keadaan Lin yang dalam kesakitan.

Mulut Lin terasa panas. Dia kemudiannya terasa mual dan terus muntah dengan banyak. Lin terbaring dan matanya berair. Dia cuba bercakap namun separuh badannya terasa lumpuh. Kepalanya terasa pening dan dia hampir pitam. Badannya terus menggigil dengan kuat. Kaki dan tangannya terasa kebas. Lin tidak menyangka racun itu sungguh kuat. Lin sudah menerima takdir dengan redha. Ajalnya di sini.

Orange menghampiri ke arah Lin. Dia kemudian memijak-mijak muka Lin dengan butnya. "Matilah kau dekat sini. Tak ada siapa nak tolong kau, bodoh!" Jerit Orange dengan kuat. Kakinya masih tak henti-henti memijak muka dan badan Lin yang dalam kesakitan itu. Habis badan Lin berdarah-darah akibat dipijak berulang kali.

Orange kemudiannya menghalakan punggungnya ke arah Lin dan membuang angin ke arah muka Lin. "Makan kentut aku ni, bodoh! Haha!" Orange ketawa dengan kuat sambil menggaru-garu punggungnya yang baru sahaja mengeluarkan angin. Lin memejam matanya dengan kuat.

"Sudahlah, aku tak sanggup pula tengok kau terseksa dekat sini. Biar aku tamatkan riwayat kau..." Belum sempat Orange menikam badan Lin dengan pisaunya, badannya terasa sakit. "Apa?!" Tangan Lin menembusi dada Orange secara tiba-tiba! Orange ditendang dengan kuat oleh Lin lalu dia jatuh berpusing ke lantai.

Mata Lin menjadi merah. Kulit Lin berubah menjadi gelap. Tangannya yang patah tadi sudah pulih semula namun kulit tangan Lin kedua-keduanya berubah menjadi seperti kulit ular. Cecair perang mengalir dari kulit tangan Lin. Mulutnya juga mengeluarkan cecair perang tersebut. Orange yang melihat keadaan Lin terkejut.

Belum sempat Orange bangun Lin sudah betul-betul berada di hadapannya. Orange mendongak memandang wajah Lin. Lin hanya mendengus. Tiba-tiba kaki kiri Orange dipotong oleh Lin dengan menggunakan tangannya.

"Arrgghhhh! Sakitlah celaka!" Orange menahan kesakitan akibat kakinya dipotong. Dia diangkat oleh Lin. Lin meludah muka Orange. Muka Orange terhakis perlahan-lahan. Sakitnya memang tidak terhingga. Kulit muka Orange terhakis seperti terkena cecair asid hidrokrolik yang sangat pekat. Orange menjerit kesakitan. Nampaknya air liur Lin sudah menjadi asid. Lin melepaskan Orange. Orange menutup mukanya sambil terduduk.

Lin melihat tapak tangannya. Cecair berasid mengalir dari tangannya. Sakit akibat racun itu masih lagi terasa namun perlahan-lahan Lin hampir sebati mengawal kesakitan racun tersebut. Cuma racun dari mulutnya sahaja susah dikawal. Dia memerlukan sesuatu untuk menutup mulutnya.

"Tahniah, kau dah jadi ahli XIX." Kata Orange. Belum sempat Lin menyerang Orange, dia direnjat dengan kejutan elektrik yang melumpuhkan badannya. Lin tidak dapat bergerak. "Biar aku suntik kau dengan benda ni supaya kau senyap sebentar." Orange menyuntik badan Lin dengan sesuatu. Setelah disuntik, Lin terus tidak sedarkan diri. "Kerja aku dah selesai." Orange perlahan-lahan menarik badan Lin.

***

Helena menangis tak henti-henti. Botak cuba memujuk Helena namun Helena tetap juga menangis. Botak sudah buntu untuk memujuk Helena. Mahu sahaja Botak tidur tetapi tangisan Helena membuatkan Botak tidak boleh terlelap walau satu saat sekalipun. Sebelum ini Botak tidur nyenyak namun telinganya ditarik oleh Helena. Bila Botak mahu marah Helena, Helena menutup mukanya.

"Sudahlah, berhenti menangis. Aku nak tidur pun tak boleh sebab kau menangis." Setelah mendengar kata-kata Botak, barulah Helena berhenti menangis. Botak tergamam kerana Helena mendengar arahan. Perangainya tidak ubah seperti budak umur 5 tahun. Namun bentuk badannya dan wajahnya seperti dalam umur 20-an. Botak menganalisis sesuatu di mindanya.

"Adik suka makan gula-gula?" Tanya Botak kepada Helena. Helena mengangguk perlahan tanpa berkata apa-apa. Air matanya dikesat. Botak berfikir lagi. Helena memandang wajah Botak. Botak terasa segan. Dia mengalihkan matanya dari memandang Helena. Sepanjang hidupnya, belum pernah dia melihat wajah perempuan Eropah yang cantik sebegitu.

"Umur adik ni berapa tahun?" Tanya Botak lagi. Kali ini, jawapan Helena begitu pendek. "Enam tahun." Ujar Helena menjawab pertanyaan Botak. Botak benar-benar terkejut bagaimana fizikal Helena seperti 20-an tetapi akalnya masih lagi seperti budak-budak? Botak tahu Helena juga adalah bahan eksperimen seperti dirinya. Namun belum sempat Botak cuba bersoal jawab dengan Helena tiba-tiba tiga orang pengawal keselamatan membuka pintu penjara mereka.

"Helena Hyde, sila keluar sekarang." Kata salah seorang pengawal tersebut. Botak cuba menghalang Helena daripada keluar. Botak menggelengkan kepalanya ke arah Helena. Helena hanya mampu tersenyum. "Jangan risau." Helena terus bangun dan keluar ke arah penjara sambil ditemani oleh ketiga-tiga orang pengawal tersebut. Pintu penjara ditutup.

"Helena!!!" Jerit Botak dengan kuat. Dia takut Helena diapa-apakan oleh mereka. Botak berjanji yang dia akan menyelamatkan Helena dan mencari misteri apakah yang berlaku di dalam penjara ini. Meskipun Helena hanya mendiamkan diri, namun kehilangan teman penjaranya membuatkan Botak sunyi. Tiada lagi tangisan yang tidak boleh membuatkan Botak tidur. Tiada lagi telinganya ditarik-tarik. Tiada lagi orang yang menemannya di penjara.

�%�w�Ֆ

XIXWhere stories live. Discover now