Bab 3 : Eternal Silence

185 13 1
                                    


"Tyler!" Jerit Samantha, girlfriend kepada Tyler. Tyler yang memakai cap, berbaju Hawaii dan berseluar pendek mengarahkan Samantha pergi namun Samantha tidak dapat berdiri kerana ketakutan. Nampaknya Orange tidak memberi peluang langsung untuk mereka berdua melarikan diri. Tyler perlu menyelamatkan Samantha.

"Encik, boleh tak encik dan perempuan itu ikut saya pergi?" Tanya Orange dengan sopan. Tyler mendiamkan dirinya. Orange terpaksa menggunakan cara yang biasa. Dia mengeluarkan keris yang tajam dari tali pinggangnya. Keris itu telah pun disapu dengan speed damper yang mampu melumpuhkan seseorang buat seketika. Speed damper itu adalah ciptaan dari organisasi XIX.

"Siapa kau? Kenapa kau buru kami?" Tanya Tyler meskipun dia dalam ketakutan. Orange memakai topeng gas yang menutup mulutnya sahaja. Topeng gasnya berwarna oren dan hitam. Orange berjalan perlahan-lahan menuju ke arah Tyler.

"Aku panggil kau Ty, boleh?" Tanya Orange yang sudah pun menghampiri ke arah Tyler. Tyler dan Samantha perlu berambus dari Pantai Miami ini dan lari ke bandar, jika tidak sudah pasti mereka berdua akan ditangkap oleh Orange.

"Macam ni, XIX upah aku suruh aku tangkap kamu berdua ni. Jadi jangan banyak cakap dan ikut sahaja aku." Ujar Orange dalam nada serius. Samantha akhirnya dapat berdiri dan tanpa Tyler sedar Orange berada di belakang Tyler, tempat di mana Samantha berdiri. Samantha dan Orange telah bertukar tempat!

"Oh my God!" Jerit Tyler dalam keadaan terkejut. Samantha menarik tangan Tyler dengan pantas dan melarikan diri. Orange terus duduk bersila di atas pasir sambil memikirkan sesuatu.

"Teleportation. Macam mana aku nak tewaskan dia ni? Dia boleh swap tempat dengan aku." Orange bercakap dengan kuat. Suaranya boleh didengari di sekeliling Pantai Miami. Tiba-tiba ombak memukul Orange dengan kuat sehingga kepala Orange terbenam ke dalam pasir. Orange mengeluarkan kepalanya dari pasir. "Terima kasih ombak sebab bagi aku idea!" Ujar Orange sambil memandang ombak. Tangannya diangkat tinggi ke langit sementara dia masih menonggeng. Dia sudah pun dapat satu idea untuk menewaskan Samantha.

***

"Tyler Ivan, masuk ke dalam ni, cepat!" Kata pengawal yang bertopeng hitam tanpa wajah kepada Tyler. Tyler yang digari masuk ke dalam penjara tersebut perlahan-lahan. Pintu penjara ditutup. Botak melihat Tyler yang sedang digari. Tanpa banyak soal, Tyler terus duduk di hadapan Botak. Wajah Tyler lain macam dari manusia biasa, matanya seperti helang, terdapat garis merah di bawah mata kanannya sehingga ke hujung pipinya.

"Selamat... Pagi?" Tyler tidak pasti untuk mengucapkan selamat kepada Botak yang sedang duduk itu. Di dalam penjara, mereka sendiri pun tidak tahu hari, masa dan cuaca. Mereka hanya diberi makan dan minum sahaja. Kemudian, apabila dipanggil oleh pengawal, mereka terpaksa merelakan diri untuk dieksperimentasikan.

"Aku Tyler Ivan. Panggil aku Ty je." Ty memperkenalkan dirinya. "Botak. Kau tahu tak macam mana kau boleh ada dekat sini?" Botak bertanya kepada Ty. Manalah tahu Ty mungkin tahu apa yang terjadi. Namun, sangkaan Botak meleset. Ty hanya menggelengkan kepalanya. Tidak tahu apa yang berlaku. Tahu-tahu sahaja mereka sudah dikurung di dalam penjara.

"Dekat sini aku tak boleh nak terbang dengan bebas." Ty mula berbicara. Botak terkejut mendengar kata-kata Ty. Terbang? Dia ni ada sayap ke apa? Botak tertanya-tanya dengan kata-kata Ty. Mustahil Ty ialah seorang mutan. Tetapi semuanya tidak mustahil memandangkan dirinya juga separuh besi dan ingatannya pudar.

"Kau boleh terbang?" Botak menggaru janggutnya. Dia benar-benar tidak percaya bahawa Ty boleh terbang.

"Boleh. Tapi bukan dekat sini. Mereka kawal aku dengan gelang ni. Aku dah cuba cabut gelang ni tapi tak boleh." Kata Ty sambil menunjukkan gelangnya ke Botak. Botak melihat gelang tersebut dengan teliti. Nampaknya gelang tersebut telah diprogramkan untuk merenjat sesiapa yang cuba membuka dengan kekerasan.

XIXWhere stories live. Discover now