Bab 6 : Chronicle Inferno

73 4 1
                                    

Pintu bilik server diletupkan. Dua orang pengawal yang sedang menjaga bilik itu terkejut. Mereka berdua mengacukan senapang M16 mereka ke arah pintu. Tiba-tiba bunyi pistol menembak dengan kuat didengari oleh mereka berdua. Kedua-kedua pengawal tersebut menggigil ketakutan.

"Tekan butang emergency tu sekarang!" Pengawal 1 memberikan arahan kepada Pengawal 2. Pengawal 2 terus menekan butang kecemasan. Penggera keselamatan berbunyi dengan kuat. Orange masuk ke dalam bilik server dan menembak kedua-dua pengawal tersebut di kepala.

"Jangan buat aku jadi serius." Monolog Orange. Tanpa berlengah masa lagi, Orange menaip sesuatu di papan kekunci.

DECRYPTING PASSWORD...

ANALYSING PASSWORD...

ACCESS GRANTED.

"Tak ada siapa yang boleh lawan aku. Sekarang ni, rasakan apa yang kau orang semua buat pada eksperimen kau orang ni!" Monolog Orange lagi sambil menaip pada papan kekunci dengan laju. Dia cuba mematikan sistem sekuriti di dalam XIX.

ALL SECURITY SYSTEM OFFLINE.

***

Kesemua sistem telah dimatikan. Pintu penjara terbuka dengan sendirinya. Botak, Lin, dan Ty terkejut kerana pintu penjara telah terbuka. Kesemua banduan melarikan diri. Botak, Lin dan Ty tanpa berlengah masa turut melarikan diri. Penggera keselamatan berbunyi dengan kuat.

"Sekarang, kita nak lari ke mana?" Tanya Botak kepada Lin. Lin hanya mendiamkan diri. Dia sedang berfikir bagaimana dia mahu membalas dendam pada Orange yang mengalahkannya dan cuba mencari identiti dirinya yang sebenar.

Ty membalas pertanyaan Lin, "Kita semua ni cuma bahan eksperimen sahaja! Sekarang apa yang perlu kita buat..."

Ty mengeluarkan sayapnya dan meluru ke arah pengawal-pengawal yang sedang memegang cota di hadapan mereka. Ty memukul badan mereka dengan sayapnya. Kesemua pengawal-pengawal tersebut jatuh tersungkur ke lantai. Dengan pantas, hujung sayap Ty bertukar menjadi besi yang tajam dan menikam setiap seorang pengawal-pengawal tersebut pada dada kiri mereka. Darah memancut keluar dari semua badan pengawal tersebut.

Lin mengeluarkan racun dari tangannya dan menikam tangannya pada seorang pengawal yang cuba melawannya. Racun-racun dari tangan Lin meresap masuk kedalam badan pengawal tersebut. Dia menjerit kesakitan dan akhirnya badannya mereput. Lin menarik tangannya dan menendang pengawal itu ke arah dinding.

Botak kaku melihat kemahiran berlawan mereka. Dia tidak menyangka kemahiran berlawan mereka cukup tinggi. 

"Kau tunggu apa lagi, cepat larikan diri!" Jerit Lin dengan kuat. Botak memulakan langkahnya dengan pantas. Di dalam hatinya dia cuba memikirkan apa yang telah terjadi pada Helena.

Ty memasukkan sayapnya kembali ke dalam badannya dan meneruskan perjalanan mereka mencari jalan keluar. 

Tiba-tiba tangan kanan Botak dipotong. Botak menjerit dengan kuat kerana kesakitan. Lin terkejut kerana ada seseorang yang menyerang hendap mereka! Nampaknya mereka bertiga terpaksa berlawan!

"Lemahnya korang ni. Kalau korang dijual pada kerajaan mana-mana pun... Dah tentu tak laku." Seorang lelaki memakai hoodie muncul di belakang mereka. Botak memegang tangan kanannya yang sudah dipotong. Darah tidak habis-habis memancut dari tangannya. Lelaki itu membuka hoodie nya dan mereka bertiga terkejut kerana wajahnya berparut.

"Nama aku Inferno. Aku projek yang gagal. Aku akan buktikan pada XIX yang kekuatan aku ni bukan boleh dibawa bergurau!" Jerit Inferno.

"Hoi, hoi, kau ni tak ada personaliti ke? Kenapa..." Belum sempat Botak menghabiskan kata-katanya kepalanya telah ditendang oleh Inferno. Inferno menghembuskan api keluar daripada mukanya ke arah Botak. Botak jatuh terseret ke lantai dalam keadaan mukanya terbakar dan menghentak dinding. Botak terus tidak sedarkan diri. Api mula merebak membakar Botak.

"..." Lin memandang ke arah Inferno dengan tajam.

"Kau dah takut dengan aku ke? Aku bukan projek yang gagal! XIX dah tersilap kerana memilih Orange menjadi projek mereka! Hahahaha!" Inferno ketawa dengan kuat. 

Nampaknya dia dah tak waras lagi. Lin cuba mencari strategi untuk mengalahkan Inferno. Ty pula tanpa berlengah lagi terus meluru ke arah Inferno.

"Oh, kau nak lawan aku ke?" Inferno mengeluarkan bara api dari tangannya dan melontar ke arah sayap Ty. Ty mengelak dengan pantas,, sayap besinya dikeluarkan dan memukul Inferno dengan kuat. Inferno hampir terjatuh namun dia sempat menstabilkan dirinya daripada terjatuh. "Bisinglah!" Jerit Ty dengan kuat sambil mengibaskan sayapnya dan menghasilkan angin yang kuat. Debu-debu masuk ke dalam mata Inferno. Inferno menggosok-gosok matanya.

Ty menikam badan Inferno dengan sayap besinya ke arah dada kanannya. 

"Urghhh!" Inferno kesakitan.

"Kau dah silap besar." Badan Inferno menyala kemerah-merahan. Kulitnya merekah. Lin dengan pantas melarikan diri. Ty tidak sempat melarikan diri kerana kakinya dipegang oleh Inferno. 

"Matilah kau di sini bersama aku." Rekahan pada badan Inferno semakin jelas. Ty sudah tentu akan mati di situ!

Badan Inferno meletup dengan kuat. Letupan itu membaham Ty dan juga Botak yang tidak sedarkan diri. Lin juga hampir-hampir terkena letupan tersebut namun mujurlah dia sempat melarikan diri. Tempat pertarungan mereka runtuh serta merta kesan letupan Inferno itu.

"Ceh..." Lin meneruskan perjalanannya berseorangan. Dia tidak peduli apa yang terjadi dengan Botak dan Ty. Dia perlu mencari Dimitri. Sama ada dia berseorangan ataupun berkumpulan, Lin mempunyai agendanya yang tersendiri. Dia perlu tahu latar belakang dirinya sendiri.

***




XIXWhere stories live. Discover now