Bab 1 : Versus Orange

313 16 5
                                    


            Lin duduk termenung di dalam penjaranya. Dia tidak tahu berapa lama dia sudah dikurung. Dia hanya diberi makan dan minum sekali sehari. Lin mengikis-ngikis dinding penjara tersebut. Pada mulanya dia bertindak agresif tetapi apabila dia mendekati batang besi penjara tersebut dia direnjat elektrik. Setiap hari juga dia diberi sedatif dan pelbagai jarum yang menyuntik badannya. Meskipun dia cuba melawan namun tindakannya hanya sia-sia.

Lin memandang persekitaran penjaranya yang sempit dan gelap itu. Dia sedang mencuba seribu satu cara untuk keluar daripada penjara tersebut. Selagi dia tidak mencuba, selagi itu dia tidak berpuas hati. Lin cuba mengingati masa silamnya namun fikirannya samar-samar. Sedang dia termenung, tiba-tiba datang seorang pengawal keselamatan yang memegang senjata M16.

Pengawal keselamatan itu menekan butang jam tangannya. Besi penjara itu mula dibuka perlahan-lahan. Tanpa melengahkan masa lagi Lin terus menerkam ke arah pengawal keselamatan tersebut. Pengawal keselamatan itu cuba melawan Lin, namun Lin menendang perut pengawal keselamatan itu dan dia tercampak ke dinding. Lin menumbuk muka pengawal tersebut beberapa kali sehingga pengawal itu tidak sedarkan diri. Lin mengambil M16 pengawal tersebut dan melarikan diri.

Dia tahu dia tidak akan selamat namun dia berani merisikokan dirinya daripada duduk tanpa berbuat apa-apa.

Beberapa pengawal keselamatan lain mengejarnya dengan menggunakan cota elektrik. Lin memberhentikan langkahnya dan menembak kesemua pengawal tersebut. Dia tidak tahu bagaimana dia boleh menggunakan senjata api tersebut sedangkan pada zamannya tidak dilengkapi dengan senjata moden sebegini. Fikirannya seolah-olah sudah terbiasa dengan senjata ini.

Lin melajukan langkahnya. Di sekelilingnya terdapat beberapa penjara yang kosong. Tompokan darah kering jelas kelihatan di dinding tersebut. Lin mengagak bahawa banduan di situ semuanya mati akibat dijadikan tikus makmal. Lin bertekad untuk keluar daripada penjara ini serta-merta walau apa pun yang terjadi. Tiba-tiba seorang pengawal keselamatan muncul di hadapan Lin. Dia mengacukan pistol Desert Eagle ke arah Lin. Lin tidak mengangkat tangannya. Dia hanya memandang pengawal keselamatan itu yang memakai topeng hitam menutup wajahnya.

"Berhenti, sebelum aku tembak..." Belum sempat pengawal keselamatan itu menghabiskan ayatnya, kepalanya ditembak oleh M16 milik Lin. Lin bertindak dengan pantas. Lin cuba mencari jalan keluar namun dia hanya berpusing-pusing di tempat sama sahaja. Lin buntu. Peluh mula membasahi badannya. Meskipun dia hanya bersinglet putih dan berseluar hitam namun suhu di penjara tersebut sangat panas sehingga membuatkan peluhnya menitik sedikit demi sedikit.

"Hoi, nak pergi mana tu?" Suara seorang lelaki menyapa Lin. Lin memandang ke arah belakangnya. Kelihatan seorang lelaki memakai sut berwarna jingga dan hitam sedang mengacukan pistol Glock ke arahnya. Lin mengundur setapak ke belakang. Dia tahu lelaki itu mahu membunuhnya.

"Aku tak kisah kau nak buat apa pun, tapi baik kau letakkan senjata kau dan bersedia untuk dibelasah oleh aku. Sebab aku dah lama tak pukul orang bodoh macam kau." Kata lelaki itu dalam nada gembira. Lin meletakkan M16 nya ke lantai. Lelaki itu kemudian menyimpan pistol Glock nya di dalam tali pinggang serbagunanya.

"Bagus anjing ni. Dengar cakap juga eh." Lelaki itu menepuk tangannya dengan kuat. Lin tanpa berlengah lagi terus meluru ke arah lelaki itu dan menumbuk ke arah dadanya. Lelaki itu sempat mengelak dan memegang tangan Lin. Lin terkejut. Tindakan refleks lelaki itu pantas! Lelaki itu mencampak Lin ke arah dinding penjara. Lin jatuh terduduk.

"Melawan pulak kau ni. Benci betul aku. Mak kau tak ajar kau ke? Mesti mak kau hijau." Lelaki itu membunyikan tangannya dan menuju ke arah Lin. Lin menggenggam pasir dengan kuat dan mencampakkan ke arah lelaki itu. "Argghh! Main pasir pulak!" Jerit lelaki itu dengan kuat menahan pedih di matanya. Tangannya menggosok-gosok matanya dengan kuat.

Lin melompat dan menendang kepala lelaki itu. Prakkk! Bunyi tulang leher patah jelas kedengaran. Lin kemudian menumbuk beberapa kali ke arah dada lelaki itu dan akhirnya Lin menendang lutut lelaki itu. Lelaki itu akhirnya tumbang dalam keadaan kepalanya ke depan dan badannya ke belakang. Lin kemudian mengambil M16 nya dan memijak kepala lelaki itu dengan kuat.

"Diam jugak kau akhirnya." Ujar Lin perlahan. Dia rasa sungguh jengkel dengan lelaki itu. Tak berhenti bercakap. Lin terkejut kerana tangan lelaki itu masih lagi bergerak! Dia masih hidup!

Lin berlari dengan pantas sambil menembak beberapa orang pengawal yang mengejarnya. Lin berfikir adalah mustahil lelaki itu masih hidup sedangkan dia sudah membunuh lelaki itu dengan mematahkan lehernya. Lin perlu lari dari lelaki itu. Lelaki itu sememangnya berbahaya!

Sedang Lin berlari tiba-tiba kakinya tersadung oleh sesuatu. Lin jatuh tersungkur dan dia bangun dengan pantas sambil mencari M16 nya. "Terkejut? Kau sekarang bukan berkhayal. Aku memang hidup lagi. Dekat sini, semua benda yang mustahil boleh terjadi. Orang terbang pun ada." Lelaki bersut jingga hitam itu membuka bicaranya. Lin terasa sungguh bengang dengan suara lelaki itu. Mahu saja dia menyumbat sesuatu di dalam mulut lelaki itu agar mulutnya berhenti bercakap.

"Tengok muka kau. Eh, dah berubah! Kau mesti nak tahu apa yang terjadi kan?" Lelaki itu menari-nari zapin sambil berkata-kata. Lin tahu lelaki ini bukan sembarangan orang. Lelaki ini mempunyai kuasa luar biasa. Lin perlu mencari strategi untuk menewaskan lelaki itu.

"Kau boleh panggil aku Orange. Sebenarnya aku masih belum lagi cari codename yang sesuai untuk aku. Banyak sangat nama yang menarik contohnya Greedy, Ava..." Belum sempat lelaki itu menghabiskan ayatnya, Lin menembak mata kanan lelaki itu dengan M16 nya. Lin tersenyum. Lin hanya perlu membutakan mata kiri lelaki itu sahaja dan semuanya pasti berjalan lancar!

"Hormat sikit bila orang tengah bercakap!" Lelaki itu masih boleh rileks lagi meskipun mata kanannya telah buta. Darah mengalir dari mata kanannya. Lin terkejut dengan apa yang dilihat olehnya. Lelaki itu tidak berasa sakit!

"Sakit mata aku ni kau tahu tak! Tak fasal-fasal aku dah jadi lanun. Lanun yang buta sebelah mata. Tapi tak apalah, nanti mata aku tumbuh balik." Orange menjelirkan lidahnya ke arah Lin. Orange mengejek Lin dengan menepuk punggungnya. Nampaknya Lin sudah tersilap tafsir. Lelaki itu masih lagi merasa kesakitan namun Lin masih tercari-cari apakah sebenarnya kelebihan lelaki tersebut?

Jika Lin gagal menewaskan lelaki tersebut, kemungkinan dia akan kembali ke penjara yang kawalannya lebih ketat. Lin tidak mahu menerima nasib sama seperti banduan lain. Kali ini, dia bertekad untuk menghapuskan Orange!

"Tapi, tapi, aku perlu suntik kau dengan benda alah ni. Baunya busuk semacam, tapi ini bukan tahi. Ini racun yang paling kuat di dunia ni. Erm, entahlah tapi yang penting aku kena selesaikan tugas aku kalau nak dapat elaun lebih." Orange masih tidak lagi berhenti bercakap. Orange mengeluarkan racun yang disimpan di dalam picagari kecil. Dia menunjukkan kepada Lin.

Sudah pasti Lin tidak mahu disuntik oleh racun tersebut!

***

"Berapa lama kau dah kena kurung dekat sini?" Tanya Botak kepada Helena. Wajah Helena sugul apabila ditanyakan soalan tersebut. Dia tidak ingat berapa lama dia sudah dikurung. Helena duduk sambil menutup mukanya. Dia cuba mengelak dari ditanya oleh Botak. "Tak apalah, kalau soalan tu terlalu sensitif buat kau." Kata Botak perlahan menutup bicaranya.

Botak tidak tahu dia berada di mana. Apa yang dia tahu keadaan sudah tidak sama seperti dahulu lagi. Badannya telah diubah sepenuhnya. Kedua-dua belah tangannya sudah menjadi besi. Dia boleh menganalisis data komputer. Dia tidak ingat apa-apa tentang memori silamnya meskipun dia termimpi-mimpi tentang kem tentera, seorang lelaki bernama Israk dan lain-lain memori yang dia sendiri pun tidak jelas. 

����

XIXWhere stories live. Discover now