Bab 5 : Dark Energy

107 6 1
                                    

"Access ke dunia lain? Mengarut kau ni." Ujar Dimitri kepada Dr.Raijin. Dr.Raijin merupakan seorang penyelidik XIX yang terlalu taksub dengan time travel , parallel universe, dan pelbagai lagi teori yang XIX sendiri pun tidak faham. 

Namun Dr.Raijin sendiri telah mengesahkan teorinya di hadapan XIX sendiri yang membuatkan XIX memberi dana untuk Dr.Raijin meneruskan kajiannya.

Dr.Raijin mengeluarkan batu berwarna biru yang sungguh cerah warnanya. Dimitri mengecilkan matanya sedikit kerana batu itu terlampau silau. "Apa benda ni?" Dimitri hairan dengan batu berwarna tersebut.

"Ini Stone of Uranus. Batu ni mungkin boleh buat kita pergi ke dunia lain. Kau tengok, cahaya batu ni memang lain macam! Aku dapat rasa satu tenaga yang betul-betul kuat." Dr.Raijin mengelap batu tersebut dengan bajunya.

Dimitri hanya gelak panjang melihat Dr.Raijin. Dr.Raijin sedikit pun tidak terasa hati dengan Dimitri. Dia tahu bahawa usahanya selama ini untuk mengkaji satu dunia baru adalah tidak sia-sia.

"Sudahlah. Aku nak tengok subjek aku yang ada dalam penjara tu. Kau teruskanlah dengan lawak kau tu." Dimitri terus berlalu pergi meninggalkan Dr.Raijin di hadapan makmalnya. Dr.Raijin membuka pintu makmalnya perlahan-lahan.

Lampu dibuka. Cahaya menyinari seluruh bilik tersebut. Dr.Raijin duduk di atas bangku sambil membelek-belek Stone of Uranus.

"Aku akan buktikan teori aku semuanya benar belaka!" Dr.Raijin mengetuk meja di hadapannya dengan kuat. Dia terasa dirinya hina sekali kerana masih gagal membuktikan teorinya sehingga kini.

Dr.Raijin bangun daripada kerusinya dan menuju ke arah almari yang berwarna merah. Dia membuka almari tersebut dan memakai topeng berwajah syaitan. Dia kemudian melihat cermin.

"Sudah tentu kau boleh kawal seluruh dunia jika kau dah ada kesemua batu tersebut." Dr.Raijin bercakap di depan cermin. Sesuatu yang lain dapat dirasakan dalam dirinya. Seolah-olah ada individu yang lain cuba mengawal minda Dr.Raijin. Dr.Raijin terkedu seketika. Kepalanya terasa pening sedikit.

Nampaknya aku perlu berehat. Mungkin aku terlalu penat. Dr.Raijin pun melabuhkan punggungnya ke atas kerusi besi yang ada di dalam makmalnya itu.

***
Orange membaca kesemua nota Dimitri. Dia cuba menyingkap semua misteri yang ada di dalam XIX sebelum dia berangkat pergi melaksanakan misinya. Buku-buku kajian oleh Dimitri semuanya habis bersepah. Orange mencampakkan semua buku kajian yang telah dibaca ke lantai.

"Ohh, projek Motion?" Orange membaca dengan teliti nota tentang projek Motion. Di dalamnya terisi kandungan tentang bagaimana untuk mencipta seorang manusia yang mempunyai kebolehan luar biasa berlari dengan pantas dan tidak mampu untuk dibunuh.

"You want my power, this is truly sick..." Ujar Orange setelah dia mengetahui sebenarnya darahnya merupakan bahan utama untuk mencipta projek Motion.

Pintu makmal dibuka, Angel terkejut melihat Orange yang sedang membaca nota Dimitri. Orange mencampakkan nota ke lantai dan dengan pantas mengeluarkan Desert Eagle nya dan menembak Angel di kepala.

"Easy peasy. Matilah kau." 

Tiba-tiba, Orange terjatuh. Kakinya terasa seperti ditarik oleh sesuatu. Dia melihat bayang-bayangnya menarik kakinya dengan kuat. Orange menembak bayang-bayangnya sehingga peluru Desert Eagle nya habis.

"KAU TAKKAN TERLEPAS!" Jerit bayang-bayang Orange dengan kuat. 

"Terlepas apa? Celaka, ini kuasa kau rupanya, Angel!" Orange meronta-ronta apabila kedua-dua belah kakinya dipegang dengan kuat oleh Angel yang telah menjadi bayang-bayang.

"Kau ni cuma anjing, Angel! Anjing, kau tahu tak!" Jerit Orange sambil menekan punat di dadanya. Angel terkejut melihat tindakan Orange itu.

Angel cuba menghalang Orange namun malangnya tidak sempat!

Tiba-tiba badan Orange meletup. Rupa-rupanya Orange telah memasang bahan letupan di badannya. Letupan yang kuat itu telah meletupkan seluruh bilik tersebut bersama Angel.

Darah-darah dan serpihan daging bersepai di lantai. Bayang-bayang tadi menjelma menjadi Angel semula. Angel melihat serpihan Orange. Dia hanya menggelengkan kepalanya. Angel terus beredar daripada bilik itu tanpa rasa sangsi. Dia perlu memberitahu kepada Dimitri tentang perkara ini.

Namun, tanpa disedari serpihan daging-daging Orange bercantum semula dengan perlahan-lahan... Satu demi satu cebisan dagingnya melekat pada tulangnya yang membentuk semula.. Tubuh Orange pulih seperti sediakala. Setelah badan Orange sembuh semula, dia terus mengekori Angel dari belakang. 

Kau diperalatkan oleh Dimitri sahaja, Angel, Kendl. Aku perlu mencari dalang siapa yang bertanggungjawab mencipta kau orang semua!

***

XIXWhere stories live. Discover now