Bab 8

2.9K 163 10
                                    

Tanpa segan silu, Taehyung memeluk bahu Jihyo di depan pelajar lain. Ini tanda kemenangan untuknya kerana berjaya menundukkan gadis itu.

Jihyo mulai tak selesa. Perlahan lahan tangan Taehyung diturunkan dari bahunya.

"Kenapa?" Tanya Taehyung tak puas hati.

"Org lain nampak.." kata Jihyo.

"So?"

"Saya tak selesa.." kata Jihyo lalu menyusun begnya.

"Tapi, bila dengan Jin kau ok je.." kata Taehyung menyindir. Taehyung memandangnya seakan akan menunggu jawapan daripada Jihyo.

Jihyo memandangnya. Sekarang mungkin dia tak mampu nak balas balik sbb Taehyung boleh berbuat lebih jahat daripada itu.

"Sorry." Kata Jihyo lalu keluar dari kelas. Sedih kerana dipandang rendah sebegitu.

Taehyung menghentakkan mejanya. Sial! Sumpahnya kepada Jihyo.

* * *

Jihyo termenung seorang diri di dalam biliknya. Hari ini, dia dihantar oleh Taehyung. Berasap telinganya mendengar sindiran lelaki itu tadi.

Tiba tiba telefonnya berdering.. menandakan ada teks dari aplikasi whatsapp.

Jihyo, aku nak kau datang ke
kelab malam Zeus sekarang.

Ha? Untuk apa?

Dengar jelah.. aku nak introduce
kau dengan kawan kawan aku..

V, omma saya takkan benarkan
saya keluar waktu malam malam
macam ni..

Hey, esok cuti, kan?

tapi saya anak perempuan.

Jangan cabar aku.. teruk aku belasah kau nanti.

Awak tak boleh ke cuba untuk memahami?

Tak. Kau milik aku. Untuk apa
untuk memahami?

Ok! Saya cuba datang.

Tak! Kau kena datang. Aku
bagi masa setengah jam untuk
kau datang sini.

Jihyo memandang jam di dinding biliknya. Omma mesti bising bila aku balik lambat nanti.

Jihyo keluar dari bilik itu. Perlahan lahan dia mengambil kunci keretanya. Setelah itu dia masuk ke dalam bilik semula. Dia segera menukar bajunya ke dress bewarna hitam. Setelah itu, dia menggunakan jaket kulit untuk menutupi lengannya.

Beg tangan diambil. Cukuplah dengan solekan nipis dan secalit lipstik.

Sempat dia berdoa agar ommanya masih tidur. Terjengket jengket kakinya keluar dari bilik itu.

* * *

Lagu lagu yang dipasang di dalam kelab itu membingitkan telinga. Dari tadi Jihyo mencari Taehyung. Dia mulai merungut dalam hati.

Tiba tiba tangan Jihyo ditarik. Oh, Kim taehyung rupanya.. Taehyung menarik tangan Jihyo sehinggalah ke sebuah meja bulat. Di sana ada ada beberapa rakan Taehyung yang Jihyo kenal.

Beautiful AngelWhere stories live. Discover now