"Jadi tu la cerita dia."kata jihyo."ooh...jadi kau ada lagi tak garfu tu..?"soal Yoona
"ada..aku tunggu dia ajak main anakku sazali boleh la aku cucuk mata dia.."
"hehe(dasyatnya kawan aku ni)"gelak Yoona.
Sebulan kemudian,sekolah mengadakan ujian akhir tahun..
Masa tu la ji hyo sangat rajin meluangkan masa dengan buku.masuk tandas buku..makan pun dengan buku sampaikan buku dia habis comot kena kuah mi kacang hitam..
"Aku tengok rajin je bawak buku.Time tak periksa tak rajin pulak kau nak bawak buku"kata Ji Ae.
"Biasa la..Masa merubah manusia,manusia berubah mengikut masa " kata jihyo menumpukan balik pembacaannya.
"Wow!! Cara cakap pun dah berubah.."kata Yoona.
Mulut ji hyo terkumat kamit sibuk menghafal tidak menghiraukan Yoona.
"~Jiii hyooo~"seseorang memanggil ji hyo.
"apa? Kau tak nampak aku tengah sibuk..."marah jihyo.
"Jangan risau. Aku datang dengan aman..Ni hah..aku nak bagi kau soalan ramalan yang akan masuk periksa nanti."kata dongjun menghulurkan kertas.
"gomawo"kata jihyo mengambilnya tanpa memandang dongjun.
"Aku pergi dulu..Good luck tau!"ucap dongjun meninggalkan jihyo.
"Bertuahnya kau dapat soalan ramalan.."kata ji ae cemburu.
"heh! Aku ni tak berapa percaya sangat soalan ramalan..lebih baik la aku baca buku.. "kata jihyo masih lagi memandang bukunya.Tiba tiba suho datang.
"rajinnya kau ulang kaji!!"perli suho.
"nah!"kata jihyo memberikan memberi soalan ramalan dongjun kepada suho.
"apa ni?"soal suho.
"soalan ramalan..dah..dah pergi kacau orang lain!"halau jihyo.
"haha..sayang jugak kau kat aku kan...hahaha aku harap kau lulus la ye..."kata suho gembira.
Panas telinga ji hyo mendengar sindiran suho.Ji hyo mengambil pensel box entah sesiapa dibaling kearah suho.Balingan dia tak mengena disebabkan suho melarikan diri daripada situ.
"Arghh..geramnya"dengus jihyo.
'Nasib baik budak yang sorang lagi tu sibuk mengulang kaji..tak ade la dia nak kacau aku'kata hati jihyo.
~Teringat kembali semalam~
"ji hyo...good luck! Aku harap aku dapat sekelas dengan kau tahun depan.."ucap minhyuk.
"apa apa la.."kata jihyo malas.Tiba tiba dia mendapat idea."kalau camtu kau kena la usaha lebih sikit.tumpukan pada buku..bukannya ganggu aku"
"Okay!! Sori ji hyo mulai esok aku tak boleh nak temankan kau sebab aku akan sibuk ulang kaji...."
"Takpe..😆"
"Aku tengok kau gembira je aku cakap camtu.."
"mesti la..bukan selalu aku ada peluang macam ni.."kata jihyo gembira.
"Oohh..cakap tu main lepas je kan..Tak ambik kisah pun pasal perasaan aku.."kata minhyuk berpura pura sedih.
"Memang pon..Sebab aku tahu kau tak akan ambil kisah apa yang aku cakap.."kata jihyo selamba.
"hm..ji hyo..ji hyo.."ucap minhyuk menggelengkan kepalanya sambil tersenyum.
~~~~
Peperiksaan bermula..Murid murid bergegas masuk ke kelas masing masing..Masih kelihatan sesetengah murid membelek buku tergesa gesa 5 minit sebelum masuk ke dewan peperiksaan.Akhirnya ujian dimulakan..ada murid yang memandang kiri kanan,depan belakang seolah olah nak melintas jalan..ada juga yang pengsan akibat hebatnya soalan diberikan.
Ji hyo pulak masih tenung soalan seperti hendak tembus..akhirnya muncul mentol menyala memberi idea untuk dia menulis sesuatu...
Setelah berkurun lamanya menjalani ujian akhirnya ujian tamat bagi semua murid...
Setelah ujian akhir tamat ramai pelajar yang tidak datang ke sekolah..Terutama ji hyo yang memang sejak awal tidak rajin ke sekolah..
Penat emaknya memujuk dan berleter supaya pergi ke sekolah tapi cakap dengan ji hyo ni ibarat menuang air ke daun keladi.Akhirnya minit berganti jam,jam berganti hari persekolahan pun tamat dan cuti sekolah pun bermula.
Sepanjang cuti masanya banyak dihabiskan dengan tidur
~~~~
Ji hyo duduk di dalam kelas membuat kerja."Oi! Tak payah nak rajin sangat la!"kata seseorang mencucuk ji hyo dengan pen di belakang.
Terdapat beberapa orang ketawa di belakangnya."Hari ni kau nampak lain..makin... cantik..?"
"Jom ulangkaji dengan aku..aku ada banyak tips untuk kau.
Ji hyo mengangkat mukanya daripada buku..Dia memerhatikan sekeliling..Ada Suho dan geng dia,minhyuk dan dongjun..
"Apa korang buat kat sini?Dah!!pergi kelas korang!Jangan kacau aku!!"marah ji hyo.
"Apa yang kau merepek ni ji hyo?Kitorang nak pergi kelas mana lagi?Ni la kelas kitorang"
"NOOOO!!!!"
Ji hyo terjaga daripada tidur.
"Ooh aku mimpi je....Ngerinya mimpi aku..Tu la tidur tak basuh kaki"kata jihyo membebel kepada dirinya sendiri."Dasi run run
Nan meomchul
Suga eobso
Tto run run run
Nnan ejjeol suga
ebseo"Telefon ji hyo berbunyi menandakan mesej masuk.
~Mesej~
Yoona-ji hyo..aku dapat sekelas dengan kau..>-<Ji ae-aku pun...kita bertiga dapat sekelas..bestnya..
Ji hyo-betul ni?Tak tipu?
Yoona-betul la..ni hah senarai nama kelas kau...
Senarai nama
1.Dongjun
2........
3. Kim Yoona
4. ......
5. Park Ji Ae
6.........
7.......
8.Song Ji hyo
9.........
10.Park Jimin
11.D.o Kyungsoo
12.......
13.Suho..
14.Kang Minhyuk
15.Lee Minhyuk
16........
17..........
18.Chanyeol
19.Baekhyun
20.......
21.......
22......
23....
↓
35.....Yoona:Sekarang percaya?
Setelah lima minit Ji hyo masih lagi tidak menjawab..
Yoona:Ji hyo???..
Telefon telah terlepas daripada tangan ji hyo..
"TIDAAAAAK"!!!!
"Kenapa menjerit ni?!"soal mak jihyo daripada bawah.
"Takde pape..Sorry omma.."nafi jihyo.
"Kenapa diorang boleh sekelas dengan aku.."kata ji hyo perlahan.Dia melihat sekali lagu senarai nama untuk kepastian.
'Betul!'kata hati jihyo.
"Arghh!! Malapetaka...malapetaka!!"kata jihyo menghantukkan kepala di dinding.
"ji hyo!!!"jerit ommanya.
"ahh..Sorry...!"kata jihyo lagi.
'Macam mana hari pertama sekolah aku nanti?'
YOU ARE READING
Bagaimana Aku jumpa Dia (Ghost)
FanfictionMyungsoo, sahabat yang sentiasa menemani Jihyo dibumbung sekolah. Dia baik, mengambil berat dan semua ciri yang baik ada padanya. Cuma satu kekurangan Myungsoo...badannya boleh ditembusi oleh mana mana objek. Selepas pertemuan dengan myungsoo Jihyo...