'Ep 6'

128 24 0
                                    


Kalau pasal baekhyun pulak......

"Oi..ingatkan aku ke?"

Ji hyo memandang tajam kearah Suho yang tersengih seperti tidak membuat salah.

"Sehari tak kacau hidup aku tak boleh? Macam mana kau boleh masuk ni?"marah jihyo.

"Ikut pintulah.Zaman sekarang mana ada orang masuk ikut tingkap.. Tu la ketinggalan zaman kau ni..macam kura kura.."ejek suho.Jihyo menggigit bibirnya geram.

"blahkan diri kau boleh tak?sebelum aku menyumpah yang bukan bukan dekat kau"kata jihyo menahan sabar.

"apa?!!nak naik sampan??!!hujung minggu ni aku bawak kau naik sampan...tengok itik..kura kura kawan kau kan?"kata suho sengaja menyakitkan hati jihyo.

'bila cikgu nak sampai ni?'kata hati jihyo sambil melihat jam ditangannya.

"jangan risau.aku tau kau takut masa berlalu cepat sangat nanti kita tak sempat borak kan?takpe nanti aku usaha biar dapat sekelas dengan kau"kata suho sengaja membuatkan hati jihyo semakin panas.

"Terima kasih daun keladi esok tak nak tengok muka kau lagi!!"marah jihyo yang berpantun.

"esok je?mesti rindu sebab tu tak boleh buat lama lama..haha.betul kan?"kata Suho sengaja mengagkat kedua dua keningnya mencabar jihyo.

"tak..kalau boleh selama lamanya"kata jihyo perlahan.

"aah..apa?aku tak dengar.."kata
Suho sengaja menaikkan suaranya."Kau nak jumpa aku buat selama lamanya...ahh..bahagianya.."kata Suho memegang dadanya.

"jihyo..sabar..sabar.."bisik jihyo perlahan.

"hahaha..tak sabar nak sekelas dengan kau tahun depan..aku boleh berborak panjang dengan kau..buli kau lama lama.."ucap
dongjun gembira.

Jihyo mengenggam tangannya mahu menumbuk Suho supaya terus budak tu tersenyap tetapi Suho sudah meninggalkan kelas sebaik guru sampai.
~~~~
Sewaktu kelas sukan,jihyo dan yoona seperti biasa akan melarikan diri dengan pergi ke bumbung sekolah.Jihyo dan Yoona bukanlah orang yang gemar menggerakkan badan.Jadi mereka akan ponteng kelas sukan serentak walaupun kelas mereka berbeza.

"Arghhh...geramnya aku!!tak cukup dia sorang ,geng dia lagi.!!.dengan kuali,mangkuk ayun..dan macam macam..$@/#/#/!!.kenapa la baekhyun satu kumpulan dengan dia?!!"luah jihyo yang masih marah dengan Suho.

"Gila punya marah kau ya.Kenapa la dia suka kacau kau?"soal Yoona ingin tahu.

"aku pun tak pasti"ucap jihyo cuba mengimbas kembali.

Imbas kembali..

Disebabkan kejadian myungsoo menghilang begitu sahaja.Ji hyo tidak menghabiskan masa di atas bumbung.Kebanyakan masanya banyak dihabiskan di perpustakaan.

"Mana buku yang best ni?"kata jihyo sambil mencari buku dengan khusyuk.Tiba tiba jihyo terjumpa buku yang best.

"Eh,ni citer horror night,best gila!"kata jihyo menarik buku daripada rak dengan teruja.

Tanpa disedari pada masa yang sama buku itu juga ditarik seseorang pada masa yang sama di arah bertentangan.

"Eh,apahal buku ni susah nak keluar takkan ...ada orang gam?"kata jihyo sendiri

Maka jihyo menarik dengan lebih kasar.Orang di sebelah sana juga tidak mahu mengalah main tarik menarik ..Akhirnya..

"PRAKKK..."bunyi buku terkoyak.

Ji hyo mendapat separuh daripada mukasurat manakala orang yang lagi satu dapat selebihnya.

Ji hyo menjadi kaku memandang buku yang sudah terkoyak di tangannya.Tiba tiba
seseorang mengambil buku di tangan ji hyo. Ditangannya ada setengah daripada buku yang terkoyak.

"Shhhhshh"kata orang itu mengisyaratkan jihyo untuk senyap.

Orang itu menyelitkan buku yang terkoyak dirak paling atas.Lalu menarik ji hyo keluar.

"Kau ni .."marah jihyo apabila ditarik tanpa rela keluar daripada perpustakaan .

"Panggil aku suho"kata suho memotong percakapan jihyo."Tak perlu berterima kasih.aku tahu aku ni bijak jadi tak perlu puji puji"kata suho bangga.

"bila masa aku tanya nama kau? Dah la masuk bakul angkat sendiri."sindir jihyo."Bukan aku bersalah kau yang bersalah dalam hal ini!"sambung jihyo.

"eh dialog citer P.Ramlee.. aku suka aku suka"kata suho teruja."Bukan bapak yang bersalah dalam hal ini!"sambung suho.

'Bapak?salah cakap agaknya.'kata hati jihyo.

"Bukan aku ini semua salah kau!!!"kata jihyo lagi.

"anakku sazali!"kata suho terlalu menhayati wataknya."mana garfu kau?"kata Suho lagi.

"garfu??"soal jihyo tidak memahami maksud Suho.

"Yela garfu!dalam citer tu kan dia cocok mata dia sendiri!"kata Suho bersemangat.

"apa kata kau buat sorang sorang biar aku tolong tengok!!"kata jihyo kegeraman.

"Mana boleh rosak la citer dia kalau bapak cocok mata sendiri ,nanti dia tukar citer jadi bapakku sazali!"ucap Suho dengan garfu yang diangkat beberapa kali.

Ji hyo yang tidak berapa faham menyusun langkah kembali ke pusat sumber kerana malas mahu melayan budak sewel yang entah dari kelas mana.

"Eh..nanti dulu!"panggi Suho.

"Apa?!"marah jihyo,langkahnya sudah terhenti.

"Kalau aku jadi kau aku tak masuk takut tertangkap"jawab Suho selamba seolah olah tidak bersalah.

"Tapi kau pun salah jugak"ucap jihyo tidak mahu mengalah.

"Aku takpe..aku special"kata Suho lagi.

"jadi kau memang sengaja nak koyakkan buku kesukaan aku.!"kata jihyo menjadi marah secara tiba tiba mengenangkan buku edisi terhad yang tidak dapat dibacanya.

"Rilek la..kau pun salah jugak..."kat suho masih lagi selamba.

'Tidak dapat dimaafkan..dendam ini akan aku ingat sampai bila bila demi buku yang tidak bersalah'kata hati jihyo sambil mengenggam tangannya sendiri.

---------------------------------------------------
A/n:citer ni dh mkin mrepek😅.ni bukn babak dlm citer anakku sazali..ni dh bercampur dgn citer mak mertuaku..😂

Mianhae..citer ni pelik sikit..😁

Bagaimana Aku jumpa Dia (Ghost)Where stories live. Discover now