'ep 14'

75 20 0
                                    

~2 minggu berlalu~

Pada hari ini, kelainan terasa pada badan jihyo.Badannya terasa panas pada pagi itu.Namun dia terpaksa pergi sekolah kerana ommanya percaya yang jihyo hanya berpura pura.Sebelum ini juga jihyo menggunakan taktik yang sama,jadi tidak hairan kalau omma jihyo tidak mempercayainya.Maka dengan hati yang lemah,jihyo terpaksa datang ke sekolah.

'Sampai hati omma tak percaya dekat anaknya sendiri..huhu..manalah mak kandung aku sebenarnya..'desis hati jihyo.

Sebaik sampai di kelas,langkah jihyo mula tidak seimbang mujur dia mencengkam tangannya kuat pada pintu untuk berpaut.Kemudiannya dia menampar dirinya berkali kali.

"Jihyo hwaiting!"katanya mengenggam jarinya sendiri.Beberapa pelajar memandangnya pelik tidak dihiraukan.Jihyo terus berdialog dengan dirinya sendiri.

"semua orang tahu yang orang pandai tak sakit!aku tak sakit!"kata jihyo memberi semangat kepada dirinya."achhum!!ak..achhum!!!haishh"jerit jihyo kegeraman.Dia mengambil tisu lalu mengelap hidungnya dengan kasar.

Sebaik sahaja jihyo sampai ditempat duduknya dia dapat melihat kedua dua rakannya masih belum sampai disekolah begitu juga dengan budak budak yang lain.Jihyo mengambil masanya untuk melelapkan mata 5minit menghilangkan rasa sakit kepalanya yang berdenyut denyut sejak tadi.

Niatnya hanya untuk melelapkan mata,namun secara tak sengaja dia telah tertidur agak lama.

"Bam.."bunyi meja diketuk suho membuatkan jihyo terjaga daripada lenanya.

"aah??"kata jihyo yang masih mamai memandang sekeliling kelas.

"sorang jer harini?"soal suho apabila melihatkan meja kiri dan kanan jihyo kosong.Jihyo turut memandang kedua dua belah meja,Yoona dan Ji Ae masih lagi tidak sampai.Baru dia teringat Yoona temankan neneknya yang datang melawat.Manakala Ji Ae mungkin ada urusan keluarga.Jadi pada hari itu jihyo keseorangan.

"hello?ada orang kat sana?"kata Suho melambai tangannya beberapa kali di depan jihyo yang tengah mengelamun terlalu lama.

Jihyo yang tersedar terus mengelipkan matanya beberapa kali disebabkan terkejut.Kejap dia menggeleng dan kejap dia mengangguk tidak dapat memberikan jawapan yang tepat dalam komposisi mindanya yang tak stabil.

"kau mabuk ker,muka kau nampak merah semacam?Kau tahu kan pelajar sekolah tak boleh minum benda bukan bukan sampai cukup umur"kata suho yang mula membebel.Jihyo terkedu kerana baru mendapat tahu suho ada kebolehan untuk membebel macam mak nenek.

'kalau aku tak macam ni..dah lama aku gelakkan kau puas -puas' kata hati jihyo.

Sempat lagi ketika suho membebel jihyo hampir terlelap,namun sempat dicovernya.Jihyo mula berfikir suho tiada kerja lain kerana kawan kawannya masih belum sampai.Jihyo mula menutup telinganya sendiri kerana bebelan suho kini seperti bunyi lalat.Akhirnya suho berhenti.Sempat jihyo mendengar kata kata terakhir suho sebelum suho memusingkan badannya ke depan.

"Sebagai ketua,aku nasihat untuk kebaikan kau.."bunyinya seperti kecewa dengan tindakan jihyo.

Kalau boleh mahu sahaja jihyo berdebat dengan suho tetapi hasratnya terpaksa dibatalkan kerana tekaknya terasa perit.Matanya terasa semakin berat tetapi dia gagahkan juga untuk terus terbuka sehingga kelas bermula.

~~~~~
Akhirnya kelas pertama tamat.Jihyo berjaya bertahan, namun badannya terasa semakin lemah.Matanya terasa berpinar pinar.Panggilan dongjun juga tidak lagi dia dengar daripada belakang.Dunia seperti berpusing pusing dalam fikirannya.

"PAPP!!"jihyo menampar pipi supaya dirinya kembali ke alam nyata.Pipi jihyo semakin merah akibat tamparannya yang agak ganas sebelum ini.

"achhumm!!"bersin jihyo kuat sehingga menggegarkan otaknya."ah pening.."kata jihyo perlahan memegang kepalanya.

"kau sakit ker?"soal baekhyun yang menarik kerusi duduk ditempat Yoona.

"tak..tak..aku sihat jer..tak cukup tidur je ni.."kata jihyo menggelengkan kepalanya berkali kali.

"Baekhyun..aku nak bercakap sikit dengan kau"panggil Suho setelah melihat Baekhyun bercakap dengan jihyo.Baekhyun bangun daripada tempatnya meninggalkan jihyo keseorangan lagi.

Jihyo membaringkan kepalanya diatas meja. Terasa berat kepalanya. Agaknya ini sumpahan untuknya sebab berpura pura sakit. Jihyo mengeluh.

Jihyo termenung sendiri. Kalaulah kawan kawan dia datang, tak adalah dia keseorangan. Tiba tiba wajah myungsoo terpamer di kotak fikirannya.

Jihyo menggeleng kepalanya berkali kali cuba menghilangkan bayangan Myungsoo.

Tatapi makin jelas wajah Myungsoo didepan matanya tersenyum.
Matanya berkaca apabila dia ternampak bayangan orang yang dirinduinya..myungsoo..

Semuanya menjadi gelap..

Bagaimana Aku jumpa Dia (Ghost)Where stories live. Discover now