"Padan muka kau Lev...haa...haa..Pandai pandailah kau cari aku.." Myungsoo tercungap-cungap lepas pecut selaju mungkin untuk mengelak dari ditangkap.
Badannya membongkok sedikit cuba untuk mengambil nafas. "Haa..haa" Dia melilau kawasan itu untuk memastikan dia tak diikuti.
Untung saja Lev lambat sedar.
Dia berada di kawasan perumahan yang berbukit bukit. Rumah dibina berdekatam antara satu sama lain menyebabkan jalan menjadi sempit.
Dia tak tahu dia dekat kawasan mana sekarang ni. Dia tak pernah melalui kawasan perumahan ni.
Ibarat macam kambing masuk bandar.
Matanya terus melilau persekitaran kawasan situ. Mungkin juga dia boleh ambil masanya berehat kedai-kedai situ sambil tunggu Lev jumpa dia.
'hide and seek' Permainan yang selalu dia main dengan Lev.
"Hmm ." Dia mengumam sendiri. Apa yang dia patut buat sekarang ni.
Sebenarnya dia memaksa pemandunya ikut jalan lain. Jalan yang bertentangan dengan rumahnya.
Satu saja sebabnya. Dia nampak jihyo melalui kawasan situ. Disebabkan itulah dia bersungguh sungguh mengatakan ada jalan shortcut kepada pemandunya untuk membuatkan dia melalui jalan sama.
Tapi jejak jihyo pon dah hilang.
"Aaaaahh" Myungsoo menepuk tangannya, mendapat idea.
Dia mengambil telefon dan mendail seseorang.
"Hello.....umm boleh minta tolong tak"
---------------------------------
Beberapa kemudian seseorang yang dikenalinya sampai dikawasan itu. Myungsoo melambai lambai tangannya. Orang tu terus perasan kehadiran myungsoo yang berada di tepi-tepi kawasan kedai. Mukanya tak menunjukkan dia gembira jumpa myungsoo disitu.
"Macam mana kau boleh ada dekat sini..." Tanya orang itu setelah dia mendekati myungsoo. Tangannya kedua-dua disilangkan, meminta penjelasan.
"Jom duduk dulu.."ujar myungsoo menukar topik. Mukanya ketika itu, pucat sedikit, menelan air liur kelat. Takut.
Tanpa banyak soalan dia mengikuti juga myungsoo dengan tangannya masih disilangkan. Setelah duduk, lagi sekali dia memandang myungsoo tajam.
"Explain..." Katanya.
"Umm.."Myungsoo bermain dengan kedua dua tangannya. Gugup.
"Aku ikut kau.."kata Myungsoo tanpa memandang mata jihyo yang merenung kearahnya.
"Apaa,..?!"Jihyo menekup mukanya. Cuba mengawal nada suara. "Kenapa.."Ucapnya seraya menghembuskan nafas.
Myungsoo mengangkat mukanya melihat muka Jihyo. Mencari sebab mengapa dia mengambil tindakan seperti ini.
Merenung lama kearah Jihyo. Dia berfikir sama ada dia perlu meluahkan atau simpan sahaja.
"aku cuma nak tahu.."
"Apa yang kau nak tahu dari aku...kau boleh je tanya.." ucap Jihyo serius. Tak sangka Myungsoo boleh ikut dia smpai kawasan perumahan itu semata mata nak bertanya.
"Aku nak tahu..kenapa kau selalu muncul dalam mimpi aku.."
Myungsoo memandang kehadapan. Menarik nafasnya. Mungkin dengan jujur begini dia dapat selesaikan masalah dia. Walaupun mungkin Jihyo akan menjauhi dia.
"Kita tak pernah kenal antara satu sama lain......Apatah lagi pernah jumpa...Tapi kenapa aku rasa macam kita ni pernah rapat."
"Kau....aku kita pernah ada kaitan ke sebelum ni" Myungsoo mendapatkan mata jihyo cuba mendapatkan jawapan.
Kata kata itu menusuk hati Jihyo. Mendengarkan Myungsoo menyentuh topik yang sudah lama dia cuba tak usik atau cuba ingat. Ianya membuat diri dia sakit hati apabila Myungsoo yang menyoal benda itu.
Adakah Myungsoo langsung tak ingat apa-apa? Fikirnya.
"Kalau kau nak terus merepek..baik aku balik" Kata Jihyo mengangkat punggungnya dari situ. Suaranya dia cuba keraskan supaya tidak kelihatan seperti kata kata itu memberi kesan kearah dia.
"Tunggu jihyo." Panggil Myungsoo memegang erat tangan Jihyo tidak mahu melepaskan.
"Lepaslah.." Marah Jihyo cuba merentap tangannya.
"Jihyo..."
"Dapat tak kau rasa tangan aku sekarang.." ucap Myungsoo tersenyum melihat Jihyo.
".....!"
"cuma kaca saja aku tak boleh tembusi..jadi dapat tak kau rasa sentuhan aku"
Mata Jihyo terus terbayang waktu saat akhir dia bersama Myungsoo.
Terduduk jihyo diatas tanah mendengarkan kata-kata Myungsoo.Semua yang ditahankannya terlepas. Suara yang keluar dari mulutnya hanyalah teriakan. Dia tak tahu macam mana nak hentikan suara itu.
Dia dah tak peduli orang yang lalu lalang melihatkan dia. Dia dah tak peduli."UWAAAAA......."
"JI..JIHYO..."ucap Myungsoo terkejut. Dia berlari mendapatkan jihyo. Tak sangka Jihyo akan menangis macam tu sekali.
"A..aku..dah lepaskan tangan kau..tengok.." ucap Myungsoo tunjukkan tangannya.
"PABOO! Kau..tahu tak...berapa lama aku tunggu..uwaaaa" Ucap Jihyo diselang seli dengan tangisannya
"Jangan nangis..jangan nangis..."Ucap Myungsoo cuba memujuk. Tapi itu bukanlah tindakan yang bijak. Malah makin kuat tangisan Jihyo.
Orang lalu lalang berbisik bisik salah faham mengingatkan Myungsoo yang menyakitkan Jihyo.
Kali ini Myungsoo duduk di tanah. Setaraf dengan Jihyo. Tangannya cuba mencapai bahu Jihyo tapi agak ragu-ragu. Dia tak tahu cara memujuk gadis yang menangis.
Tak sangka selama ini, Jihyo gadis yang dicarinya. Tanpa sedar tangannya mencapai bahu Jihyo. Dia menggosok perlahan -lahan.
"Kau tahu..selama ni aku ingat semua tu mimpi...tapi daripada reaksi kau.."
Myungsoo memandang lembut Jihyo."Selama aku sakit.. kau yang buatkan aku bertahan untuk terus dapat jumpa kau.."
"Walaupun aku tak tahu kau siapa..wujud ke kau...atau tu mimpi aku"
"aku takut...kalau aku je yang beria cari kau.."ucap Myungsoo perlahan.
" Mianhae Jihyo..aku tak tahu kau dah lama tunggu..Mianhae" ucap Myungsoo namun ayat akhirnya terdengar sedikit bergetar. Rupanya Myungsoo juga menangis secara diam.
Jihyo memandang Myungsoo seketika."Kenapa..kau nangis..Paboo.."
"Uwaaaa!!" Kedua duanya serentak menangis.
____________________________
A/n note😆
Yayy..akhirnya Jihyo dah dpt jmpa Myungsoo blik...😆😆Maaf kan author sbb lama dah mnyepikan diri..thnk you utk yg trus support n bca story ni wpon crita ni x sberapa..Maybe chapter dia abis dlm 50 mcm tu? Tp x psti mgkin blh trlbih😂 Thank you kpd smua reader yg cntik, hnsem mnawan...mwahh..😍😍
YOU ARE READING
Bagaimana Aku jumpa Dia (Ghost)
FanfictionMyungsoo, sahabat yang sentiasa menemani Jihyo dibumbung sekolah. Dia baik, mengambil berat dan semua ciri yang baik ada padanya. Cuma satu kekurangan Myungsoo...badannya boleh ditembusi oleh mana mana objek. Selepas pertemuan dengan myungsoo Jihyo...