Harini sekolah berjalan seperti biasa. Jihyo memasuki perkarangan sekolah. Dan seperti biasa jugakla kemalasan jihyo melanda.
"Ahhh...malasnya.."rungut jihyo. Getah di pergelangan tangannya diambil untuk mengikat rambutnya. Rambutnya dah makin panjang melebihi paras bahunya. Jihyo mengikat rambutnya toncang satu.
"Setel.." ucapnya. Barulah dia boleh rasa angin angin melalui belekang lehernya. Sejuk sikit.
Jihyo memasuki kelasnya. Kelihatan tak ramai yang datang waktu tu tapi bunyi bising mengalahkan 100 lalat.
Jihyo memandang kawasan tempat duduknya.
Kosong.
Dongjun tak sampai lagi.
Jihyo duduk dikerusinya sambil menanggalkan begnya sekali. Mugkin Dongjun datang lambat. Biarlah.
Lepas setengah jam menunggu, Dongjun masih lagi tak sampai. Kelas dah mula nak start.
Dia tak datang lagi ke? Fikir jihyo.
Kalau diikutkan, Dongjun memang selalu tak ada dalam kelas. Tapi biasanya sebab dia terlibat dengan aktiviti lain di sekolah.
"Kringg"
Loceng dah berbunyi menandakan kelas dah nak mula. Dalam beberapa minit, mrs. park akan masuk ke kelas untuk mengajar subjek history.
"Wei.. wei..kelas history tak start lagi kau dah tidur dah?" Soal Suho kepada Chanyeol disebelahnya sambil menyiku kawannya.
Takkanlah hebat sangat kuasa ngantuk kelas history ni?"Hmm..balas Chanyeol acuh tak acuh.." kata kata ketua dia dah masuk dalam mimpi dah.
"Yang kau nampak Chanyeol je tidur. Yang sebelah lagi tak nampak? Siap buat peta dunia dah atas meja." Kata D.o menunjukkan kearah Jimin yang berada disebelah Suho. Lena je tidur. Orang mengata pun tak sedar.
"aku nampak korea dekat dalam peta jimin ni..kau tak nampak..?"tambah d.o ditemani dengan ketawa dengan lawak diri sendiri.
Suho memalingkan kepalanya kearah Jimin. Betullah apa yang dikatakan D.o. Memang ada peta dunia dekat situ.
Suho pusing belakang pula, untuk melihat ahlinya lagi sorang, Baekhyun. Apa yang dia tengah buat. Muka menahan ketawa. Baekhyun menangkap pandangan Suho yang pelik dengannya dan menunjukkan jari telunjuk kearah Jimin.
Rupanya dia pun dengar dan nampak apa yang Jimin buat. Kalau Baekhyun pun tahu maksudnya yang belakang pun...
Suho menjeling cuba melihat barisan jihyo.
Betul.
Mereka juga dengar benda yang sama. Kelihatan Jihyo juga tertawa kecil terdengar perbualan dia dengan kawannya.
Geng aku cakap kuat sangat ke? Fikir Suho. Dia pula yang rasa malu sebagai wakil Jimin.
Cepat-cepat dia pusingkan kepala memandang depan. Tak semena-mena dia meluku kepala Jimin.
"Bangunlah. Lap meja kau ni.."kata Suho cuba mengawal suaranya supaya tidak kuat.
"....................."
Langsung tak ada jawapan.
"Kalau tak bangun, aku ketuk lagi kepala kau.." ugut Suho.
"..................."
Masih tak ada jawapan.
"Pengsan ker?" Kata D.o.
"Enemy has been slained" kedengaran suara menjerit kuat.
YOU ARE READING
Bagaimana Aku jumpa Dia (Ghost)
FanfictionMyungsoo, sahabat yang sentiasa menemani Jihyo dibumbung sekolah. Dia baik, mengambil berat dan semua ciri yang baik ada padanya. Cuma satu kekurangan Myungsoo...badannya boleh ditembusi oleh mana mana objek. Selepas pertemuan dengan myungsoo Jihyo...