"Ayahnda tak sangka kamu boleh buat macam tu kat sofia. Kenapa kamu tak suka dengan sofia? Sofia adik yang baik tak pernah iri hati dengan Jesicca. Kenapa!!"ayahnda mula marah.
Muka ayahnda menahan marah. Sepanjang aku hidup 9 tahun ini kali pertama aku tengok ayahnda serbegitu.
Mataku mula berkaca-kaca .
Perlahan air mataku turun.
"Jesicca tak........."
Belum sempat aku menghabiskan ayat ayahnda menyampuk.
"Apa!! Kamu nak cakap yang kamu tak salah. Habistu siapa yang buat sofia? Kamu nak tuduh James yang buat. Untuk pengatahuan kamu semua dalam istana sayang sofia. Cuma kamu je yang ada iri hati pada sofia. Daripada dulu lagi kamu tak puas hati pada sofia."
Ayahnda menunding jari pada aku.
Aku ke yang salah?
Selepas ayahnda memarahi dan meningkingku ayahnda terus keluar dari bilik sofia. Aku lihat ayahnda sungguh kecewa denganku.
Aku melihat bonda dan James menangis teresak esak di sebelah sofia.
Sofia terbaring lemah di katil dengan kepala yang berbalut.
Aku pergi ke arah bonda sambil menangis merayu rayu.
"Bonda, bonda percayakan jesicca kan? Jesicca tak buat semua tu." Aku merayu.
Bonda hanya menangis dan menyeru nama sofia sahaja tanpa mempedulikan aku di sini.
Aku beralih kepada james dan aku merayu juga.
"James percayakan jesicca kan? James tahukan jesicca takkan buat semua benda tu."kali aku merayu pada james abang kembar ku.
"Sorry jesicca, james tak boleh."James menolak tangan ku pada kakinya.
James terus berlari meninggalkan ku disini.
Semua ingin meninggalkan dan menunding jari pada ku tanpa mendengar alasan ku.
Sungguh sadis nasibku. Tiada siapa ingin membelaku tiada siapa ingin mempercayai kata kata ku lagi.
Semuanya sudah terlambat. Segala galanya sudah terlambat.

YOU ARE READING
KISAH HIDUPKU
FantasyDARAH YANG MENGALIR DIDIRIKU IALAH DARAH KERABAT DIRAJA ENCHENSIA.ENCHENSIA NEGERA YANG AMAN DAN MAKMUR.DITADBIR OLEH AYAHKU RAJA ROLANCE. INI KISAH HIDUPKU SEBAGAI SEORANG PUTERI DI KERABAT DIRAJA. BULAN,BINTANG, MATAHARI MENYAKSIKAN KEBENARAN YANG...