3

104 6 0
                                    

"Errmm shey pasal pagi tadi kamu dah fikir ke belum. "Soal puan kaly agak berhati hati.

Aku sedikit tersentak.

"Mak shey tak ready lagi,  lagipun esok shey ada pertandingan memanah. Sorry mak."ujar ku.

"Ok mak faham perasaan Shey. Tapi kamu tak teringin nak jumpa diorang ke? Dah sembilan tahun shey sembilan tahun. Sembilan tahun tu lama shey. kamu tak nak jumpa diorang ke? "Puan kaly agak mengeluh.

"Diorang tak cari shey pon? "Soal ku selamba.

"Apa shey cakap ni! Diorang tak cari shey? Setiap tahun diorang datang cari shey. Shey  je tak nak jumpa diorang."suara puan kaly agak meninggi.

"Sudahlah mak setiap kali cerita pasal ni kita selalu bergaduh. Shey taknak jumpa diorang mak. Hati shey ni tak boleh lagi nak bukak untuk diaorang lagi."terang ku lalu meninggalkan meja makan.

Aku terus keluar rumah untuk memberi masa pada diriku.

∞∞∞∞∞∞∞∞∞∞∞∞

Aku berjalan jalan sekitar hutan dengan hati yang sedikit berbunga. Aku suka alam sekitar. Aku cuba melupakan hal tadi buat sementara waktu.

Aku rasa bebas bila aku sorang dengan keadaan yang mendamaikan ni. Indahnya semua ini untuk dinikmati aku seorang yang sebatang kara hidup.

 Sedang aku layan keasyikan pemandangan yang mendamaikan , tiba tiba datang anak panah dari celah pokok pokok yang kena hampir tepat di mata hijau

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

 Sedang aku layan keasyikan pemandangan yang mendamaikan , tiba tiba datang anak panah dari celah pokok pokok yang kena hampir tepat di mata hijau. Dengan pantas aku menangkap anak panah itu yang hampir 2mm dari mata aku.

Aderline di dalam badan aku mengalir laju. kejadian tadi benar benar buat aku terperanjat sehingga aku terduduk. 


Tiba tiba muncul seorang lelaki dari celah celah pokok , menghampiri aku. Makin lama dia makin menghampiri aku setapak demi setapak. Aku hanya mampu menundukkan diri.

Diam, tidak berkutik. Tiba tiba aku rasa begitu lemah.

Dia terus menduduk dirinya hingga separas ku jatuh terduduk.

"Cik, Cik tak apa apa ke "Dia menghulurkan tangan kepada ku.

Aku terus mendongak kepala ku.

Mata kami bertembung. Bagaikan renjatan elektrik apabila melihat mata hazelnutnya yang redup.

Kicauan burung menjadi penambah perisa sebagai lagu cinta yang sudah bergema di dalam hati dia ataupun aku. 

Eh apa kau merepek ni shey. Aku terus tersedar dari mimpi yang entahlah susah nak di gambarkan . 

Dan setelah itu baru aku perasaan dia ni anak raja di kerajaan ini

Anak Raja !!!!!

Dengan pantas aku bangun dan terus tunduk kepada dia .

"Ampunkan patik tuanku ." aku masih tunduk tidak berani memanjang wajahnya.

Manakan tidak siapa yang tidak kenal putera raja dari Negara Hilmonlaya ini, satu satunya perwaris takhta kerajaan ini, Putera Raja Rylan Ivans Enderson.

Dan aku harap dia tak cam aku. 

Ya! Dulu kami satu sekolah dan salah satu kawan James.

........................................................................

Suasana malam yang aman dan sejuk  membuat kan aku ingin sahaja melelapkan mata lebih awal tapi apabila memikirkan mak keseorangan membuat doh roti tak sampai hati aku. Aku harap peristiwa tadi dapat dilenyapkan dari fikiran aku .

Aku harap  Rylan tak kenal aku sebagai Jesicca.

"Shey ! berangan pulak kamu ni heh. Dari tadi mak panggil tak dengar. Ni mesti kamu berangan nak kahwin kan ?" Puan Kaly menegur shey. Sebenarnya tegur sambil menyakat.

"Ishh mak ni ke situ pulak. Merepek je tau."Kahwin !!! Aku masih muda lagi okey!

"Yang pasal pagi tadi mak nak minta maaf. Mak lupa tentang perasaan Shey. Maafkan mak shey?"Puan Kaly betul betul rasa bersalah tentang isu sensitif itu. Sepatutnya dia tidak perlu masuk campur tentang masa lampau Shey, tapi apakan daya dia tidak mempunyai kuasa . Dia harus ikuti perintah raja .

" Mak shey nak tidur awal sikit bileh sebab esok shey nk mualakan perjalanan untuk pertandingan memanah. Takpe kan mak . " Aku meminta izin tidur awal .

Aku cuba untuk tukar topik. Malas aku nak fikir masalah ini. Aku tahu mak tak bersalah dia hanya mengikut perintah. Yang salah tu Sofea dengan Miranda!


"Pergilah tidur , semoga mimpi yang indah." Puan Kaly memberi keizinan.

  Esok aku akan memulakan perjalanan yang jauh dan memenatkan.  

Enchensia kau tunggu aku datang !!!!


KISAH HIDUPKUTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang