2

94 7 0
                                    

"Sebenarnya tadi kerabat diraja Enchensia datang. "Ujar puan kaly dengan nada yang sayu.

Keterujaanku terus mati.

"Apa yang diorang nak! "Soal ku dingin.

"Esok hari terakhir diorang nak jenguk kamu."

"Cari alasan, shey tak nak jumpa diorang!"ujar ku  dengan dingin sekali.

"Sampai bila kamu nak jadi macam ni shey."mak cuba mengusap belakang ku.

"Mak tak paham perasaan shey? Shey benci diorang sampai shey mati mak."aku meninggikan suara.

Mataku mula berkaca kaca.

"Mak faham perasaan shey tapi sampai bila kamu nak benci diorang. Sampai bila shey."ujar Puan kaly dengan nada yang sayu.

"Mak bagi shey masa untuk fikir semua ni, mak. Bolehkan mak?."

Puan kaly hanya mengangguk. Dengan segera aku memasuki bilik ku di tingkat atas.

Di dalam bilik aku menghembur segala tangisan.

"Aku benci diorang, aku benci diorang."ujar ku sambil menangis.

*FLASHBACK*

"AYAHNDA dah buat keputusan. "Tiba tiba Raja Rolance bercakap semasa makan tengah malam.

Semua menoleh ke arah ayahnda. Aku hanya menikus sahaja di situ.

Encik Fraky masih setia berdiri sebelah ayahnda.

Muka ayahnda kelihatan tegang.

"Ayahnda akan hantar jesicca ke kampung di Hilmonlaya untuk Jesicca belajar di sana."soal ayahnda.

Aku terperanjat. Keluarga ku yang lain turut terperanjat.

"Sampai hati ayahnda kan buat jesicca macam ni! " soal aku sambil menangis. Terbantut selera ku untuk bersantap.

"Keputusan ayahnda dah muktamad. Tiada siapa boleh bantah." Ayahnda terus bangun.

Aku berlari ke ayahnda. Aku memeluk kaki ayahnda.

"Ayahnda tolonglah, jesicca janji takkan buat perangai ayahnda. Tolonglah ayahnda kesianlah kat jesicca.!"aku menangis di kaki ayahnda.

Ayahnda kelihatan tersentak. Aku perasaan melihat muka ayahnda berubah menjadi sayu. Aku tahu ayahnda ni sebenarnya ayahnda yang baik .Ayahnda duduk menghadap muka sambil mengelap air mata yang mengalir di pipiku.

"Ayahnda terpaksa buat semua ni demi kebaikan kamu jesicca. Maafkan ayahnda ya jesicca."sayu sahaja suara ayahnda.

Selepas ituayahnda terus keluar dari dewan makan.

Aku masih tidak berhenti menangis disitu.

*END FLASHBACK*

"AARRGGGGHHH!!!!"aku menjerit apabila mengingati kisah ku sepuluh tahun yang lalu. Waktu tu  aku hanya budak 9 tahun yang tidak tahu apa apa. Mereka tak nak dengan rayuan dan penjelasanku.

Aku menangis mengingati peristiwa itu.

Ya !  Akulah Puteri kandung yang dihalau dari istana itu.

Apa dosaku waktu itu, sampai aku dihalau keluar dari istana??"

💍💍💍💍💍

Aku bangun dari tidur kelihatan suasana sudah petang. Lamanya aku tidur.

Hrrmm aku mengeluh . Badanku sedikit letih macam nak demam pun ada.  Mungkin sebab banyak menangis.

Aku turun ke bawah aku lihat mak tiada di bawah. Aku mencari cari mak.

"Mak oh mak! "Aku melaung mak. Tiba tiba puan kaly muncul dari dapur.

"Ye! Shey mak tengah bakar roti , kamu nak apa cari mak."ujar puan kaly dengan muka ada sedikit calitan tepung.

"Mak shey nak mintak maaf pasal hal tadi. Shey harap mak maafkan shey."aku menghampiri mak.

"Mak dah maafkan shey. Mak pun nak minta maaf dekat shey sebab tak faham shey."mak memeluk aku.

Aku membalas pelukan mak. Kami berdua nangis.

"Dah!tak mau menangis jom tolong mak kat dapur."Ujar puan kaly sambil mencalit tepung ke hidung shey.

"Makkk!"aku menjerit.

Akhirnya berlaku perang tepung antara anak dan mak.

Semoga sangat yang indah ini menjadi kenangan buat aku dan mak.

💍💍💍💍💍

Author harap korang enjoy bab ni.  Sorry atas kekurangan .

#vote
#comment

KISAH HIDUPKUTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang