6

137 6 5
                                    

Prince James Harvey.

"Shey mari turun makan, harini mak ada masak makanan kegemaran Shey."Laung Puan Kaly

"Ishh anak dara ni asyik terperuk dalam bilik je."Puan Kaly mengomel sambil menyenduk makanan di pinggan.

"Ye mak Shey dah turun , dah tak payah kutuk Shey lagi."Ishh mak ni pantang orang salah sikit ada je nak mengutuk orang.

Aku terus peluk pinggang mak dari belakang, mak kelihatan tersentak dan memberhentikan pergerakannya.

Tika ni  aku rasa sangat ni amat berharga. Masa aku dan mak. Dari umur aku 9 tahun mak dah jaga aku, bagi aku makan, membesarkan aku dengan kasih sayang walaupon aku kena harungi perkara yang diharungi oleh' seorang putera sahaja 'aku  tapi mak tetap memberi sokongan aku dari belakang. Aku dah anggap mak macam mak kandung aku. Walaupon aku tak sempat untuk melihat muka bonda dan rasa kasih sayang dari seorang ibu kandung tapi aku bersyukur dapat berjumpa mak.

Disebabkan perkara lampau  yang menyakitkan itu lah aku ditemukan dengan mak.

"Shey , Shey ok tak ni ?"Suara mak menyedarkan semula aku dari mimpi.

Mak memusingkan badan dan menghadap ke muka aku sambil membelai tangan nya ke rambut aku. Kasih sayang ! Ya itu yang aku dahagakan ketika ini.

"Mak , Shey ada perkara penting nak bincang dengan mak." Aku memgang tangan mak yang membelai rambut ku.

"Kita duduk dulu ya. Shey nak cakap apa dengan mak? Macam ada perkara serius je"

Aku menghembuskan nafas. Rasa terlalu berat.

"Mak , Shey dah buat keputusan untuk terima cadangan mak untuk jumpa diorang dan ikut diorang balik."

Aku rasa mak faham diorang tu sape.

Aku lihat mak tersentak

...............................................................................................

"Tuanku hari ni , tuanku ada perasmian rumah anak anak yatim di daerah Filoka." Encik Fraky menerangkan segala urusan yang harus dijalankan oleh Raja Rolance.

Raja Rolance hanya menghembuskan nafas yang berat sambil mengurut pelipisnya.

"Tuanku tak apa apa?"soal Encik Fraky prihatin.

"Beta tak apa apa cuma beta nak tahu perkembangan tentang Putera James dan Puteri Jesicca."Soal Raja Rolance.

Entah macam mana lah perkembangan anak kembar waris kerabat diraja Enchensia.

Encik Fraky menerangkan satu persatu untuk  menjawab soalan  Raja Rolance.

"Perkembangan tentang Putera James, Putera baik baik sahaja di kem tentera kerabat diraja di Elf Empire. Minggu depan Putera sudah dibenarkan pulang kerana dah selesai menjalankan latihan yang lengkap dan sempurna. Puteri Jesicca pula ..."Encik Fraky menggantungkan perbicaraannya.

Raja Rolance mengangkat kepalanya,"Kenapa Puteri Jesicca tak nak balik lagi ke ? Sembilan tahun tak cukup lagi ke untuk bawa rajuk dia "

Encik Fraky hanya diam diri .

Dia tahu Raja Rolance pening kepala memikirkan satu satunya puteri kandungnya itu.Dalam hal ini dia rasa kedua anak beranak ni mempunyai silap masing masing. 

Sebenarnya Puteri Jesicca lebih banyak mengikut perangai Raja Rolance berbanding Putera James yang lebih terbuka seperti arwah bondanya.

"Tuanku kali ni ada berita gembira , Puteri Jessica setuju untuk pulang semula ke Enchensia. Kami baru dapat maklumat dari Kaly di Hilmonlaya."Encik Fraky menyampai berita yang baru diterimanya tadi pagi.

Maklumat yang diterima tadi betul betul memeranjatkan Raja Rolance.

Dia terus bangun dari tempat duduknya.

"Kamu pasti Fraky yang Jesicca betul nak balik Enchensia?" soal Raja Rolance yang ingin kepastian.

"Ya , tuanku patik pasti dengan maklumat yang diterima, tidak lama kami akan menghantar beberapa orang wakil kita untuk menjemput Puteri Jesicca dan Putera James."Terang Encik Fraky.

"Ini satu berita yang menggembirakan beta. Kita akan adakan majlis yang besar besaran untuk menyambut kepulangan putera puteri beta dengan meriah sekali." Raja Rolance kali ni memang tidak sabar untuk berjumpa dengan  kedua anak kandungnya setelah sekian lama.

~Tukk ~Tukk 

Pintu pejabat Raja Rolance diketuk dari luar.

Kelihatan kepala Puteri Sofia terjegul di sebalik pintu.

"Ayahnda boleh Sofia masuk ?"Puteri Sofia meminta izin .

"Silakan Sofia, marilah ayahnda ada berita gembira untuk Sofia."ujar Raja Rolance.

"Tuanku nampaknya patik tiada apa apa lagi urusan yang hendak disampaikan kepada tuanku. Izikan patik keluar dahulu." Encik Fraky menundukan badanya sedikit sebagai tanda hormat dan ingin beredar untuk memberi peluang kepada Puteri Sofia meluangkan masa dengan ayahndanya.

"Beta izinkan."Encik Fraky terus keluar dan menutup pintu.

"Ayahnda ada berita gembira apa yang nak bagitahu kat sofia?"soal Sofia seperti biasa yang tidak sabar dengan berita gembira yang hendak disampaikan oleh ayahndannya

"Tak lama lagi James dan Jesicca akan balik ke Enchensia , ayahnda akan adakan majlis yang besar besaran untuk menyambut kepulangan mereka?" teruja Raja Rolance belum habis lagi.

Sofia mempamerkan riak terujanya sambil melompat lompat seperti kanak kanak riang.

"Yeayyyyyy, betul ke ayahnda James dan Jesicca nak balik ke Enchensia semula?"

"Ya, ayahnda juga tak sangka yang akhirnya Jesicca nak pulang semula ke Enchensia."

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: May 18, 2018 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

KISAH HIDUPKUTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang