01

6K 588 58
                                    

M I N S E O

Aku rasa tahun ni,mesti tahun yang memenatkan bagi aku. Sebab, subjek makin susah, kawan baru pun ramai. Ni maknanya, persaingan makin sengit, kena berusaha gigih, sampai termuntah balik apa yang aku belajar tu mungkin.

Dan,aku rasa dugaan makin berat. Maksud aku, aku rasa aku dah jatuh hati dengan sorang mamat ni, nama dia Jengguk,tak silap aku. Mungkin. Aku ni jenis susah nak ingat nama dan muka orang, nak buat macam mana?

"Han, apa nama budak hidung menarik tu?"

"Yang mana?" Hana jawab acuh tak acuh sambil menggaru-garu hidungnya. Aku memandangnya dengan muka pasrah. Apalah nasib aku dapat kawan baik macam ni? Kadang rasa seperti berkawan dengan kanak-kanak istimewa pun ada.

Aku hanya mampu mengeluh dan menggeleng. Whatever. Susah kawan dengan orang yang tak ambil peduli ni. aish.

Tapi,aku pasti nama dia mula dengan huruf 'J', dan berakhir dengan 'k'. aku menongkat dagu dengan tangan yang menutup separuh mulut aku. Acah hipster jap. Muka 'hidung menarik' dicari-cari. Ohokay, dah jumpa, nametagnya ditenung.

Tenung. Tenung dan zoom!

"Susah betul jadi rabun ni," mata aku yang tak berapa besar semakin mengecil, nasib baik membuahkan hasil !

Jeon Jungkook.

Alright,aku tampal nama dia dekat papan info di dalam pejabat imaginasi otak aku. Tanpa aku sedar,aku sedang tersenyum seorang diri sambil menghala ke arah Jungkook dengan kawan-kawannya. Nasib baik aku sempat sedarkan diri sebelum ada orang nampak.

Jungkook, dia ni aku tak tahu banyak sangat. Tapi,aku jarang dengar suara dia. Bukan dia bisu atau apa-- Tapi suara dia, perlahan mengalahkan Naeun, kawan aku yang ayu sorang ni. Benda yang paling aku suka pasal dia, cara dia gelak. Innocent dan comel sangat. Sampai kadang aku rasa seperti musim bunga walaupun bukan.

"Minseo!" aku menoleh ke arah suara Hailee, yang sedang tidur tadi. Aku hampir tersedak bila terlihat air liur basi yang memetakan wilayah di dagunya. Tak pepasal, aku mula gelak tak ingat dunia.

"Oi, diam lah!" Taehyung,kawan si Jungkook tiba-tiba menjerit. Eleh,dia bising boleh pulak. Aku menjelingnya lalu mencebik.

"Comel ah?" Okay, I am so done. Mayat hidup ni nak ajak aku gaduh ke?

"Diam ah kau! Mayat!" jerit aku kepada si mayat hidup a.k.a Taehyung.

"Diam ah!" Taehyung cuba meniru suara aku,namun pastinya gagal. Muka aku mula panas, jadi aku pun menoleh tempat lain. Gila punya orang tak habis-habis kacau aku. Ugh.

Aku sempat melihat wajah Jungkook. Dia sedang tunduk, tersengih sambil menggeleng-geleng.

Aigoo. Comelnya!

______________________

"Samseng betul perempuan tu-- aku baru nak cuba mengorat dia, " bisik Jhope pada Jungkook membuatkan Jungkook tersengih. Jhope hanya memandang pelik, memikirkan apa yang sudah terjadi pada kawannya seorang itu.

"Tapi,dia comel?" balas Jungkook dengan pipi merona kemerahan. Jhope disebelah hanya mampu berkerut dan ternganga dengan lebih luas setelah mendengar ayat aneh yang baru keluar dari mulut kawannya itu.

"Ok,joke. Relax. Yes,dia agak menakutkan. Hahaha," Jungkook menoleh ke arah Minseo yang sedang ketawa tak ingat dunia bersama kawan-kawanya.

"WAHAHAHAHA" Minseo menepuk-nepuk meja sambil kerusinya terjongkang-jungkit ke depan dan ke belakang. Jungkook membulatkan matanya.

Belum sempat mereka berkata apa-apa untuk menyelamatkan Minseo, kerusinya sudah terbalik jatuh ke belakang dan mejanya terbalik.

Minseo yang sudah malu seorang diri memandang kiri kanan lalu berlakon terjatuh. Semua orang terdiam dengan lakonan Minseo yang mirip rap mom di dalam Hello Counsellor (2015.05.25). Mereka sambung melakukan aktiviti masing-masing. Manakala Taehyung ketawa berdekah-dekah sebelum keluar dari kelas.

"YAHHH PARK MINSEO!! Jangan mati!?" Hailee berlari ke arah Minseo. Ya, Hailee percaya akan Minseo. Hailee percayakan rakannya. Hailee ialah rakan yang baik. Jadilah seperti Hailee.

Edited on 11/12/16
Re-edited on 04/05/19

_________________________________

annyeong~ Hmm,rasa pelik bila buat Jungkook jadi pendiam x'D

tapi lets just go on with the flow~~

do vote and comment if you like it! kedua-duanya amat dihargai !

shyTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang