J U N G K O O K
From : Minseo Grr :3
Then,you should be dead by now,moron. Kbye.
Jungkook terdiam. Dead? Moron apakah? Tak,sebenarnya aku agak tak faham maksud dia.
Tiba-tiba mentol menyala entah daripada mana. Ya! Tanya pada Namjoon hyung! Dia kan pandai bahasa Inggeris.
"Hyung!!"
"Ha,apa kau nak,anak ku~"
"Begini bapak,sudah kah bapak menemui mamak?"
"Kenapa pulak aku nak kena cari mamak?"
"Ya,maksud aku macam ni hyung. Bila hyung nak ada awek? Kui kui kui"
"Cakap je lah bila nak ada awek,yang dok ubah jadi mamak dah kenapa??"
"iya lah,kan hyung panggil Kookie anak tadi,so Kookie panggil hyung bapak. So,automatically awek hyung jadi mak Kookie, so nama dia jadi mamak lah sebab hyung bapak!!" bila difikirkan balik entah apa aku melalut.
"Kau nak apa sebenarnya sekarang- cakap cepat sebelum aku letak-"
"HUHUHHU NO! Jangan! Begini,nak tanya lah hmm.. moron tu apa?"
"Moron? Siapa cakap kat kau macam tu?"
"Hmm,alah ada lah- Kenapa? apa maksud dia,hyung??"
"Hmm,maksud dia I love you dalam bahasa Russia!"
"Wah?? Jinjja???" aku mula berbunga tak pasal-pasal walaupun secara logiknya,macam pelik. Iyalah Minseo bukan tahu aku siapa lagi? Hmm... aneh-aneh.
"Tak,aku tipu kau. Moron tu,macam bongok lah! Hahahah" Namjoon si pemusnah barang yang tagoona- Tak cukup barang kau nak musnahkan,dengan harapan aku sekali kau nak musnahkan!!!
"Yah!!! I hate you!!" jerit aku sebelum menamatkan panggilan lalu bergolek ke atas katil.
Seriously,dia cakap aku bongok? :(
M I N S E O
Sebenarnya,aku menunggu jugak si entah siapa yang hantar mesej tadi tu balas balik. Tapi,macam tak ada progress je. Maybe dia betoi sentap. Ha,siapa suruh main pickup-line dengan aku? :>
Ting!
Telefon ku terus berdeting ahh- eh- Telefon aku berdering,menandakan ada mesej masuk. Jari-jemari aku yang cantik bak jari jemari ahli EXO si Baekhyun sudah bersedia untuk melancarkan misil untuk membalas mesej,kot kot si aneh-aneh tadi yang mesej lagi.
From: Sunyeong Hi
Oh! Sunyeong? Mesej aku? Kenapa ek?
From: Sunyeong Hi
Min,aku nak jumpa kau. Penting ni. Jumpa kat taman area sekolah kita.Dah kenapa nak jumpa aku??? Penting? Dia ada masalah ke? Tapi bila fikir balik,kami tak lah rapat mana. Ok but,whatever. Sebagai kawan yang baik,aku kena tolong.
Sampai sahaja di taman ni,aku nampak satu susuk tubuh. Siapa lagi kalau bukan Sunyeong.
"Oi!" tegur ku sambil menerjahnya.
"Minseo! Bagus lah kau ada kat sini," dan tiba-tiba dia peluk aku. Like,lol apa semua ni.
"Er,hohoho. Kenapa ni?" aku bertanya setelah dia meleraikan pelukan kami a.k.a pelukan dia.
"Kau.. rapat ke dengan Jungkook?"
"Em, tak adalah. Dia kan classmate aku. So,just rapat as a classmate..(?) Waeyo?"
"Erm... Kau jangan rapat sangat dengan dia tu... Dia-"
"Dengan siapa?" aku dan Sunyeong tersentak apabila satu suara yang agak garau menyelit.
"Hos-Jhope!" aku punya terkezut sampai nak panggil dia dengan nama betul dia. Nasib baik kau Jah!
"Korang bual kan apa ni?" dia tersenyum sinis.
"Er,tak ada apa!" Sunyeong menggenggam erat tangan aku. "a-aku balik dulu. annyeong." kata Sunyeong perlahan lalu berjalan meninggalkan aku.
Jhope disebelah pula menjungkit keningnya. aku hanya menggeleng dan meninggalkan dia. aku bukan suka sangat berdua dengan lelaki yang aku tak kenal ni. Hmph.
Ting!
aku membawa keluar telefon aku dari kocek seluar dan terpapar nama Sunyeong.
From: Sunyeong Hi
Jungkook bukan macam yang kau sangka kan. Dia psycho.
apa maksud dia ni?
X x X x X x X x X x X x X
"Hwiparam param param!!" aku menjeling Taehyung yang sedang seronok menyanyi lagu baru Blackpink; rookie group from YG. Ya aku pun sebenarnya suka lagu tu,tapi boleh tak dia serius sikit?
"Diamlah,Tae." dia memuncung kan mulutnya. apa ingat cumels ke? Tolonglah.
"Em...So, Yeonjoo ni... Kau rasa okay tak?"
"Maksud kau?" aku mengangkat kepala memandangnnya.
"aku risau dengan dia... aku.. aish tak de ape lah!" dia meramas kasar rambutnya.
"Relaks. aku kan ada dengan kau. aku akan tolong kau tolong dia!" Hm ayat aku dah serupa rojak canai.
"Ni yang sayang kau ni!" dia tersengih memandang aku menampakkan barisan giginya yang putih tapi tiba-tiba ada cili kering di celahnya.
"HUAHAUAHAHAHAHAHA" Taehyung berkerut memandang aku.
"Ke-kenapa?"
"GIGI TU!!" aku sambung gelak besar tanpa mempedulikan orang lain sambil Taehyung mengeluarkan telefonnya untuk melihat giginya. Tak lama kemudian dia pun ketawa sama. Mari kita ayuh gelak beramai-ramai.
Sedang kami gelak tak ingat dunia,pintu cafe ni berdecing,menandakan ada pelanggan masuk. Disebabkan kami duduk di meja yang paling hampir dengan pintu,aku terpandang pelanggan yang baru masuk itu. alangkah terkejutnya aku bila nampak mereka...
berdua...
Jungkook dan...
Sunyeong.
X x X x X x X x X x X
hangpa!! Pergi/dengar live stream #iKONCERinMalaysia dak tadi?? ;-;
OHGJKDJGHKFJHKF ok tu je I mampu huhuhu GIDaRYEOOOO
/mereput tunggu B.I balik rumah sini
KAMU SEDANG MEMBACA
shy
FanfictionPerempuan malu,itu biasa. Kalau lelaki? ❝Eh,aku panggil kau shy shy boy lah? Hahaha❞-Minseo •editing