03

4.2K 535 53
                                    

"Omma,Minseo keluar sekejap ya?" Jerit aku sambil mengikat rambut gaya ponytail tak berapa nak kemas. Relax, tak ada orang nak tengok.

"Okay,Careful. Balik sebelum 9 ok?" Laung omma dari ruang tamu. Tersengih kegembiraan aku dibuatnya.

Aku terus mengangguk tanda faham lalu keluar daripada rumah. T-shirt kuning,seluar slack dan kasut sarung menjadi pelengkap gaya. Bukannya nak pergi shopping mall,ambil angin je. Buat apa nak pakai beriya?

Sampai sahaja di tanah lapang berhampiran dengan sungai,tempat lepak kegemaran aku, aku terus berbaring. Memandang langit sambil tersenyum. Indah betul ciptaan Tuhan.

Aku menyeluk poket dan membawa keluar telefon buruk aku; Samsung J1 Ace. Telefon ini aku beli dengan duit gaji hasil titik peluh aku bekerja di kedai nenek tahun lepas.

Minseomeetsmoney
@ meowseo
"Kita tak akan nampak bintang,tanpa kegelapan"

Aku menekan butang post dan tersengih bangga kerana kata-kata aku yang berbunyi seperti penyajak. Padahal ia dari petikan novel kegemaran aku. Ceh. Penipu betul kau,Minseo. aku menggeleng seorang diri.

"There's nothing like us, nothing like you and me together through the storms~"  

Ha! Sudah ! Bunian mana punya suara?? aku terus bangun dan toleh ke arah suara tu. Dalam gelap macam ni,memang aku tak berapa nampak,tapi hidung tu- macam kenal. Tiba-tiba mamat tu berhenti. 

Oh, tidak. Jungkook! Apa aku nak buat ni ? Jantung aku mula berdegub kencang.

"Jungkook?" aku menyapa dengan ragu-ragu.

"Er,hello,Min..Minseo?" eh gagap pulak dia. Lupa nama aku ke macam mana?

"Ye,ye aku lah tu. Buat apa kau malam-malam kat sini?" aku tengok dia atas bawah,atas bawah. Baju dia,ok ni menarik. Baju dia warna pink. Berseluar pendek paras lutut. Kasut nike,wow. Style betul walaupun simple. Nak banding aku ni selekeh nya ya tuhan.

"aku saja amek angin malam,kau pulak?" Dia menggaru belakang lehernya dengan senyuman senget sebelah. aku tersenyum kecil.

"sama lah..." aku menoleh ke arah lain, gementar.

Tiba-tiba keadaan jadi awkward. Aku berdehem membetulkan anak tekak. Kononnya gatal.

"Er,jom aku belanja kau ais krim?" Jungkook tersengih dengan giginya yang bersinar bak laser nak bunuh aku.

Wait, what?

Jangan jerit Minseo. Jangan malukan diri sendiri. Kawal hormon kawal!

Gila. Aku meroyan dalam hati seorang diri. Ini semua,gila. Dah tu ajak aku makan aiskrim! Merah padam dah muka aku rasanya.

"Minseo?" Jungkook tiba-tiba bersuara. Keningnya berkerut.

"Ha? Okay! Jom," aku separa menjerit membuatjan Jungkook terkejut.

Kami berdua pun jalan beringan ke kedai serbaneka bersama. Sambil-sambil kami berborak pasal cikgu yang suka membebel. Pasal classmates kami,and random things. Sedar-sedar je kami dah sampai kat kedai tu.

"Nak makan apa? aku ikut je," dia mengusha-usha peti sejuk ais krim yang terbuka luas di hadapan kami.

"Em,aiskrim keladi?" Aku memuncungkan mulut ke arah ais krim keladi yang sedang berbisik-bisik tersebut. Ugh, menggodanya. Meleleh air liur ni nanti.

shyTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang