Aku,Hana,Hailee,Ye Seul dan Naeun berjalan beriringan ke makmal fizik. Ugh. Fizik. Jangan disebut. Terdengar pun boleh terasa loya.
Sedang kitorang tergelak-gelak sebab Hailee punya lawak yang agak bodoh,Jungkook tiba-tiba muncul, meminta laluan. Aku cuba sedaya upaya untuk tidak senyum dan kekalkan muka straight aku. Sampailah...
"Haa,lalu la~" kata Hana dengan 'ayu'nya. Menyampah dan geli aku dibuatnya! Satu jelingan maut aku berikan pada Hana.
Dia hanya tersengih tanpa rasa serba salah. Tampar nanti sia-sia mati. Aku toleh ke arah Jungkook, dan.dia.tengah.senyum! Aku yang sudah lemah lutut lagikan terkedu.
Tapi Jungkook tiba-tiba menjeling. Eh? Ok. Ini biadap. Ok. Aku sentap.
"Weyh!" Hana mencuit bahu aku. aku memandangnya dengan pandangan 'apa? aku tengah badmood ni'.
"Nak pergi tandas! Tak tahan..." aku menggeleng lalu mengangguk. Pasrah saja.
Lepas selesai berebut tempat duduk dekat makmal,Hana mengheret aku ke tandas berhampiran. Sebagai sahabat yang baik lagikan setia,aku menurut perintah je lah.
XxXxXxXxXxXxX
Aku bersandar di hadapan pintu tandas. Aku musykil sama ada Hana ni pergi ke tandas,atau buat tandas agaknya? Lama betul. Sempat tumbuh bulu hidung aku.
"Berak eh?" aku tersentak.
Kim Taehyung rupanya.
"Sibuk lah kau,pergi main jauh-jauh sana!" jeling aku. Dia cuma tergelak kecil. Pft. Comel jugak,patutlah ramai minat.
Selepas beberapa puluh keluhan dan dengusan, akhirnya Hana keluar dengan senyuman. Nampak macam lega betul. Dia je la yang lega,aku tak.
Kami berdua masuk ke dalam makmal. Hana dengan muka gembiranya, dan aku dengan muka tak ada senyum punya. Sudahlah kena jeling dengan crush,lepastu kena mereput tunggu Hana pulak. Ish!
Aku ternganga disebabkan kerusi kat tempat duduk aku hilang. Kerusi dah mula tumbuh kaki sebab lama sangat tadi ke? atau apa? Dahi aku mula berkerut, kedua-dua tangan memegang kepala. Drama pulak aku.
Jari telunjuk kiri aku menuding ke arah yang sepatutnya ada kerusi aku.
"Kerusi aku... Pergi mana???" aku rasa frust gila sampai nak nangis. Kedengaran suara manusia-manusia ketawa. Jaeun dan Hana yang memang beria,dan puak-puak taguna a.k.a Taehyung dan mayat-mayatnya tu, lagilah beriya. aku menjeling mereka.
Taehyung! aku syak si kepala mayat ni yang buat kerja kotor ni! Tapi,tiba-tiba Jungkook mendengus dan bangun. aku keliru-
"Haih..." aku rasa dia macam kelam kabut, tapi dia amik kerusi di bawah meja Jisung,si penolong ketua kelas. Bukunya yang diletakkan di atas kerusi itu dialihkan Jungkook. Ok,makin keliru bila dia hulur kerusi tu kat aku. Tangan aku pantas menyambut cintanya- eh menyambut kerusi tu.
"Kenapa kau... amik kerusi aku...? Ke... Uhm??"tanya aku lambat-lambat dengan penuh keliru. Dia tak menjawab lalu berlalu pergi. Taehyung dan Jaeun ketawa sampai terbongkok-bongkok. Biadap. Siap la korang mampuih la nanti !
Aku mengheret kerusi tadi sambil mulut ternganga dan dahi yang berkerut, memandang ke arah rakan-rakanku yang sememangnya sedang menahan ketawa dek kerana cikgu dah masuk. Lantaklah.
aku mula memikirkan yang bukan-bukan;
1.Jungkook takut dengan aku?
2.Jungkook ada split personality?
3.Jungkook nak sabotaj aku?
4.Jungkook menyampah dengan aku?
dan yang paling mengarut...
5. Jungkook suka aku?
aku tersenyum seorang diri sampai tak boleh fokus dengan apa yang cikgu cakap. Harap fizik aku tak fail. Kalau fail aku salahkan Jungkook sebab comel sangat.
XxXxXxXxXxXxX
"Kelakar gila korang tadi wey!" Jaeun mengesat air matanya. Sangat,annoying.
"Ok- apa jadi actually?"
"Oh,dia takda kerusi. Lepastu dia pon amik kerusi kau. Padahal kerusi sepatutnya ada kat Jisung,dia buat letak harta dia. Tu yang dia amik kerusi kau," terang Hailee beriya ditambah anggukan beriya Jaeun.
"Ok- Tapi.. kenapa kerusi aku duh???"
"Itu aku tak tahu. Tapi! Korang serius sweet and comel tadi!! ahahaha!!" aku terkedu dan tersipu malu. Eh,aku malu?? Lagi pelik.
Ish! Tak mungkin apa yang aku fikir tu betul!! Tidak!!!
Edited on 11/12/16
Re-edited on 04/05/19XxXxXxXxXxXxX
Jangan lupa komen dan vote 😄😄
KAMU SEDANG MEMBACA
shy
FanfictionPerempuan malu,itu biasa. Kalau lelaki? ❝Eh,aku panggil kau shy shy boy lah? Hahaha❞-Minseo •editing