06

3K 409 29
                                    

M I N S E O

"Kau buat apa kat mamat tu tadi? Kau ni cuba perangai elok sikit. Ni ganas semacam haih." Taehyung menolak rambutnya ke belakang. Wow kekacakkan apakah ini.

"Bila masa-" aku menjengket-jengket mencari kelibat Jungkook. Sebelum aku lupa idea aku nak kenakan dia tadi,lebih baik aku kejar dia cepat.

"Minseo,tunggu jap aku nak ikat tali kasut,"Taehyung menunduk dan ikat tali kasut dia.

ah tak ada kerja nak tunggu kau. Jungkook!!! aku terus berjalan meninggalkan si Taehyung.

Tapi,sebelum aku kenakan si Jungkookieta ni,aku kena tanya dulu apa masalah dia. Like,aku ni bukan orang yang pandai pendam. aku nak lepas,aku lepas je.Tapi angin tu tak lah,hehehe.Ok what.

Jadi,mana nak cari Jungkook? Ok,fikir mana mungkin Jungkook pergi?

aku berjalan melintasi kelas kami,nak masuk kelas masih awal lagi. 

Mungkin Jungkook dalam kelas? aku menjenguk ke dalam. Kosong. Dan tiba-tiba kelihatan bayang-bayang bergerak di belakang kelas. Memang terus lah aku melesapkan diri. Ei gila apa nak tunggu dan lihat je?

atau mungkin dia kat taman? walaupun cliche,tapi apa budak lelaki nak buat dekat taman? diorang kan tak suka bunga? Tapi jom lah tengok dan cari jodoh aku tu.

Sedang aku melintas, padang sekolah sebelum sampai ke taman tu,aku terdengar suara lelaki. Macam bunyi burung sakit tekak pun ada,

"I want to be your oppaaa" aku menoleh ke arah suara burung mengawan itu.

Oh,Namjoon. Senior aku,dia ni teringin nak menyanyi ala-ala Usher tapi apakan daya. Cukup-cukuplah dia hebat rap je. Nyanyian dia actually okay je,but dia tak boleh la tinggi-tinggi ni.

Sampai je di taman,kelihatan kelibat seorang jejaka sedang berpeluk tubuh di tepi kolam ikan. 

"Jungkook!" aku menyergahnya. Tak semena, tangan dia termasuk ke dalam kolam dek kerana dia hampir jatuh. Nasib baik kolam cetek,dan tangan dia panjang. aku hanya mampu tersengih.

"Ish,kau ni dah kenapa??" Jungkook menoleh ke arah yang lain.

"Hmm,jangan lah marah. aku cuma nak cakap terima kasih sebab tahan mamat tu tadi." aku berjalan ke depannya namun dia memalingkan muka ke arah yang lain pula.

Eh. Gedik kau kenapa?

"Jungkook,dengar tak?"

"Hmm,dengar?"

"Kau ni kenapa? ada masalah ke? Share la dengan aku,"bukan apa bila hati dah sayang kan aww.

"Tak ada-"

"Tipu tu tak baik,amalan syaiton!" aku menjengahkan muka di hadapan mukanya.

"Eish,sanalah-" Dia menolak muka aku. Selamba badak dia je -.-

"Kalau kau tak nak aku-"

"Sebenarnya,aku... em.." dia memintas kata-kata aku. Ha,ye ye kau apa,cepat la cakap.

"aku..."

"esh cepatlah nak cakap pon susah kau ni dulu mesti time tadika pun tak reti bercakap lagi kan ugh-"

"kau nak dengar ke tak??"

"ok,maaf lah. Hehehe."

"Haish,sebenarnya,aku ni-"

"WOI! Korang kat sini rupanya? Sampai hati kau tinggalkan aku Minseo. aku mintak kau tunggu kan??" Taehyung datang melompat antara aku dan Jungkook. Entah mana datang alien ni.

"Eish,kau ni kacau lah..." aku menolaknya.

"Dah ah aku dah tolong kau. Kau buat macam ni.Merajuk lah." halah mamat ni nak main merajuk pulak. Kena lah aku kejar dia.Entah kenapa nak pujuk dia pulak hish.

aku memujuk Taehyung,yang mulut dan muncung macam budak tadika tak dapat ais krim. Selesai sesi memujuk, Taehyung pulak pergi meninggalkan aku. Katanya emergency. Tandas kot.

aku menoleh semula ke arah Jungkook. Dia sedang merenung aku.

"Kau rapat kan,dengan Taehyung?"soalnya sambil tersenyum ke arah rumput. Tak,ceritanya kalau nak senyum tengok lah aku disini. Huhuhu.

"Tak de lah sangat," tak akan lah aku nak cerita kat dia kot kenapa kami tiba-tiba rapat? Memang tak lah.

"Obvious sangat lah,Minseo."dia bangun lalu pergi meninggalkan aku terpinga-pinga.

Dan tinggal lah aku bersama angin yang sepoi-sepoi bahasa membuatkan aku tiba-tiba datang mood jiwang. Sobs.

Melepaskan mu~ Bukan mudah bagiku untuk melalui semua ini~ Pabila kenangan kita mengusik jiwa dan hati~~~

Dan baru aku teringat aku nak kenakan Jungkook.

Dan aku tak ingat apa idea aku tadi!!!

 ANDWAE!!!



shyTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang