Cuti persekolahan sudah pun berlalu.Pelajar-pelajar SMKA MAAHAD HAMIDIAH Kajang sudah kembali ke asrama untuk memulakan sesi persekolahan. Nana dan Nisa lewat daripada biasa untuk ke sekolah."Nana,bangun.Nanti kita akan lambat ke sekolah." Kata Nisa sambil membetulkan tudung sekolahnya. Nana membuka mata perlahan-lahan. "Hari ini,hari apa?Awalnya awak bersiap," kata Nana separuh sedar. "Ish,awak ini. Hari ini hari Isnin dan kita sudah lewat 5 minit untuk ke sekolah!," balas Nisa yang geram dengan perangai rakannya itu.Nana menoleh ke arah jam dinding berwarna putih yang terletak di dinding.Matanya membulat lalu dia terus bersiap untuk ke sekolah.Jam menunjukkan 7:05.Mereka perlu tiba di sekolah tepat pada jam 7:30 pagi.Nana membetulkan seragam sekolahnya lalu menggalas beg berwarna biru di atas katil.Nisa yang sudah tercegat di depan pintu memanggil namanya."NANA!Saya akan mengira sampai 3.1,1 suku,2 suku,"Nana segera berlari ke luar pintu bilik 20B lalu menutupnya.Mereka berjalan ke sekolah bersama-sama.
Setibanyak di sekolah,Nisa melihat pada jam yang berlilit kemas pada pergelangan tangannya.7:25.'Alamak,sudah hampir 7:30.Mesti cepat!'desis hati Nisa lalu menarik tangan Nana untuk bergegas ke kelas 4 Hamzah
Setibanya di kelas,suasana yang hiruk-pikuk dengan pelajar yang sibuk menceritakan pengalaman mereka semasa cuti persekolahan yang lalu.Nana dan Nisa mengambil tempat duduk di hadapan.Rakan-rakan mereka berkumpul untuk saling bertukar cerita."Nisa,Nana mengapa duduk di situ sahaja?Ada cerita?," kata Amirah sambil melambaikan tangan.Nana dan Nisa mengambil tempat duduk di antara Amirah dan Afifah."Saya ada cerita hantu.Mahu dengar?Kak Hanna yang menceritakannya kepada saya." kata Nana semangat.Rakan-rakannya bertukar pandangan dan mengangguk mendengar kata-katanya.
"Baiklah,tempoh hari Kak Hanna menceritakan tentang sebuah buku lama yang ditanam berdekatan pondok telefon yang terletak di belakang sekolah.Katanya,pemilik buku itu pernah mengalami kes rasuk.Dia sering dirasuk dan dikacau ketika waktu malam.Pelajar itu sering bermimpi buruk dan akan menulis tentang mimpinya di dalam buku itu.Namun,hantu di dalam buku itu benar.Jikalau ada yang membuka buku itu,hantu di dalamnya akan keluar dan akan mengacau kita." kata Nana penuh bersemangat.Rakan-rakannya mula ketakutan."Bagaimana hendak hapuskan hantu itu?," tanya Hakim."Hanya dengan membakar buku itu hantu tersebut dapat dihapuskan.
"Cis,mengarut sahaja.Hantu mane wujud." kata Naim bangga.Daniel lah yang hidung tinggi di dalam kelas 4 Hamzah.Dia daripada keluarga yang berada namun kepandaiannya tidak mudah ditandingi."Jikalau begitu,awak carilah buku itu di belakang sekolah.Saya cabar awak." kata Nana semangat.Semua memandangnya dengan terkejut."Mustahillah,tiada siapa pernah ke sana." kata Amirah takut-takut."Betul itu,takutlah." kata Afifah.Semua mengangguk mengiakan kata-kata mereka."Tidak mengapa,saya sahut cabaran awak itu.Apa saya akan dapat kalau saya menjumpai buku itu?," Naim mengangkat kening.
"Saya akan belanja awak makan di mana-mana sahaja awak mahu." sambung Nana.Nisa berasa tidak sedap hati dengan tindakan Nana."Baiklah, deal."
Mereka bersetuju dengan cabaran Nana.Tetapi,Daniel juga berasa sedikit takut mahu mencari buku itu sehingga jumpa.Rupa-rupanya dia penakut.
YOU ARE READING
Buku:Makhluk
HorrorNana menceritakan tentang sebuah buku yang ditanam di bawah sebuah pokok di SMKA MAAHAD HAMIDIAH.Katanya,buku itu mengandungi kisah-kisah makhluk yang benar.Nana berkata bahawa,ada orang dirasuk selepas membaca buku itu.Daniel tidak mempercayai tent...