Keesokan harinya,Syasya menunggu kakaknya Nana dan Nisa di kantin pada waktu rehat.Dia berasa kurang sabar kerana tidak melihat batang hidung kakaknya itu.'Ish,mana kakak aku ini?' desis hati Syasya.
Tidak lama kemudian Nana dan Nisa menghampiri Syasya.Syasya bercekak pinggang. "Hai,Syasya.Maaf membuat awak menunggu.Kakak tolong cikgu angkat barang tadi." kata Nana kepada adiknya.Muka Syasya yang masam kembali ceria mendengar alasan Nana."Tidak mengapalah,mari kita makan.Sya sudah lapar." kata Syasya sambil menggosok perutnya.Bau nasi ayam memenuhi kedua-dua rongga hidungnya.Mereka bertiga sudah tidak sabar mahu menjamu selera.
☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘. 🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂
Waktu rehat telah tamat.Pelajar 4 Hamzah sudah berada di kelas untuk menyambung sesi pelajaran.Namun,ada sesuatu yang bermain di fikiran Nisa yang membuatkannya berasa tidak senang hati.Cikgu Reza selaku guru Matematik melangkah masuk dengan berani."Assalamualaikum,kelas." Cikgu Reza berkata."Waalaikumussalam,Cikgu Reza." pelajar 4Hamzah menjawab soalan
YOU ARE READING
Buku:Makhluk
HorrorNana menceritakan tentang sebuah buku yang ditanam di bawah sebuah pokok di SMKA MAAHAD HAMIDIAH.Katanya,buku itu mengandungi kisah-kisah makhluk yang benar.Nana berkata bahawa,ada orang dirasuk selepas membaca buku itu.Daniel tidak mempercayai tent...