Keesokan harinya,Syasya menunggu kakaknya Nana dan Nisa di kantin pada waktu rehat.
'Ish,mane kakak aku ini?' Desis hati Syasya kurang bersabar.
Kelihatan Nana dan Nisa menghampirinya,Syasya berkerut melihat mereka.Perasaan marahnya masih dipendam."Maaf,buat awak menunggu.Kakak tolong cikgu mengangkat barang tadi." Kata Nana dengan tenang.Wajah Syasya yang masam kembali ceria mendengar alasan Nana."Tidak mengapalah.Jom kita makan.Saya sudah lapar," kata Syasya sambil menggosok perutnya.Bau nasi ayam memang membangkitkan selera mereka bertiga.Mereka sudah tidak sabar mahu menjamu selera.
Setelah waktu rehat tamat,pelajar 4 Hamzah sudah berada di kelas untuk menyambung sesi pelajaran.Cikgu Reza melangkah selaku Guru Matematik melangkah masuk dengan bangga.
"Assalamualaikum,semua.Selamat petang." Cikgu Reza berkata.
"Waalaikumussalam warahmatullahiwabarakatuh,Cikgu Reza." Pelajar 4Hamzah menjawab salam.
"Okay,today we going to mark homework I give you." Kata Cikgu Reza dalam Bahasa Inggeris.Beliau memang suka menggunakan bahasa itu apabila mengajar.
"Okay,class pass up you books.I want to mark."kata Cikgu Reza.Dengan itu,murid-murid turut mematuhi arahan Cikgu Reza.Sementara,Cikgu Reza sedang menanda buku Nisa,Nana dan Afifah sedang berbual kosong.Tiba-tiba nama Nisa dipanggil.
"Nisa Athirah,come front." Cikgu Reza memanggil namanya.Nisa pergi berjumpa cikgu."You no finish homework.Why?" Soal Cikgu Reza."Ooh,saya terlepas pandang eh?Minta maaf ya,cikgu." jawab Nisa dengan sopan."It's okay.Next time finish homework." Cikgu Reza menasihati Nisa."Oh,cikgu sepatutnya cikgu kata 'Wh,did you not finish your homework?'." Nisa membetulkan kata-kata cikgunya. "Umm,excuse me.I not your English teacher." Balas Cikgu Reza.Nisa kembali ke tempat duduk.Nana dan Afifah bertukar pandangan melihat wajah Nisa marah.
"Saya tidak sukalah cikgu itu.Dia suke berlagak kononnya fasih berbahasa Inggeris.Saya lagi pandai."kata Nisa menahan geram."Hahaha,Nisa,Nisa.Biar sahaja cikgu itu.Awak pun bukannya fasih sangat?," balas Afifah tergelak. Nisa menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Petang itu,selepas tamat waktu persekolahan Nana dan Nisa pulang ke dorm untuk bersiap bagi solat maghrib.Kak Hanna mengetuk pintu bilik dorm 3A."Assalamualaikum,Nana,Nisa.Kakak nak masuk boleh?," soal Kak Hanna yang menunggu di luar bilik.Nisa membuka pintu sambil mempelawa Kak Hanna untuk masuk."Waalaikumussalam,masuklah.Maaf kami lewat.Adakah semua sudah berkumpul di surau?," soal Nisa sambil membetulkan tudungnya."Tidaklah,awal lagi.Akak sengaja mahu menjenguk kamu berdua." Jawab Kak Hanna sambil tersenyum.Nana keluar dari bilik air terkejut melihat kehadiran Kak Hanna."Eh,kakak bila sampai?," soal Nana tergamam."Haha,baru tadi." Kak Hanna membalas."Kak Hanna,saya ada satu soalan." Kak Hanna mengangguk."Siapa pemilik buku itu?," Nana mengangkat kening.Kak Hanna merenung katil di mana Nana sedang duduk."Pemiliknya adalah Kamila.Dia kini berada di tingakatan 6.Namun,dia memerlukan rawatan kerana mengalami kemalangan tahun lepas.Akibatnya,dia juga mengalami sakit mental.Dia antara pelajar kurang upaya sekarang." Balas Kak Hanna panjang lebar.Nana dan Nisa tiada kata-kata.Sangkaan mereka betul,pemilik buku itu masih bersekolah di sini.Nisa ternganga."Kenapa,kau orang berdua ini?," Kak Hanna hairan."Maaf,kami tidak sangka dia masih pelajar di sini.Kak Hanna kata buku itu sudah lama." Nana menyambung."Jangan cari pula buku itu.Jikalau jatuh di tangan yang salah,susahlah nanti.Apa yang terjadi pada Kamila disebabkan oleh buku itu," Kak Hanna berkata dengan nada serious.Nana dan Nisa tergamam.Apa akan terjadi kepada Hakim dan Daniel apabila mereka menjumpai buku tersebut?
YOU ARE READING
Buku:Makhluk
HorrorNana menceritakan tentang sebuah buku yang ditanam di bawah sebuah pokok di SMKA MAAHAD HAMIDIAH.Katanya,buku itu mengandungi kisah-kisah makhluk yang benar.Nana berkata bahawa,ada orang dirasuk selepas membaca buku itu.Daniel tidak mempercayai tent...