Malam itu,Danial dan Hakim meletakkan buku itu di atas sebuah meja di penjuru dorm.
Mereka menyangka bahawa mereka hebat kerana telah membuktikan diri mereka gagah terhadap Nisa dan Nana.
Pada malam itu,Hakim masih terjaga manakala Danial telah lena dibuai mimpi.Dia masih terfikirkan kejayaan mereka setelah menjumpai buku lama itu.
Tiba-tiba,dia terdengar bunyi ketawa.Bunyi itu datang dari arah penjuru dorm di mana mereka meletakkan buku lama itu.Hakim masih tidak sedar akan kejadian ini jadi dia mengabaikan perkara tersebut.
Akhirnya,Hakim tertidur jua namun bunyi gelakan itu masih didengari tanpa kesedaran.
Keesokan harinya,Nana dan Nisa bersiap lebih awal daripada biasa.Setelah selesai mengerjakan solat subuh mereka segera bersiap untuk ke sekolah.
Nana sudah menggalas beg sekolahnya lalu menunggu Nisa yang membetulkan tudung di hadapan cermin.
Beg sekolah Nisa dicapai lalu berlari ke arah pintu.Mereka sering berbual kosong ketika dalam perjalanan ke sekolah.Nana menoleh ke jam tangan yang berlilit kemas pada lengannya.
YOU ARE READING
Buku:Makhluk
HorrorNana menceritakan tentang sebuah buku yang ditanam di bawah sebuah pokok di SMKA MAAHAD HAMIDIAH.Katanya,buku itu mengandungi kisah-kisah makhluk yang benar.Nana berkata bahawa,ada orang dirasuk selepas membaca buku itu.Daniel tidak mempercayai tent...