Pondok Usang

79 13 1
                                    

Pada hujung minggu itu,Daniel dan Hakim keluar untuk mencari buku tersebut di belakang sekolah.Sementara pelajar-pelajar yang lain berouting mereka pergi ke pondok usang di mana buku itu ditanam.
Nana bermundar-mandir memikirkan strategi untuk menghalang Daniel dan Hakim.Mungkin akan ada kemalangan menimpa mereka!.Nisa khuatir melihat keadaan Nana."Tak perlu risaulah Nana.Saya rasa mereka terlalu takut mahu cari buku itu." kata Nisa sambil membelek novel yang dipinjam dari perpustakaan semalam."Tapi,Daniel tu kan kuat bersaing.Macamlah awak tak kenal dia."Nana bercekak pinggang.Fikirannya bercelaru kerana risaukan dua rakan sekelasnya.
Daniel dan Hakim sedang mencangkul tanah.Sudah berpeluh-peluh dibuatnya namun,mereka belum menjumpai buku itu.Mereka berteduh di bawa sebuah pokok besar di situ.Ketika itu,Hakim ternampak sebuah kotak terletak di bawah pondok.Dia mencapai kotak itu lalu dibeleknya."Daniel,kotak apa ini?," soal Hakim curiga."Jom kita bawa kotak ini masuk dorm." Daniel membalas.Mereka membawa kotak itu masuk ke bilik 14F.
Petang itu,Daniel membuka kotak yang kelihatan buruk.Di dalamnya mereka jumpa sebuah buku yang tertulis

-------------------------------------
Buku:
MAKHLUK

-------------------------------------
Hakim dan Daniel bertukar pandangan.Terkejut dengan kehadiran buku itu."Kita dah jumpa buku ini Hakim!Kita dah buktikan kita jejaka yang tampan lagi gagah berani.Nahaslah Nana dan Nisa." Daniel berkata dengan bangga.Tetapi mereka tidak tahu apa akan menimpa mereka berdua.Adakah kehadiran buku itu memudaratkan nyawa mereka.

Buku:MakhlukWhere stories live. Discover now