Ini adalah karya pertama saya dan saya harap kepada para pembaca semoga terhibur ^_^
____________________________________________________________________NAYRA ADREA NAJIHAH, seorang gadis ayu bertudung. Tetapi itu kepada sesiapa yg belum mengenali dia secukupnya. Akan tetapi kepada insan yg bernama, Nura Najla Adila, bukan begitu orangnya. Najihah adalah seorang gadis yg berpewatakan agak kasar dan ganas tetapi dari sudut yg lain, dia adalah seorang yg penyayang, baik hati, peramah dan seorang yg cukup sabar dengan apa jua keadaan sekalipun.
Walaupun, berpewatakan agak kasar dan ganas, Najihah mempunyai hati yg cukup lembut. Dia amat mudah memaafkan seseorang dan menganggap perkara tersebut adalah kecil baginya. Tapi bagi orang lain ia terlalu besar. Hadirnya Nura Najla Adila dalam hidupnya membuatkan hidupnya dia lebih happy go lucky.
Hubungan mereka lebih daripada isi dan kuku, boleh kata macam adik beradik dan sentiasa berkepit bersama.
"Assalamulaikum Adila, awak tengah buat ape tu? Free tak? Jom teman saya pergi jalan- jalan. Bosan la duduk rumah tak ada orang. Dah muak asyik menghadap buku aje, naik muntah saya dibuatnya."Adrea Najihah
"Waalaikumussalam, study la. Dah agak kalau call Dila time-2 macam ni mesti nak ajak keluar. Awak ni, sikit-2 muak, nak muntah, macam la awak makan buku tu" seloroh si Najla Adila
"Ala saya bukan macam awak, jom la. Saya belanja. Ok, lagi 15 minit saya sampai. Cepat eh siap-2. BYE" laju saja Najihah mematikan talian, tanpa menunggu jawapan daripada Adila.
"Waalikumussalam. Najihah, Najihah. Selalu macam tu. Memang tak leh nak sabar langsung. Heish" rungut Adila. Dia dah cukup masak dengan perangai sahabatnya yg sorang itu.
Mereka sudah tujuh tahun berkawan. Sejak mereka mula-2 masuk Maktab Rendah Sains MARA Besut ketika tingkatan satu lagi, dan sepanjang mereka bersekolah di situ, mereka satu kelas dan satu meja daripada tingkatan satu hingga tingkatan lima. Itu yg mnejadikan mereka cukup rapat. Sehinggakan ada yg menggelarakan mereka belangkas.
Mereka juga berjaya mendapat tawaran untuk sambung belajar di U yg sama iaitu di Universiti Perubatan Antarabangsa, Kuala Lumpur. Dan sekarang mereka berada di tahun akhir di peringkat pengajian master. Akan tetapi mereka mengambil bidang yg berlainan Najihah di bidang pediatric bahagian ortopedik manakala Adila di bidang pakar sakit puan, dan kini belajar di Universiti Pengurusan dan Sains, KL.
Selesai sahaja melilitkan shawl pada muka bulatnya, dia bergegas turun dan mencapai kunci keretanya. Gayanya cukup simple.
" Oit nk pegi mana tu? Laju je. Pakai cantik-2, wangi-2 lagi." Dalam kekalutan, Najihah ditegur abangnya, Ahmad Adrian Nadzhan.
"Nak keluar jap ngan Dila. Nanti along bagitau kat ibu key. Adik dah lambat ni." Balasnya bersahaja.
"Eh jap. Ko keluar tak bawak beg duit ngan handphone ke?" Tambah Nadzhan lagi.
"Eh, handbag, phone. Adeh, tetinggal la pulak. Thanks, long tolong ingatkan." Itu juga salah satu perangainya yg nyanyuk tak habis-2
Dah macam lipas kudung Najihah berlari semula ke biliknya mendapatkan handbag dan telefonnya. Dan sekali lagi dia ditegur.
"Nanti jangan lupa sampaikan salam abang pada Dila, tau. Cakap kat dia 'i love u'" pesan Nadzhan sebelum adiknya berlalu pergi.
Dari zaman sekolah lagi, Nadzhan memang ada hati pada Adila. Maklumlah, siapa tidak terpikat pada Adila, orangnya lembut sahaja perwatakannya, senyumannya manis, dan cukup menghormati pada orang tua. Baginya Adila dah terlalu sempurnanya dimatanya.
"Ah, rindunya aku pada kau Dila. Aku harap kau masih ingat lagi janji aku pada kau. Aku akan cuba dapatkan engkau dan jadikan engkau yang halal bagi aku suatu hari nanti." Monolognya bersendiri.
DI RUMAH ADILA, dah berjanggut Adila menunggu. Janji Najihah padanya 15 minit sahaja. Ini dah masuk 30 minit. Jenuh sudah menunggu, dia kemudiannya mendail Najihah. Baru sahaja pangilan masuk, akhirnya orang yg dinantikan pun tiba.
Melihatkan muka Adila yg sudah masam mencuka. Najihah cepat-2 minta maaf dan membukakan pintu untuk Adila.
"Ingatkan tak jadi tadi. Baru ingat nak cukur janggut tadi" seloroh Adila dengan nada yg agak merajuk.
Najihah mula rasa bersalah. Lalu memujuk Adila, "Ala sorry la. Saya kalut sangat tadi sampai tertinggal beg ngan phone. Ok-2 macam ni awak pegi mana saya bawakan, ok? Kan saya dah janji nak belanja awak."
Adila tak dapat tahan ketawanya, akhirnya terburai juga.
"Apesal awak ketawa? Ada yg tak kena ke?" Terus saja dia membelet- belet wajahnya pada cermin. Mana lah tau, lipbalm terpakai comot ke, bedak tak rata ke, almaklumla bersiap pun dalam kekalutan.
Kerenah lucu Najihah membuatkan Adila ketawa terbahak-bahak. Dan membuatkan Najihah lebih keliru.
"Tak ada pun yg tak kena. Semua perfect. Cuma gelagat awak tu yg buatkan Dila geli hati." Mendengarkan kata-2 daripada Adila, Najihah menarik muka.
"Alahai nak merajuk la pulak. Sepatutnya Dila yg merajuk tau. Penat tau Dila tunggu, cair sampai mekap ni." Masih tiada respon daripada Najihah, Adila mengugutnya untuk keluar dari kereta.
Laju saja Najihah merengek. "Ala ok-2, jom-2 saya belanja awak pergi minum kat Starbucks eh. Jangan la merajuk. Nak merajuk ngan awak pun tak leh"
"Ok-2 jom. Tak merajuk dah."
Dan akhirnya kereta Honda Civic 2.0 merah milik Najihah meninggalkan perkerangan rumah Adila menuju ke destinasi mereka tuju.
__________________________________________
Selesai sudah bab 1 nantikan sambungannya. Dan jangan lupa komen ya. Sekiranya ada kekurangan dalam penulisan saya, maaf ye. Kerana saya masih belum mahir menggunakan ayat gramatis. Semoga komen yg saya terima kearah positif untuk perbaiki lagi penulisan saya. ^_^

YOU ARE READING
BFF To The Sis-in-law
Teen FictionAdila,Najihah.Najihah, Adila..Bagai isi dan kuku, hubungan yg terlalu erat membuatkan ramai orang cemburu..Berkawan sejak kecil dan sentiasa menghabiskan masa bersama..Menerima diri mereka seadanya walaupun mempunyai kekurangan masing-masing.. Masa...